Setelah lama mencari, baru kini ku jumpa...ahakss...selain dari nasi kerabu dan nasi dagang, laksam ni adalah salah satu dari makanan pantai timur yang menjadi favorite aku. Kat bangi tu ada jer kedai yang jual laksam ni. Tapi malas nak menyinggah kan. Dah alang² ke pasar malam...kebetulan ada plak jual. Terus lah membeli. Hilang rasa mengidam nak pekena laksam ^_^.
Pernah dengar Burger Kahwin? Aku 1st time dengar. Gerai burger ni terletak kat Seksyen 15, Bangi. Berdepan dengan kedai mamak. Tapi aku lupa lah nama kedai mamak tu. Burger kahwin ni saiznya adalah besar punya. Saiz jumbo kot. Satu burger untuk 2-3 orang makan pon dah cukup. Mungkin nama dia burger kahwin sebab ayam dan daging tu dicampur skali dan disalut dengan telur. Suka suki aku jer kan bagi conclusion. Kena tanya tokei burger ni kalau nak tau...hehehe...
Berkenaan dengan rasa laksam dan burger kahwin ni. Bagi aku yang memang kuat makan dan tolak batu ngan kayu ni...memang sedap lah rasanya. Ok...esok ada pasar malam. Dah terbayang apa nak beli ni. Nak beli nasi kerabu, laksam, pecal lele, putu mayam yang sedap tu...lagi...hahahahaha...heaven wei kalau gi pasar malam ni. Macam² makanan ada ☺☺
Note: Dah beberapa hari sakit kepala nih. Nak gi klinik....malas...hurmmmm...
Dia??? Siapa tu? Siapa lagi kalau bukan anak bujang tecik nan sorang ni....Qhalif yang rajin ^_^.
Rambut sudah serabai ditiup angin vacuum. Abaikanlah background tu yer
Memang aku perasan. Setiap kali nak vacuum mesti qhalif dok kat situ. Even tengah main, kalau nampak jer vacuum...kat situ lah akan ditujunya. Kalau si kakak Qahirah jangan lah...dengar bunyi vacuum jer lari ☺☺
Rajin anak bujang ibu nih. Suka sangat dengan angin yang kluar kat corong tu yer. Pastu dok tinjau sampah/habuk yang berpusing² dalam vacuum tu ^_^. Nak tolong vacuum...kecik lagi. Vacuum lagi besar dari orang...ahaksss...Dah besar nanti tolong ibu yer...ibu tak payah susah² vacuum rumah lagi.
Note: Ngantuk plak mata pepetang nih...haishhhh...
Imagine life as a game in which you are juggling some five balls in the air...
You name them - work, family, health, Friends and spirit and you're keeping all of these in the Air
You will soon understand that work is a rubber ball
If you drop it, it will bounce back
But the other four Balls - Family, Health, Friends and Spirit - are made of glass
If you drop one of these; they will be irrevocably scuffed, marked, nicked, damaged or even shattered
They will never be the same...!!!
You must understand that and strive for Balance in your life...
Note: Not in the good mood...hurmmmm...entahlah. Walau apa pon masalah...Life must go on kan. Be happt fiaza...be happy. Kejap lagi aku terjah umah kamu yer.
Note: Not in the good mood...hurmmmm...entahlah. Walau apa pon masalah...Life must go on kan. Be happt fiaza...be happy. Kejap lagi aku terjah umah kamu yer.
Misi mencari kain untuk Baju Raya. Rata² dah mula menghantar untuk tempahan. Aku pon apa lagi kan. Sebelum tukang jahit tak terima tempahan. Baik cari kain awal².
Amacam...cantik tak pilihan kain² nih...hehehe...Sekali 3 pasang kain mak borong noks. Dah promosi kata 3 pasang bersamaan dengan RM138. Murah lah tu kan. Aku beli kain cotton jer...senang. Ada sepasang kain tu aku beli lebih untuk buat baju anak dara....arghhhh...tak sabar plak rasanya nak pakai baju raya sedondon dengan anak dara tu...ahaks...over sudah. Rambang mata tengok kain² kat situ.
Sebenarnya tak tau nak buat baju raya kain yang mana satu. Tak discuss lagi dengan si dia tema untuk tahun ni kaler apa. Tapi selalunya tema kami ni kalerful...tak best kan. Ingat tahun ni nak sedondon bersama...hurmmm...Kekadang sang suami bukan nya kisah sangat pon. Janji ada baju melayu kan. Betul tak.
