Renungan Pagi Jumaat...(^_^)
South Africa Isnin 6 September 2010:
South Africa Isnin 6 September 2010:
Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.
Jamie Rooney, 38, bersama pelancong² lain dalam perjalanan daro melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam peristiwa aneh itu. Ulat² bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing² menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama² yang cantik.
Tindakan ulat² bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati² dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah.
Tadaaaa.......
Alhamdulillah...Banyak plak hasil tenusuibu untuk pagi nih. Aku pam kat office 2 kali jer. Selalunya kalau buat 2 session pumping dapat lah 10 oz per day, kekadang 8 oz. Tapi pagi nih hasilnya lebih daripada biasa, 8 oz untuk 1st pumping session...suka...suka...
Dah lama tak dapat hasil macam nih. Masa mula² baru masuk kerja jer meriah sket, tapi bila dah lama², hasil sedikit drop, huhuhuhu...ni baru naik balik (^_^).
Lepas nih nak buat 3 kali pumping session plak. Tapi tu la...bila dah buat keja tu kekadang terlajak. Nak try gak trial pack shaklee untuk banyakkan susu nih...hhmmmmm...
Morning uols..dah breakfast? Me...makan roti berintikan tuna jer. Maklumlah...last month dapat gaji awal, kena lah kontrol budget sket (^_^). Pagi nih sampai lewat daripada biasa, traffic jammed and hujan. Kenapa erk...bila hujan jer mesti jalan jammed bila jammed jer mesti hujan. Dah lah tu, daripada 3 lane jadi 5 lane, berebut² nak masuk.
Adoii...patang smalam pon jammed, bley di katakan hari² jammed. Letih di buatnya. Dah lah keta manual, ketak kepala lutut nih. Aku kalau hujan lebat dengan jalan jammed ni memang cuak sket, takut enjin mati...ahaks...
Korang terasa tak kalau orang tanye macam tu. Kot iyer pon, janganlan cakap hitam...cakaplah hitam manis ker, gelap ker, mendung ker...sedap sket telinga nih mendengarnya. Aku pon ada perasaan gak orang cakap anak aku macam tu, nasib anak aku tu baby lagi, tak tau apa²...tapi kalau anak aku tu baby ajaib yang boleh bercakap...mau dia reply "mulut aunty nih tak der insurance ker?"...hambik ko. Walaupon kulit berbeza² tapi benih dan darah yang mengalir tetap sama.
Apa jawapan yang sesuai untuk orang² yang selalu bertanya soalan yang macam nih? Adakah jawapan nya seperti ini:
1. Owh...acuan lain².
2. Abah dia gelap, ibu dia putih. Kalau anak lelaki selalunya ikut kulit ibu, anak pompuan plak ikut kulit bapak. Statement yang biasa kita dengar. Tapi kalau bapak nya dilahirkan putih, bila buat kerja luar, kulit bertukar jadi gelap...macam mana plak tu?
3. Masa pregnant makan kicap banyak sangat, tu yang gelap tu.
4. Tak minum susu and air soya masa pegnant.
5. Alaa...baby lagi, dah beso nanti putih lah tu.
6. Suka tengok citer tamil...muahahaha...gurau jer, org tamil kan banyak yg dah puith skang nih :-)
Hhhhhmmmm...apa lagi nak tambah? Bagi aku jawapan yang sesuai...
'Kun Fayakun'...'Jadilah!maka terjadilah ia'
Walaupon aku minum air soya berkotak² dan minum susu sepanjang pregnant, kalau Allah nak bagi kulit anak aku putih, maka putihlah dia, kalau kulit gelap...gelap lah dia. Ada gak orang yang tak minum soya and susu sepanjang pregnant, tapi anak tetap putih, macam mana tu? Kuasa Allah kan.
“Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
Bila Ustazah Fiza mula berbicara...muahahahaha...
Itulah mulut orang kan. Kalau nak berbicara @ mengeluarkan perkataan, biarlah berlapik sket. Kalau jenis tak kisah tak per gak, kalau jenis yang cepat terasa macam haku nih...sendiri mau hingat lah.
Siapa tak terasa wei bila orang cakap anak aku hitam walaupon kulit qaira tak der lah hitam sangat. Hitam manis lah sebenarnya.
Hhhhmmmmm...esok² bila Qaira dah beso and mana tahu tetiba dia tanya soalan macam nih kat aku, bley lah aku soh dia baca entry nih.
Info yang sangat berguna untuk di kongsi bersama. Terima kasih pada Pn. Punya Blog (Mawaddah) atas informasi ni. Mungkin ramai yang dah tahu pasal SIDS, tapi apa kaitannya dengan Stomach Sleeping? Ada jugak mitos dan fakta tentang tidur meniarap nih.
Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?
SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.
Apa pula `Stomach Sleeping`?
`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP..
Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?
Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)
Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap?
1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...
2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...
3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..
Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...
1.Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...
Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini)
2.Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...
Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..
3.Mitos: Elak perut kembung..
Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...