Salah satu blog yang aku suka baca dan aku tunggu² entry terbaru nya. Ada lagi yang tak kenal ke? Boleh terjah blog Realiti Konspirasi @ Zack Zukhairi. Memang tak rugi baca sebab best. Jalan cerita yang santai, penuh makna dan ada unsur jenaka. Kalau baca memang akan kena sindrom senyum² dan gelak² depan pc sebab aku dah lama kena.
Dah lama aku follow blog zack ni. Sejak dia study kat jepun lagi. Tapi mamat ni dah jarang sangat update blog. Zack...silalah update slalu. Peminat mu ini sentiasa ternanti² entry baru.
Note: Menghitung hari...hari meningkatnya usia ☺☺
Kitaran Kehidupan..penuh dgn seribu keajaiban. Bermula dgn kelahiran, membesar, menjadi remaja, belajar erti nilai kehidupan, bertukar dewasa, menjadi tua, menilai setiap detik yg dilalui sebelum akhirnya kembali kepada Pencipta-Nya.
Source: [SINI]
Note: Tak update lagi citer USS trip...haishhhhh...mood ke laut lah pulok.
Buat apa muka cantik kalau akhlaknya kurang
Buat apa muka cantik kalau mulut macam longkang
Buat apa muka cantik kalau tak ada adab
Lebih baik jadi tak berapa cantik tapi ada akhlak
Lebih baik jadi tak cantik tapi tinggi dengan adab
Automatik orang akan tengok kita cantik
Tapi...kalau tak cantik, hati busuk dan mulut jahat pulak tu
Maka...Kesian lah kat orang tu kan, kesian sangat²
Note: What comes around goes around tu tekde makna nak terpaling akidah pon. Cuma kita pegang bahawa setiap perkara tak elok, pasti akan dibalas ALLAH. Bak kata pepatah 'What you give, you get back'. Cuma bila? Hanya DIA yang maha mengetahui. Bahagialah kau dengan dunia kau. Aku pon bahagia sebab aku di kelilingi oleh orang yang sayang dan ambil berat pasal aku.
"On this day, we were given the most precious GIFT
The GIFT that we made from LOVE
Six years have past and
we're still loving this GIFT till the end of our life"
1-3 Tahun
4-5 Tahun
6 Tahun
Selamat Hari Lahir IMAN HAKIMI BIN HUSAINI
6 Tahun masa berlalu. Masih terbayang kesakitan itu...kesakitan melahirkan kamu
Dugaan sepanjang 6 tahun membesarkan kamu bersama abah dan ibu
Keluar masuk hospital 3 kali membuatkan abah dan ibu susah hati...dugaan dariNYA buat kami
Bermula dengan BRONCHITIS di usiamu 8 bulan
HIGH FEVER di usia 2 Tahun
Dan terakhir, [ROTAVIRUS] di saat usiamu 3 Tahun
Alhamdulillah...tiada lagi episod keluar masuk hospital selepas itu
Doa ibu....
Semoga IMAN HAKIMI membesar sebagai anak yang soleh
Bijak pandai dan sihat tubuh badan
Semoga dapat menjadi abang yang baik buat adik²
Semoga ditetapkan hati dan dikuatkan iman
Dan semoga berjaya didalam kehidupan didunia dan diakhirat kelak
In shaa allah...
In shaa allah...
IBU, ABAH, QAHIRAH dan QHALIF sayang kamu >_<
Note: Malam nanti kita celebrate yer. Esok pagi celebrate ngan kawan² kepas plak.