Kalau yang masih mencari kain tu, bley lah terjah Gulati's Bangi. Tengah sale. Tapi tak tau sampai bila. Tak perasan plak tarikh luput salenya...hehehe...
Note: Panas betul cuaca kat luar.
Alhamdulillah...akhirnya tercapai juga hasrat nak jumpa dengan kakak Blogger nan sorang nih. Siapa dia?
Ini lah dia...kenal tak☺☺. Mungkin ada yang dah kenal kan...Kakak CHO ZILA. Bley terjah blog akak kita ni kalau nak berkenalan ^_^. 1st time bersua muka. Kalau kat dalam blog bukan main susah lagi nak tengok gambar akak kita nih ^_^. Banyak gambar anak² jer...kan kak ☺☺. Nice meeting you kak. Memula rasa macam segan juga, Iyerlah...mak kan pemalu ...ahaks...Jumpa pon sebab ada urusan sket. Tak lama pon. Rasa macam tak puas plak nak berborak.
Kak...next time kita dating lagi yer. Boleh bercerita panjang sket. Mekasih kak sebab sudi datang office saya. Semoga ukhwah kita berkekalan sampai bila² yer kawan². Even di alam maya sekali pon.
Ok, ada siapa² yang nak dating dengan saya. Alaaaa...saya duduk area Bangi. Kerja plak kat Cyberjaya. ...ahaks...macam ko fofular sangat kan.
Note: Ahad ni balik Perak...Kg Gajah. Ada kawan² yang duduk area sana ker? *wink*
Date: 5 - 7 April 2013
Time: 10.00 am - 9.00 pm
Venue: Mid Valley Excibition Centre (Hall 1, 2 & 3)
Ok...Buat ibu² dan bakal² ibu di luar sana, acara cukur poket sudah bermula. Jom serbu beramai². Sangat sesuai untuk bakal² ibu yang nak cari barang² baby, Memang rambang mata di buatnya. Kalau expo macam ni memang harganya bley tahan juga murahnya. Cuma kena sediakan duit yang mencukupi. Kalau ibu² yang nak pergi tu, better jangan bawa anak lah. Kesian kat bebudak sebab orang yang sangat ramai.
Note: Nak pergi ker tak...nak pergi ker tak????
Biasalah tu kan. Bila nak dekat Pilihanraya nih, macam² cerita yang berkaitan pilihanraya jer lah yang banyak. Cerita panas lagi hangat sampailah cerita lawak berkaitan pilihanraya. Ok...sila semak uols DUN mana.
Source: FB Ujang
Senyum...tak perlu kata apa². Tergelak² aku membacanya. Kretif betul lah dorang nih. Ada jer idea. Uols DUN mana? Ada dalam senarai tu tak ^_^.
Note: Alhamdulillah...dapat rezeki hari ni ☺☺
Terkejut aku pagi nih. Masa nak amik incoming/outgoing tray ni kat bawah meja. Nampakkkk...ni TIKUS punya kerja lah nih. Tikus yang kelaparan gamaknya. Sampai kotak ni pon digigit² nya. Buat hal lagi lah ko ni yer. Dulu di bedalnya plastik roti. Tak dapat rotinya, plastik pon jadilah kan. Bukan itu jer. Habis di tinggalkan sampah sarap makanan kat tempat aku nih:
Fail² memang aku letak bawah meja ni. Cabinet fail dah penuh. Tak sempat nak kemas² lagi...haishhhh...Pagi tadi nak amik tray kat bawah meja ni. Sekali aku tgk sampah berselerak disebalik fail. Pada hal sebelum ni dah clear. Cisssss...Ko buat sampah kat tempat aku yer tikus. Bukan sampah jer, siap dengan bahan buangan dia skali...melampau ko yer tikus. Makanan memang tak bley nak letak merata. Kena simpan dalam laci. Tikus mengganas balik ni.
