Gara² kehabisan gas petang smalam. Semangat nak memasak bukan main lagi. Terbayang telur goreng masak sambal dan sayur kobis gereng kicap. Sekali petik² api, nan ado apinya. Uuuwwaaaaaa...hubby plak balik keja tertidur kepenantan. Cakap sekali 'abg...gas dah habis', tapi tak der respond malas lah aku nak ulang² lagi kan.
Petang smalam adalah bukak posa paling sadis. Minum nestum, makan beberapa biji kurma ngan kepek tempe saja. Nasib ada kettle letrik buat jerang air masak. Lepas isya' baru gi kedai makan.
Citer pasal sahur. Slalunya untuk bukak posa memang aku akan masak nasi and lauk lebih. Boleh makan untuk sahur skali. Memandangkan smalam tak masak, kalam kabut sket ah pagi nih. Kebetulan anak dara bangun nak nenen. Nenen punya nenen skali bangun dah pukul 5.15 am. Nak masak apa kan kalau dah tinggal banak yu jer masanya. nasi pon tak masak lagi. Kesudahannya...makan maggi jer lah...huhuhuhu...
Harap bley bertahan sampai bukak posa lah. Iyerlah...ibu menyusukan, bulan² posa pon aktiviti mengepam tetap jalan. Memang tak pernah tak makan nasi untuk sahur. Kalau lepas pam tu memang terasa gak lah tahap kelaparan yg amat sangat. Ni makan maggi jer pagi nih...tak tau lah macam mana lepas pam nanti. Jangan gigil² sudah lah.
Smoga puasa hari nih di permudahkan olehNYA.
Suara Kumpulan Ibu² Menyusu untuk menuntut hak. Baru² nih berlangsung acara Breastfeeding Flash Mob di KLCC. Walaupon tak pergi, tapi rasa bangga bila tengok kumpulan ibu² menyusu nih berkumpul sebagai tanda sokongan. Artis Dynas tu pon turut serta gak tau ^_^. Info pasal flash mob:
'Flashmob ini diadakan kerana beberapa insiden yang boleh dikatakan mennzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KLCC, di mana ada para ibu yang dihalau/ditegah untuk menyusu semasa berada dalam tempat tertutup seperti di surau/duduk di bench KLCCC walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet
Breastfeeding perlu di tekankan sebagai suatu yang normal dan alami.
Adakah anda lebih sanggup baby anda disusukan dalam toilet jika anda sendiri tiada selera untuk makan di tempat kotor sebegitu? berbanding disusukan di tempat umum dalam keadaan aurat terpelihara?'
Source: YouTube
Tak sangka pulak management KLCC macam tu sekali. Aku plak memang dah lama tak ker KLCC, tak tau plak macam tu citernya. Tak boleh nursing in public. Kalau nak nursing kena pergi Baby Room. kalau baby dah melalak² kelaparan, takkan nak cari baby room lagi kan. Dalam group KIM smalam ada citer, nak masuk baby room untuk nursing pon kena bayar...haihhhhh....
Yang ni plak citer pasal pengalaman dia di halau dari surau KLCC semata² nak pam susu. Bley baca kat SINI.
Banyak lagi citer dan gambar² pasal breastfeeding flash mob ni kat FB. Search jer klo nak tengok. Memang meriah. Semoga penyusuan susu ibu makin mendapat tempat di hati ibu² dan bakal² ibu. Dengan adanya acara macam nih, sekurang² nya dapat membuka mata dan minda tentang kepentingan susu ibu dan kumpulan sokongan susu ibu.
FEED The FUTURE!!
I'm proud to be a breastfeeding mom. It's 100% Organic, Fresh and Free, anytime...anywhere ☺☺☺
Hargai dan sayangi orang² disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Amaran: Sila sediakan tisu sebelum membaca. Cukup menyentuh hati dan perasaan.
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Sila klik utuk kisah seterusnya
Source: email
Alhamdulillah...petang nih dapat ole². Company bagi. Dapat apa tu?
Biasalah, kalau bulan puasa nih kan. Mesti lah kurma. Ada 2 jenis kurma. Kurma biasa and kurma yang bersalut coklat. Macam tau² jer kurma kat umah tu dah habis. Kebetulan pagi nih tinggal sebijik jer. Rejeki...rejeki...^_^
Selamat Berbuka uols and Have a Great Weekend ☺☺☺
Alhamdulillah...dah masuk 5 hari kita berpuasa. Kejap jer kan. Sepanjang bulan puasa nih, aku masih belum jejak PARAM @ Pasar Ramadhan lagi. Masih di beri kekuatan untuk memasak walaupon dalam keadaan yang kelam kabut...alhamdulillah.
Menu Ramadhan 1 - 4:
1- Ayam Masak Merah + sayur campur + Budu
2- Sambal Tumis Ikan Bilis + Sayur Petola
3- Ikan Masak Kicap + leftover sambal tumis ikan bilis
4- Sardin Ayam Brand + sayur kobis
Simple jer. Gambar nan ado lah. Kang kalau tepek terliur plak uols nengok...hehehehe...Memang tak terbuat lah kalau aku sorang yang masak kan. Semua nih takkan berjaya tanpa bantuan hubby terchenta. Aku siap² kan bahan, hubby yang tolong masak with my supervision lah kan.Ada gak yang aku masak.
Syukur sangat² sebab hubby ringan tulang, Iyer lah...dah 2 anak nih kan. Memang tak terkejar kalau buat sorang². Tambahan lagi anak dara tu mengacau. Kejap² ker dapur, pastu nak nenen...haihhhhh...penat jangan cakaplah.
Kalau nak gi Param, lauk pauk belum tentunya sedap. Harga pon mestilah lagi mahal daripada biasa. Biasalah, tiap² tahun mesti naik harga nyer lah. Petang smalam degar radio pon pembeli dok merungut harga makanan kat Param melampau² harganya, macam tak masuk akal pon ada...hhhhmmmmmm...Kalau harga makanan setimpal dengan kesedapannya tak per lah kan. Ini dah lah mahal, pastu tak sedap plak tu. Memang menganiaya pembeli namanya tu.
Masak sendiri jer lah lagi afdhal, even kekadang tak rasa apa, janji puas hati...yer tak ☺☺☺. Nak masak apa plak petang nih erk...hhhmmmmmmm...