Breakfast saya pagi ini adalah kuih Donut and kuih Gulung @ ketayap bersama dengan air milo (sendiri bancuh). Kalians tahu tak berapa harga untuk 2 bijik kuih ini? Memandangkan saya tak selalu beli kuih, saya tak expact harganya sampai macam tu skali. Klo beli pon, biasanya 3 kuih = RM1.00. Tapi yang ni nak tahu brapa harganya? Haa....RM1.10 untuk 2 bijik kuih yang cumil, rasa macam tak berbaloi. Dalam kepala hotak saya, mesti tak sampai sehinggit harga kuih ni, sekali terlebih sudah. Kalau kat cafe2 yang high class, sudah semestinya harga mahal kan, tapi ni kedai biasa jer, alahaiiiii...
Tada....
Inilah kereta yang dinanti2kan. Proton SAGA BLM. Aku punya kaler Hitam. Hanya ini yang kami mampu buat masa ni. Bersyukur sangat2 dengan rezeki yang Allah bagi.
Kalau ada budget lebih sket, bley buat macam ni plak. Cantik kan. Hahahaha...berangan sudah, ada ker duit fiza ooiii...lambat lagi lah klo nak modify macam ni :-). Duit yang ada pon cukup2 makan jer.
Boleh ker aku drive ni? Dah lama sangat tak memandu, tahap keyakinan diri pon dah zero. Renew lesen every year, tapi memandunya tidak. Hubby memang nak soh aku drive skang, dia dah bowing hantar aku gi kerja hari2 :-), besides nanti nak pindah rumah senang sket klo aku dah bley memandu, especially nak gi keja & hantar Iman gi nursery. Hua..ha..ha...panjanglah langkah ku lepas ni
Alhamdulillah...selesai sudah urusan kereta. Selepas mendapat keputusan yang menyakitkan hati dari bank2 lain, akhirnya kami terima juga offer dari AM BANK. Walaupon terpaksa top-up duit (pokai sudah) sebab tak dapat full loan, at least sudi juga AM Bank bagi pinjaman kat kami, daripada bank2 lain tu, langsung tak bagi peluang.
Insya'allah, minggu ni dapatlah kereta. yeayyyy...dengan ini berakhirlah sudah episod patah kaki kami sekeluarga gara2 tak ada keta...muahh..ha..haaa :-)
Ingatan untuk diriku sendiri juga.
Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyak selagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.
Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah S.A.W melarang mengerjakan solat Isyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia di ibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi.
Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah di tentukan, dia telah menyalahi perintah Allah swt. Hukumnya adalah berdosa.
Sebagaimana firman-Nya: "Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah di tetapkan waktunya" (An-Nisa': 103)
Renung-renungkan dan selamat beramal.