Salam pagi jumaat semua. Sekejap jer dah jumaat kan ^_^. Sempena hari jumaat yang mulia nih, aku nak kongsikan doa² untuk ibu² yang menyusukan bayi yang boleh di amalkan untuk membanyakkan susu ibu.
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat dan al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan di fahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
Kartun kegemaran iman skang nih. Kalau dulu addicted ngan Upin dan Ipin, skang ni addicted ngan Boboi Boy plak. Layan gak tengok citer kartun nih, best. Si iman klo tengok tergelak². Every sunday, TV3 @ 7.00 pm mesti dok tunggu citer nih. Tapi ahad aritu takder plak, ganti ngan Soccer kid Final. Apalagi...frust lah anak bujang tu.
Ok, ini sinopsis ringkas pasal Boboi Boy nih:
- Boboiboy adalah kisah mengenai watak Boboiboy bersama rakannya Yaya, Ying dan Gopal yang memiliki kuasa luar biasa menentang makhluk asing yang ingin menawan bumi
- Makhluk asing yang turun ke bumi membawa pulang biji kopi ke planet mereka, namun kerana aroma dan rasa kopi sungguh sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi berkenaan
- Boboiboy dan rakannya cuba menghalang tindakan makhluk asing terbabit hingga tercetus konflik dan pergolakan sesama mereka
Kalau uols belum tengok citer nih, silalah tengok, kami anak beranak dok layan citer nih. Siapa lagi nak sokong animasi tempatan kalau bukan kita sendiri kan ^_^
Saouce: ANIMONSTA
Sapa suka makan kopok nih? Sila angkat tangan macam saya..muahahha..penangan ucop wilca. Tetiba tekak nih teringin plak nak makan pop corn durian nih. Kebetulan gi mkn nanti nampak plak. Harus lah beli kan.
TAPi aku tengok pop corn durian nih macam dah lain sket lah. Packaging baru tu biasalah kan. Cuma kopok tu kaler dia lain sket lah. Kalau tak silap aku dulu, kaler kopok durian nih kuning sket, tapi yg nih pucat sudah. Tapi tak per lah kan, as long as rasa dia sama...tak der hal...☺☺☺
Lately tekak nih asyik nak makan durian jer, aritu dah makan durian pon tak puas² lagi...haihhhhh...tak dapat durian, dapat kopok durian pon jadilah noks.
Jemput makan suma...hhhmmmmmm...sedapnya...ekekekekeke...
Ni suma gara² SANTAN BASI. Biasalah kan, kalau tak fikir nak masak apa hari² memang tak sah lah. Tetiba plak hajat di hati semalam nak masak kari ayam untuk dinner. Sebab dah lama tak makan kari. Balik keja semalam singgah kedai jap, beli daun kari, SANTAN basi dan lawan untuk kari mestilah IKAN MASIN kan, belilah 2 ekor ikan masin sepat. Perghhhhhh...dapat nasi panas², makan ngan kari ayam pastu lawan plak ngan ikan masin sepat yang garing...haevennya...memang tak sabar lah nak masak kan.
Dah siap bahan suma, masak lah macam biasa, tiba masa nak masuk santan macam ada bau sket, rasalah dulu...hhhhmmmmmm...hampeh...santan masam, dah basi lah gamaknya kan. Nasib aku tak curah terus santan dalam periuk. Adoiiiiii...frustnya, hilang mood nak masak. Nak gi kedai semata² nak beli santan...malas lah pulak. Nak soh hubby gi kedai, kesian sebab baru balik keja. Kesudahannya...kari ayam tanpa santan tu hold lah dulu, letak dalam peti sejuk. Balik ni lah masak.
Tak nak lah aku beli santan dah siap lagi. Beli santan kotak jerlah lepas nih, pon sedap gak. Hai lah peniaga kedai runcit, kalau nak jual santan, tolong lah make sure santan tu tak basi. Kesian kat pembeli macam aku nih yang kemaruk nak makan kari ayam, terbantut selera sebab beli santan basi.
Bila dah tak der mood tu kan, apa lagi...makan pecal jer lah. Bahan² suma dah ada, cuma goreng tahu jer. Kuah untuk pecal pon instant jer, cuma tampah air panas/suam...dah siap. Cepat dan pantas ^_^. Kuah pecal ni ELY yang bagi...sedap wei...kalau makan nagan nasi impit pon sedap ☺☺☺
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…