Bercakap pasal tikus. Tikus dengan cencurut tu sama ker? Teringat peristiwa masa kat umah mak dulu. Dulu kat umah mak memang berkeliaran tikus. Ntah mana datangnya pon aku tak tau. Ada peristiwa yang buatkan aku memaki tikus/cencurut ni. Orang tua² kata, jangan suka suki maki hamun menatang ni. Nanti ada benda yang dia buat. Sekali betul ko. Ntah macam mana dia boleh bolos dalam almari baju. Habis digigitnya seluar feveret aku. Seluar Levi's plak tu. Habis kat bahagian montot sluar tu digigitnya. Perghhhhh...memang panas hati aku. Tau plak tu tikus/cencurut yang itu seluar aku. Baju lain dia tak gigit. Dah lah sluar mahal #brandtujerygakumampu. Pengajaran buat diri sendiri. Binatang pon ada perasaan tau...ahaks...☺☺
Note: Tapak tangan dah gatal² ni *wink*
Baru dapat WhatsApp Message. Katanya Parlimen dah bubar. Sama² lah kita tunggu bila tarikh mengundi. Ni masuk kali ketiga #rasanyalah aku mengundi. Tapi tahun ni rasa berbelah bagi nak mengundi. Tapi klo tak mengundi dah rugi satu undi...hurmnmmmm...
MARI LAH MARI
PERGI MENGUNDI
TUNAIKAN KEWAJIPAN
PADA NEGARA
Pada calon² yang betanding, Selamat maju jaya.
Note: Masyukkkkkkkk $$$$$ ☺☺☺
Yuhuuuuuuuuu...Salam pagi rabu semua. Ada yang merindu ker??? bluekkkkkk...muntah hijo ☺☺. Iyerlah...sapalah kita kan...hehehe...
2 hari APTB...APA PON TAK BOLEH!!!. Internet connection on and off. Kebosanan tahap yang tak boleh nak digambarkan. Dah nak meroyan rasanya. Banyak benda nak citer nih. Petang semalam baru ok. Tak sabar nak ketuk pintu rumah kamu semua. Tunggu yer. Aku nak balas dendam.
Note: Ada 377 komen yang sedang menunggu untuk diluluskan...arghhhhh...semput mak noks.
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.
Berpantanglah...Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
Source: FB
Note: Entry auto published. Pn punya blog cuti hari ni ☺☺
Biasalah tu kan. Dah namanya pon WANITA...punya hati dan naluri yang halus. Memang cepat tersentuh. Tengok citer sedih dah mengalir air mata. Baca kisah² sedih pon dah meleleh air mata. Tengok gambar² yang boleh mengundang kesedihan pon dah meleleh lagi air mata....hurmmmm...
Note: Hari ni dah last day cuti sekolah. Bermulalah kembali jalan yang sesak.
Klik banner tu yer.
Telah di Tag oleh 3 orang rakan blogger, MRS LURVE, ZUE dan juga MIA KASSIM. Mekasih uols sebab sudi Tag. Ada 6 syarat untuk join GA ni, antaranya:
Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.
SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan
Untuk syarat selebihnya, silalah terjah blog Bicara Mak Dara yer ^_^. Tarikh tutup untuk GA ini adalah 31 March 2013.
Ok...aku kena Tag 3 orang rakan. Tapi memandangkan mejoriti semuanya dah join GA ni. Aku Tag kamu² semua yang masih belum buat. Aci tak Mak Dara ☺☺
Lunch tadi makan SUBWAY jer. Dah lama tak pekena subway nih. Kebetulan tadi gi Shaftsbury Square. Kononnya nak gi BORDERS BARGAIN BASH. Sekali hampa....tak menarik lah. Ingatkan ada kedai buku BORDERS kat situ. Rupanya dorang cuma jual buku² tu kat kaki lima jer...hurmmmmm...Buku untuk bebudak pon tak der. Tak taulah kalau dah habis kan sebab start dari 18 march last week.
Balik tu pekena Frappuccino Caramel, tapi tak letak coffee pon....arghhhhhhh...sedapnya. Beli pon pakai kad. Dapat Starbucks card ni free jer ^_^.
Note: Boringggggggggggggggggggg!!!!!!
ISU HANGAT LAGI PANAS!!!!!
Dalam erti kata lain. Hukuman untuk orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan dan antara punca meningkatnya kes perceraian terutama dalam kalangan pasangan muda.
Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.
“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.
IBRAHIM (kanan) berbincang dengan Kamalia selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam, semalam.
Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.
Sumber: myMetro
Seorang (1) akan memenangi ketiga2 FM dari ketiga2 destinasi...
12 orang lain akan menang salah satu FM tersebut...Menarik kan. FM seperti gambar yang tertera di bawah.
Buat pemgumpul FM macam aku yang koleksinya tak seberapa ni, bolehlah join. Mana tahu ada rezeki kan. Giveaway ni datangnya dari pemilik blog The Beauty In Ugly @ Daniel Zaidi. Klik jer link tu kalau nak menang FM yer ☺☺
Note: Tak sempat lagi nak update hadiah dari rakan blog.
