Since balik dari cuti ni rasa malas jer nak buat keja. Hutang TAG banyak tak buat lagi ni. Nanti ku buat yer kengkawan bila mood rajin ku datang.....ngeee...bila tu? Keja umah pon malas nak buat, kain sebakul tak lipat lagi, nak basuh baju....adoi...malas sungguh, padahal mesin jer yang basuh cuma masukkan kain jer dalam tu, itu pon malas, nak tido jer rasa. Klo tidokan anak, ngan aku skali tido. Dah lah tu, kat office ni aku kena pindah tempat, kat the other side office, bosan sungguh, pindah2 ni lah yang aku paling menci, barang banyak plak tu, ngan fail yang bertimbun, drawer lagi....argh....malasnya. Kenapa malas sangat ni? Masa aku pregnant dulu, mcm ni lah malasnya, tapi aku tak pregnant pon. Cepatlah mood rajin ni datang.
Salam semua. Dah lama tak 'Berbloging', starting from Wednesday last week. Windu nak menulis. Actully kami sekeluarga pergi bercuti, ala2 Cuti2 Malaysia gak lah. Pergi Terengganu, umah kakak. Pergi naik bas, kami 3 beranak ngan mak aku skali. Ok gak lah naik bas, Iman pon tak banyak ragam. Perjalanan amik masa dalam 5 jam. Kami bertolak hari Khamis pagi & balik KL hari Sabtu pagi. Dah lama niat nak gi Ganu, since kakak aku pindah sana, tak pernah langsung gi umah dia, adalah dekat 5 tahun. Ada jer halangan nya. Teruk btul kan.
Apa yang menarik? ha....umah kakak aku dekat betul ngan pantai, kiranya belakang umah dia tu dah nampak pantai. Pantai apa? Rasanya pantai kijal kot, sebab umah kakak aku ni kat kijal. Pantai nya memang cantik, airnya hijau kebiruan, tak macam pantai kat PD tu. Klo nak gi Awana Kijal, 10 minit jer dari umah kakak ku. Aku tak sempat pon nak mandi manda, hubby jer yg mandi sebab klo kami mandi sapa nak pegang Iman? Anakku Iman takut nak mandi laut, bertuah nyer budak. Klo kat umah, bukan main suka lagi main air, berendam bagai, tapi bila nampak laut, nangis....takut. Hangin gak haku. Mungkin sebab laut tu luas sgt, tu yg dia takut tu. Best sungguh suasana kampung, tenang jer....dengan bunyi desiran ombak yang memukul pantai, dengan pokok kelapa yang meliuk lentik di tiup angin sepoi2, hahaha...skema sudah ayat dan macam2 lagilah.
Memandangkan kami pergi naik bas, tak dapatlah nak gi tempat2 menarik & shopping keropok. Cuma gi Mesra Mall sajork. Lagipon cuti tak panjang. Next time bley gi Ganu lagi.
Kami 3 beranak demam. Bermula dengan anakku dulu. Petang jumaat, masa amik kat Nursery, pengasuh tu cakap Iman muntah & badan dia panas. Masa aku amik tu dah ok dah. Pagi Sabtu tetiba panas badan dia naik balik. Aku risau betul kalau anakku demam, tak tidor di buatnya. Bagi ubat demam yang bulan February nyer. Ok sket, kurang lah panas nya. Tetiba petang tu panas balik, gi klinik doktor trus bagi ubat ikut montot, panas nak dekat 40. Hari Ahad petang baru ok, kiranya dah kebah sikit lah. Doktor pun cakap musim demam skang ni.
Lepas anakku dah sihat kami suami istri plak demam, serentak plak tu. Aku memang jenis yang jarang demam, tapi skali klo dah demam, tak larat betul rasanya. Dapatlah MC 1 hari. Ini pon rasa tak berapa sihat sangat lagi ni. Tapi ku gagahkan jugak gi kerja.
Pagi ni badan Iman panas balik. Tension plak rasanya, berbalik2 plak demam ni. Dahlah anakku tu susah betul nak bagi dia makan ubat. Klo bagi ubat, dia akan katupkan mulut dia rapat2, klo dah masuk mulut, di luahkan nya balik ubat tu, macam mana nak cepat elok nak ooi. Naik gak temperature aku klo bagi iman makan ubat. Kesian anak ibu. Terpaksa gak hantar gi Nursery pagi ni.

Pap Smear
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
Bila saya patut melakukan ujian pap smear?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.
Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,
3. Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.
Apa yang dilakukan semasa pap smear?
1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol.
Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi
* Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan
Apakah kelebihan lain pap smear?
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.
Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?
Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1.Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2.Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.
Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok
Di mana saya boleh menjalani pap smear?
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear
Aku tak pernah buat pap smear lagi. Anak pon nak masuk 2 thn dah. Patutnya dah lama kena buat ni. Sebenarnya....rasa takut pon ada nak buat. Sebab aku ni memang penakut :). Ish....bilalah nak buat ni.

Hehehe...macam serious jer tajuk nya. Tapi memang serious pon. Bukan krisis rumahtangga, tapi krisis kewangan ku yang semakin meruncing dari hari ke hari. Sedih giler beb bila nengok baki duit dalam bank dah susutttttt......uuwaaaaa....bila duit nak bertambah balik ni :(. Bukan susut sikit, tapi susut banyakkkkkk. Inilah padahnya bila tak pandai nak merancang kewangan. Asyik nak membeli jer, melabur nya tidak. Adakah aku harus mendelete suma online shop yang ada dalam list Favorites? Atau menahan diri dari membeli TR scarf? Atau nak kena start ganti pose? Jimat sket duit makan. Owh....ada sesapa bley bagi pendapat macam mana nak menabung dengan betul?
Ada sumber2 hotfm bergerak kat opis aku mengatakan yang tahun ni tak der bonus, yang sumber2 lain ni plak kata ada, aku pon tak tahu sejauh mana kesahihannya, just wait and see. Uuwwaaa.....ku ingat klo ada bonus bley lah menambah duit dalam account bank ku ittew. Tak sanggup dah ku nak nengok lebihan duit yang tinggal. Salary Increment? Ada salary increment kah untuk tahun ni? Hopefully adalah, sikit pon tak per lah bos, janji naik.