Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?
Personal Thursday, September 15, 2011Tengah survey Tadika untuk iman. Tahun depan dah 5 tahun. Dah elok sangat lah di dedahkan dengan alam persekolahan. Kepala pon tengan pening sebab tak tau nak hantar kat mana. Banyak gak nak kena fikir. Antaranya lokasi, kemudahan, yuran pendaftaran, transit...aduuuuuuuhhhhh...baru nak masuk tadika dah pening. Tu blom masuk darjah satu lagi.
Kritiria untuk memilih tadika mestilah kalau boleh nak yang terbaik kan. Dan yang penting, menitikberatkan pembelajaran islam. Ada beberapa tadika yang aku tengah survey, antaranya Taski ABIM. Kalau boleh nak yang area² Bangi ni jugaklah. Senang nak hantar dan senang nak gi kerja. Kalau tak silap, kat area sungai ramal ni ada, nak kena gi terjah lah nanti.
Tabika KEMAS plak aku tak sure kat Bangi ni ada ker tak, tapi pejabat daerah KEMAS ni ada kat Seksyen 9 Bangi. Tak tau lah klo Tabika Kemas ni kat situ gak ker. Nak kena calling² dulu nih. Kalau nak uols nak tau lebih detail pasal pendaftaran Tabika KEMAS ni, bley layari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Borang untuk pendaftaran plak uols bley klik SINI
Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) As-syakirin Fasa 2, Bangi. Nak kena survey lokasi. Tak der alamat lah plak kat website. Pendaftaran bermula 1 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.
Genius Aulad. Semua dah sedia maklum pasal GA ni kan. Teringin gak nak hantar iman kat sini. Tapi aku rasa macam tak mampu lah. Kena tengok pada budget dulu. Lokasi pon agak jauh dari rumah. Smart Reader plak memang di luar kemampuan lah. Registration jer dah macam nak masuk Universiti gamaknya.
Apa pon, setiap parents nak yang terbaik untuk anak. kalau boleh nak hantar ke sekolah yang bagus. Tapi kita kena tengok pada kemampuan jugak. Kena ukur baju pada badan sendiri. Kalau tak mampu, tak perlu lah nak hantar kat sekolah yg mahal². Jangan sampai terbeban dengan masalah kewangan di kemudian hari. Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus *erk...mcm pernah dgr jer...ekekeke*. Betul tak ^_^
OK lah. Nak sambung survey lagi and nak calling² plak.
Masih dalam mood raya lagi kan ^_^. Sorry lak yer...entry pasal makan lagi. Raya ke tiga aritu balik kampung Nogori Sembilan. Time raya jer lah balik kampung. Rumah kat kampung tu pon dah lama tinggal. Nak kena bela balik. Berayalah umah saudara mara kat Johol.
Selalunya umah pertama yang di tuju kat Bukit Rokan, sebab jauh. Tapi aku & family tak gi. Rumah kedua dan seterusnya sekitar Johol. Hari tu jer 6 buah rumah kena serbu. Makan macam² dan sedap² plak tu. Sumanya juadah raya.
Google Pic. Tak sempat nak snap...perut dah lapo.
Kemuncaknya...kat umah terakhir baru dapat makan nasi. Umah mak long kat KOTA. Lauk memang terbaikkkkk lah. Gulai puyuh salai masak lemak. 1st time makan. Memang sedap. Betambah² makan memasing.
Kalau balik kampung N9, kat tepi² jalan memang banyak nampak gerai² yang jual daging salai...ikan keli salai...ayam salai...itik salai...puyuh salai...selain lomang paneh. Tapi banyak gerai yang tutup lagi. Ada gak beberapa gerai yang bukak, tapi terlajak lah plak, malas nak pusing.
Haihhhhhh...terbayang² lagi lah kesedapan puyuh salai masak lomak nih.
Balik dari beraya semalam dah tak tau nak gi mana...tak der arah tuju. Nak beraya rumah kawan² yang lain, memasing ada hal. Last² hubby ajak gi Mid Valley. Aku ok jer. Lagi pon dah lama sangat tak jenjalan kat sana.
Seperti sedia maklum, nak cari parking kat MV punyalah payah. Pusing² banyak kali baru lah dapat parking. Tu pon jauh dari pintu masuk...nasiblah. Jalan² kat gardens dulu, 1st time masuk sini, pastu trus gi MV. Jalan punya jalan, tetiba terbau asam laksa Jusco. Pergghhhhh...menusuk hidung btul bau dia. Dah lama tak makan asam laksi jusco nih. Apa lagi, perut pon lapar, elok sangat lah tu.
Order asam laksa set ngan nasi lemak rendang ayam. Tapi kan...asam laksa dia dah tak brapa kick sangat. Tak macam dulu...sedap. Pastu kan, nasi lemak dia...alahaihhhhh...sikit sangat nasinya, tak padan ngan harga. Aku rasa setengah mangkuk jer nasi lemak nya. Tak kenyang makan....haihhhhh...meniaga ingat nak untung jer.
Kalau dah gi Mid Valley, tak sah lah kalau tak beli durian pancake kan, selain makan Asam Laksa Jusco tu. Aku pon tak sure sangat lokasi sebenar tempat jual pancake tu, yang aku ingat dekat ngan maybank. Sambil jalan sambil cari. Kesudahannya...jumpa gak. Kebetulan memang lalu kat situ sebab parking area situ gak. Tercapai gak hajat nak makan DP sebab dah lama tak makan, tetiba teringin plak ☺☺☺
Ni terjadi seminggu sebelum raya. Time balik kerja. Jalan jammed tahap gaban gila babis. Menyumpah seranah aku kat dalam keta tu *astaghfirullah...kuramg pahala posa*. Kaki dah gigil² macam orang kena parkinson, kepala plak dah pening² lalat. Mana taknya...asyik tekan break jer, terhenjut²...mau tak fening. Fluid dah banyak kluar sebab posa² pon tetap pam susu.
Sampai kat plaza tol sungai ramal, bila dah bayar singgit, dengan confident nya aku rasa macam steering dah lurus tapi sebenarnya senget ke kanan. Orang tengah fening kan, benda bengkok pon di sangka lurus. Maka terdengarlah bunyi...ttttsreeeetttttttt...yang agak kuat. Aku dah langgar divider kat tol lah. Apa lagi, terkejut beruk mak yeh tak hingat dunia lah di buatnya. Dada dah berderau dengan kencangnya. Kalau ada orang sebelah pon aku rasa boleh dengar lah degupan jantung aku yang kuat tu...muahahahahaha...*mengarut*.
Aku drive macam biasa tapi hati still gundah gulana. Dengan harapan jangan lah kena kat bumper keta, masak aku kena ngan hubby nanti. Sampai jer kat nursery, trus aku check.
Rim tayar sudah calar balar...huhuhuhuhu...1st time kena selama hampir setahun memandu. Pengajarannya, kena lebih berhati² lepas nih. Bukan tu jer kisah kat plaza tol. Sebelum nih 2 kali duit jatuh melayang masa nak bayar. Kakak tol lah yang keluar tolong amikkan...adoiiiii...malunya.