Salam sayangs² semua. Update sepantas kilat. Mencuri masa lagi...cis....Seperti tajuk di atas. Kat mana aku bley cari LOCK FREEZER ni? Dah search kat google, tapi banyak kat over the sea lah. Ker aku yang tak pandai cari? *_^.
Tolong...anak dara ku Qahirah yang bijak pandai lagi petah tu dah ada hobi baru. Hobi baru dia adalah buka Peti Ais. Anak² uols ada hobi macam ni tak? Boleh lah gang dengan qahirah ^_^. Serius...sebelum ni qahirah tak pandai buka sebab peti ais tu ketat. Tapi sejak dia berusaha gigih ni ..usaha tangga kejayaan katakan. Mission accomplished, dah pandai ko.
Tapi...bila dah pandai kan. Kerja nya asyik buka tutup...buka tutup...buka tutup...peti ais tu berkali². Sejuk gamaknya kan. Sampai bekas dan cawan kosong pon di letaknya dalam peti ais...bertuah punya anak ☺☺. Aku macam biasalah kan, mulalah nak bertukar jadi orang hijau. Dia punya tutup peti ais tu bukannya tau nak slow². Habis dihempasnya pintu tu. Mau jahanam peti ais aku tu nanti....alahaiiiiii...anak dara ibu nan sorang nih.
Note: MOM...letter...filing...arghhhh...naik juling bijik mata.
Extra Note: As-Salam kawan² baru. Salam perkenalan. Nanti daku follow balik yer.
Pasrah diperlakukan apa saja oleh kakak atau abang. Mentang² lah adik kecik lagi kan. Siap lah ko kakak...tunggu adik beso sikit jer lagi.
Budak² ni memang suka main air. Budak dan air...memang tak dapat dipisahkan. Si Qhalif ni...asal bagi minum air jer, mesti nak celup tangan tu dalam cawan. Si kakak pon tumpang sekaki lah kan. Habis dibasahkan kepala si adik. Siannnnn adik. Mak dah tak kose noks. Biarkan sajalah. dorang main air. Habis lencun baju ngan lantai. Nak marah pon tak boleh. Dorang tengah nak explore benda² baru kan. Sabar jer lah ^_^.
Note: Curi masa jap. Busy tahap gaban....arghhhhh...semputtttt...Maaf sangat, tak sempat nak melawat kawasan jajahan.
Assalamualaikum semua, apabila bangun sahaja pagi Isnin, ramai yang merasa berat untuk ke pejabat. Kata orang putih Monday Blues. Mengikut satu kajian di US, kejadian bunuh diri banyak berlaku pada hari Isnin dan sangat kurang pada hari minggu. Malah di UK pula, kajian mendapati banyak cuti sakit (MC) diambil pada hari Isnin. Wah, apa dah jadi? Kenapa takut menghadapi hari Isnin? Kenapa mesti malas dan berat hati apabila masuknya Isnin?
Berikut adalah beberapa tip untuk ceria di pagi Isnin:
1) Aturkan kerja yang anda paling suka lakukan pada hari Isnin.
2) Buat temujanji dengan seseorang yang anda tidak sabar untuk temui pada hari Isnin.
3) Rancang aktiviti yang anda seronok libatkan diri dan teruja pada hari Isnin.
4) Jadikan hari Isnin hari anda kemas dan susun atur keadaan di pejabat sebelum fokus kepada kerja-kerja yang mahu dilakukan.
5) Mulakan hari dengan doa .. ROBBI YASSIR WA LA TUASSIR hingga habis.
6) Mulakan hari dengan kata-kata yang positif. Ok, say it loud... I LIKE MONDAY (10 times)!
Selamat memikul amanah dan menjalankan tugas.
Souce: FB Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
Note: Lewat bersiatan. Ada Power of One Meeting...hurmmmm...Tapi hari isnin ku ceria pagi ni sebab dapat makan free lagi sedap ^_^.
Tahniah buat my sister in law, NURUL FATIN SAFIKA BT MOHD TAIB @ Mak Wong. Dapat 7A's1B1C dalam SPM. Agak cemerlang juga bagi aku. Unexpected katanya. Budget dalam 5A's jer. Sekali tambah lagi 2A's. Smalam masa nak call tanye resault pon susah nak dapat. Hot line katakan ☺☺
My sweet and lovely sister in law. Tahun ni giliran Mak Su @ NURUL NADIA plak score untuk PMR. Study Smart yer maksu. Untuk Ika...nanti kita calebrate yer. Sorry...kak fiza cilok gambar dari FB. Jangan marah ☺☺☺
Last but not least, tahniah dari kami...kak fiza, bayen, kimi, qahirah dan qhalif ^_^.
