Sebagai tanda sokongan untuk parents arwah baby Adelia, Nizzam dan Fariza.
Drop by dari blog Kak yong. Sangat sedih bila membaca kisah² kematian yang membabitkan bayi. Yang terbaru ada lah baby Adelia. Tak habis² kisah membabitkan kematian bayi tersedak susu di nursery. Sampai bila kita sebagai parents yang terpaksa menghantar anak² di nursery, setiap hari akan memikirkan keselamatan anak...asyik di sajikan dengan berita² tragik nih? Daripada last year until this year, ada jer berita tantang kematian baby di nursery. Sangat menyedihkan bila bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kecuaian pihak yang tak bertanggungjawab.
Untik mengetahui cerita dengan lebih detail, bley baca kat sini:
Ada juga komen dari orang² yang bermulut celupar mempertikaikan kenapa bayi seawal 2 bulan harus di hantar ker nursery? Bagi aku, kalau aku orang KAYA...banyak duit, tak perlulah susah payah aku nak hantar anak kat nursery. Duduk rumah jaga anak 24/7 sehari. Tapi aku bukan orang kaya yang bley goyang kaki, upah maid untuk jaga anak. Aku perlu bekerja untuk bantu suami cari rejeki. Kalau tak bekerja, anak² nak makan apa? Dengan keadaan ekonomi yang semuanya memerlukan DUIT.
Kamu...kamu...dan kamu yang SAHM (Stay at Home MOM) sangat² beruntung kerana boleh melihat tumbesaran anak dan memantau keselamatan anak di depan mata berbanding kami...kami...dan kami yang terpaksa bekerja nih.
Ya Allah...semoga anak² kami yang berada di nursery sentiasa di bawah lindunganMU...amin...
Salam semua.
Pagi nih suasana kat office tetiba bertukar menjadi luar biasa daripada biasa. Dari aman damai bertukar menjadi cemas...dengan jeritan², dah macam histeria gamaknya...ekekekeke...Nak tahu sebab apa?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Terjerit² bukan sebab artis fofular atau orang² kenamaan datang nak tengok umah tapi ada ULAR uols...tetamu yang tak diundang nih bertandang kat Sales Gallery office. Aku tak sempat pon tgk ular tu. Dari apa yang dorang citer, tak der lah besar mana pon, kecik dan panjang sketlah, tapi garang.
Ular ni menyorok kat balik dustbin kat receptionist area. Nasib budak receptionist nih perasan ada ular. Kalau tak? Tetiba kang melingkar jer kat kaki...eeeuuuwwwwww...geli. Nak tergelak pon ada gak bila dengar dorang terjerit² kat bawah...ahhhhhhh...eeeeee...biasalah org pompuan, kuat menjerit...ekekekeke...
Lepas nih aku kena check plak workstation aku nih. Manalah tau ada menatang lain selain ular. Yerlah...sebelah office ada hutan. Ular sawa pon ada yang pernah jumpa. Eeeeuuwwww...takutnya.
Buat pembayar² cukai di luar sana, harap berhati² dengan email palsu yang di keluarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Macam² cara nak menipu orang skang nih.
Kalau tak bley nak baca surat tu, ni aku Copy and Paste.
E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar
Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mail tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti pfishing oleh pihak tidak bertanggugjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.
Orang ramai yang menerima e-mail tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya san dilarang memberikan sebarang maklum balas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.
Bahagian Keselamatan ICT, LHDNM telah bertindak pantas memaklumkan hal ini kepada Suruhanjaya Keselamatan ICT Malaysia bila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah di pintas dan ditutup. ini adalah merupakan cubaan ketiga untuk menipu pembayar cukai.
Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh di ajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mail callcentere@hasil.gov.my
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my
Kalau tak bley nak baca surat tu, ni aku Copy and Paste.
E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL refund-payment@hasil.gov.my) kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak di berikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka di minta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my
Bila makan memang sedap tak hingat donia. Tapi bila dah terperap dalam kereta...ya ampun...baunya amik masa berhari² nak hilang.
Cerita hujung minggu. Hari sabtu aritu balik kampung my MIL kat Kg. Gajah, perak. Sepanjang perjalanan pergi ngan balik tu hujan jer. Kira ok lah kan, tak der lah panas sangat. Dah lama gak tak balik perak nih.
Skang kan tengah musim durian. Memang cantik sangat lah klo balik pon. Lepas makan kat kenduri kawin, rehat² lah kejap. Pastu my SIL panggil. Ada durian...fresh dari kebun ^_^. Sukanya...sebab dah lama tak makan durian. HUbby kopek lah beberapa biji. Ya Allah...sangat sedap. Banyak gak lah aku makan, dah macam orang jakun tak pernah makan durian gamaknya. Di sebabkan qahirah nyusu badan, terpaksalah kontrol kan....Kang sakit perut plak anak dara tu. Iman plak memang dari dulu minta nak durian, tapi bila dah dapat, tak reti plak nak makan.
Tapi kan...aku terkilan betul lah. Masa nak balik my MIL ada kirimkan 4 biji buah durian. Bajet balik umah nanti nak sambung makan puas². My hubby durian nih dia kurenggg sket. Sampai umah dah malam, tak larat lah nak angkut durian bawak naik atas. Tgh hari semalam aku tanya:
ME: tak bawak naik durian ker? dgn selambanya hubby jawab
HUBBY: abg dah bagi suma durian tu kat pak guard, malas lah nak bawak naik atas.
ME: la...apsal tak tinggalkan sebijik?
HUBBY: malaslah...leceh nanti nak kopek, lagi pon nanti umah bau
Uuuwwaaaaaa...tak aci btul laki aku ni tau, pak guard di utamakan istri di ketepikan aku rasa macam nak turun nak minta sebijik durian kat pak guard tu. Ini tidak adil. Dah lah durian tu sedap. Hhhhmmmm...tak rejeki nak melantak durian.
P/s: Macam mana nak hilangkan bau durian dalam kereta erk? Pening lah kepala bau durian tak hilang².
P/s: Macam mana nak hilangkan bau durian dalam kereta erk? Pening lah kepala bau durian tak hilang².