Pada blogger yang berminat nak tambah pengikut, bley join segmen nih. Bley berkenal² lan ngan pengikut baru, selain pengikut bertambah.
Nama: Fiza
Hobi: Masak² (* iyer ker...ekekeke)
Sila terjah pemilik blog ni kkalau nak join ☺☺
Sejak bulan posa nih mood blogging ke laut china selatan sketlah. Mood yang ada skang ni adalah mencari resipi kuih raya dan kek. Tak caya? Silalah percaya. Gigih tak gigih lah mak cari resipi kat tenet nih noks. Hajat raya tahun ni sangat besar. Nak buat kuih raya hasil air tangan sendiri. Kuih raya dah mahal. Bagi menjimatkan ekonomi...adalah lebih baik buat sendiri. Lagi pon oven baru beli. Asyik buat bakar ayam...bakar roti, buat apa kan. Bakar kuih lah plak.
Bukan setakat kuih raya jer nak buat sendiri. Kalau boleh kerepek² tu pon nak buat sendiri. Ni idea hubby mak yer noks. Tak terfikir plak aku nka buat kepek sendiri. Aku ajak gi banting nak beli kepek raya sebab kat sana murah. Tapi hubby cadangkan nak try buat sendiri. Tunggu jer lah nanti buat ker tak. kekadang hangat² chicken sh** jer lebih...muahahahaha....
Buat masa nih kuih yang senang² jer lah yang aku nak try buat macam cornflake madu, biskut chocolate chip, biskut arab...yang susah² tu nanti dululah. Harap² menjadilah. 1st time nak bakar kuih nih.
Uols plak buat kuih ker beli kuih? Citer lah sket. Kuih apa lagi yang senang nak buat erk. Bagi idea sket.
ALLAH IS GREAT!!!
Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favorite contact. He doesn't have Facebook, but He is my best friend. He doesn't have Twitter, but I follow Him. And, He doesn't have internet, but I am connected to Him.
Gara² kehabisan gas petang smalam. Semangat nak memasak bukan main lagi. Terbayang telur goreng masak sambal dan sayur kobis gereng kicap. Sekali petik² api, nan ado apinya. Uuuwwaaaaaa...hubby plak balik keja tertidur kepenantan. Cakap sekali 'abg...gas dah habis', tapi tak der respond malas lah aku nak ulang² lagi kan.
Petang smalam adalah bukak posa paling sadis. Minum nestum, makan beberapa biji kurma ngan kepek tempe saja. Nasib ada kettle letrik buat jerang air masak. Lepas isya' baru gi kedai makan.
Citer pasal sahur. Slalunya untuk bukak posa memang aku akan masak nasi and lauk lebih. Boleh makan untuk sahur skali. Memandangkan smalam tak masak, kalam kabut sket ah pagi nih. Kebetulan anak dara bangun nak nenen. Nenen punya nenen skali bangun dah pukul 5.15 am. Nak masak apa kan kalau dah tinggal banak yu jer masanya. nasi pon tak masak lagi. Kesudahannya...makan maggi jer lah...huhuhuhu...
Harap bley bertahan sampai bukak posa lah. Iyerlah...ibu menyusukan, bulan² posa pon aktiviti mengepam tetap jalan. Memang tak pernah tak makan nasi untuk sahur. Kalau lepas pam tu memang terasa gak lah tahap kelaparan yg amat sangat. Ni makan maggi jer pagi nih...tak tau lah macam mana lepas pam nanti. Jangan gigil² sudah lah.
Smoga puasa hari nih di permudahkan olehNYA.