Alhamdulillah....akhirnya kereta hubby iaitu En. Perdana telah selamat di jual pada bulan lepas bersamaan dengan 27 March 2009 setelah di iklankan didalam MUDAH.COM. Dengan ini, kami 3 beranak terpaksalah merempit buat sementara, sambil menunggu loan utk kereta baru lulus...ngeh...ngeh...ngeh...kereta apakah ittew? Doa2 kan lah loan kami tu lulus yer, amin....
Banyak kenangan kami ngan En. Perdana ni. Ada manis dan pahit. Yang manisnya...dengan En. Perdana ni lah dah merata kami pergi, meredah jalan yang kekadang sesak dan kekadang lengang, meredah semak-samun, lumpur dll. Tapi yang pahitnya, dengan En. Perdana nilah duit kami banyak di habiskan untuk kesihatan En. Perdana, sampai satu tahap yang tidak dapat di selamatkan hingga En. Perdana terpaksa di 'Towing' di sebabkan kesihatannya yang begitu tenat dan juga telah menaikkan temperature hubby sebab duitnya banyak habis, tempiasnya kena kat aku gak sebab terpaksa meminjamkan duit ku untuk membaik pulih kesihatan En. Perdana.
Setelah berfikir panjang dan meminta pendapat dengan orang yang lebih arif, feed backnya.....ramai suruh jual daripada duit habis pokai baiki kete sajork. Sebelum En. Perdana di jual, kami telah memastikan En. Perdana berada dalam keadaan yang sangat baik, tip top lah org kata, tayar pon baru tukar. Tak baik tau jual kereta yang tak sihat kat orang...buat inaya orang jer.
Aku tau, hubby berat nak lepaskan En. Perdana dia ni, sayang katanya (lebih syg kat keta dari istri:( ). Hubby ku demam seminggu lepas En. Perdana diserahkan kepada tuannya yang baru. Kebetulan nak demam kot, ker rindu dendam kat En. Perdana? Dah dekat sebulan gak kami merempit. Kesian kat anakku lah. Bila nak merempit kemana2 jer hujan turun, kan musim hujan tak menentu skang ni.