Note: Kak Cho Zila...lama ku tunggu panggilanmu kak. Baru pagi ni dapat ku dengar suara mu...ahaks...Nanti kita dating yer ☺☺
Bukan mood swing tapi ber swing dengan MEDAL SWING ni ha.
Dah lama tak ber SWING sebab breastshield dah tak berapa nak elok. Mungkin sebab aku lepas basuh tak lep kering² pastu dok steril dengan air yang agak panas gamaknya...bijak kan. Disebab kan masalah tu, mak pakai lah AVENT Manual tu ha. Ni yang untung kalau ada lebih dari satu breastpump kan #bukan nak berlagak yer#. Dah berketul² muscle kat tangan ni hah...kahkahkah...serong jap. Exercise tangan kan ☺☺
Pastu kan, AVENT yang banyak berjasa tu bermasalah plak minggu nih. Dia nyer Silicon Diaphragm tu dah terkoyak. Jadinya suction nya jadi tak power. Aku dah order dah breastshield swing nih. Sekali dorang call next week baru dapat. Tak der stok katanya...cissssss...dalam website tak der plak tuis 'out of stok'. Nak tak nak...pakailah MEDELA SWING yang brestshield nya dah kedut².
Hasil tenusu petang nih. Alhamdulillah...rezeki Qhalif. Balik nanti pam lagi.
Yang ni plak hasil tenusu paling meriah pernah aku dapat. Sekali pam dapat 3 botol....masyukkkkk...☺☺. Ok...ini bukan nak menunjuk yer. Ini motivasi dan pembakar semangat untuk ibu² menyusu diluar sana. Think positive. Ada yang pernah dapat 6 botol untuk sekali pumping session tau. Mak pon terkejut noks. Tak salah nak pamerkan hasil perahan Susu Ibu yer. Pada yang masih belum tahu, sila baca HUKUM MEMPAMERKAN HASIL SUSU IBU tu yer.
Note: Stok susu untuk Qhalif meman dah lama habis. Hari2 Qhalif dapat susu fresh ☺☺
Buat hati ibu tak tenang kat office nih. Terbayang² muka sentap @ sedih dia tu. Siapa lagi kalau bukan abang Iman Hakimi. Alahai anak ibu ni, kuat sangat rajuknya. Senang sangat air mata tu meleleh. Cuba kuatkan sikit hati tu. Ni...sikit² nak merajuk, buat muka sedih..muka serius dia tu...haishhhhh...macam mana kalau ada girlfriend nanti? Asyik girlfriend jer lah nak kena pujuk nanti. Kisah rajuk si KIMI:
Mat sensitive
Kimi nak bawa bekal pagi ni. Aku bekalkan dia roti dengan air Teh-O. Tapi dia tak nak pakai bekas lain, nak bekas feveret dia jugak. Bekas tu tak basuh lagi dan aku malas nak basuh sebab dah lambat. Pastu dia soh amik bekas yang sama yang masih tak pakai lagi. Bekas baru lah kan. Aku tak sampai nak amik dalam almari tu #mak kan tinggi sangat noks, petite lagi comel...ahaks...# Si Kimi yang baik hati ni tariklah kerusi soh aku panjat. Bila dah lambat kan, mulalah kelam kabut. Aku cakap 'tak payah, pakailah bekas yang dah basuh ni'...hurmmmmm...touching lah plak anak bujang tu.
Mula tarik muka. Bila abah nya pujuk...meleleh plak air mata dia tu. Aku plak pergi kerja macam tu jer. Tak cium dia dulu. Rasa geram plak pepagi dah buat perangai kan. Konon merajuk lah kan #buruk perangai mak budak ni kan. Dengan anak pon nak merajuk#. Skang ni hati aku sudah rasa tak senang sebab terbayang muka sedih anak dengan air mata dia yang meleleh tu....arghhhhhhh...Kesiannya kimi...kenapalah aku buat macam tu. Pada hal si anak tu dah tarikkan kerusi soh si ibu panjat. Bukannya susah pon kan...huhuhu...
Note: Badan Qhalif dedar plak pagi ni. Harap² tak demam lah.
Ok...last minute join segmen ni sebelum aku nak berangkat pulang. Masih sempat lagi ni. Jom ^_^
Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.
Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.
Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.
Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
- 10 blog akan dipilih melalui random.org
- Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
- URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....