Ubat lipas apa yang paling mujarab untuk halau lipas² nih? Kalau boleh, kesan ubat tu boleh buatkan lipas takut nak masuk umah. Gone with the wind terus lah. Siyes...lipas dah mula nak bermaharajalela plak kat umah tu. Dari bapak lipas, sampai lah cucu cicit lipas yg cikinot tu...suma ada. Ubat lipas yg ada nih tak mujarab lah.
Lipas nih klo merayap jer dalam umah tak per lah kan. Ini sampai tuan rumah punya badan pon dia nak panjat gak...eeeuuwwwww...geli...geli...Bayangkanlah tengak ko syok mandi sambil feeling² kan, tetiba ada benda merayap kat kaki...makin lama makin tinggi, sekali ko tengok lipas tengah syok panjat kaki ko nak join mandi gak...geli tak...geli tak...geli kan. Nasib aku bukan jenis cepat menjerit. Nak pegang geli, apa lagi...aku hentak kaki sekuat yang boleh kasi lipas durjana tu jatuh. Kalau aku hentak atas lantai papan, boleh patah lah lantai tu...kuat tak kuat lah hentakan kaki aku nak halau lipas...muahahahaha...
Dah 2 kali lipas panjat kat badan aku nih ha. Ada daya penarik gamaknya sampai lipas suka nak panjat...ekekekeke...Iman klo nampak lipas lagi best, siap menjerit tak hingat lagi. Ibu dia tak menjerit...anak plak yang over terjerit². Tu baru dalam umah, dalam keta pon ada gak...haihhhhh...di mana² ada jer ko yer lipas.
Gigih tak gigihlah aku buat handmade kad fathers day nih. Buatnya hari jumaat. Tapi boleh plak tinggal kat office. Aduhhhhh...potong semangat betul. Masih blom terlambat untuk buat ucapan lagi kan ☺☺
Selamat Hari Abah untuk suami tercinta. Terimalah Kad buatan tangan yang di hasilkan dengan penuh kasih sayang nih...cewahhhh...
Dengan ucapan......
seperti yang tertera pada kad...muahahahaha...
Terima kasih yang tak terhingga untuk penat lelah sama² menjaga dan membesarkan anak² yang tengah melalui fasa² tumbesaran yang sangat mencabar nih. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa terbaik untuk anak² kita ☺☺☺
Selamat hari bapa untuk bapa² di luar sana. Anda memang TERBAIK.
Untuk arwah ayah ku...anakmu ini sangat² merinduimu. Al-fatihah untuk ayah. Pada yang masih punya ayah...hargailah ayah anda. Peluk...cium sepuas² nya sebelum terlambat.
Google pic. saja. Tak sempat nak snap gambar sebenar ☺☺
Menu breakfast untuk pagi nih. Rajin plak memasak. Tak sampai 5 minit jer masak pon sebab semua bahannya dah ada tinggal goreng jer. Tak der nak menumis bagai. Leftover sardin smalam banyak lagi. Panaskan pastu masuk kan jer nasi. Kacau²...dah siap ☺☺☺
Resipi orang malas dan nak cepat macam nih lah. Tak yah potong bawang...nak tumbuk cili lah. Dalam leftover sardin tu suma dah ada kan. Benda dah senang, buat apa nak susah² kan lagi...ekekekeke...
Tetiba teringin nak makan sengkuang macam nih. Dah lama sangat tak merasa. Kecur plak rasanya bila nengok. Tak pernah plak nampak orang jual sengkuang macam nih kat gerai². Kat mana ada jual sos sengkuang ni erk?
Bila tengok sengkuang nih, teringat masa skolah rendah dulu. Mak aku buat keja sampingan dari umah, jual eskem ngan jual sengkuang macam nih. Ada sos nya, pastu tabur ngan kacang campur gula...perghhhhh...sedapnya. Memang laku and cepat habis lah sebab bebudak suka termasuklah aku.
Buat pengumpul key chain tegar, bleylah join giveaway nih. Hadiahnya key chain dari BALI. Sebab tuan punya blog baru balik dari BALI ☺☺☺. Silalah terjah blog EQBALZACK