Untuk kaki² shopping di luar sana. Bley lah apply cuti klo nak memeriahkan acara majlis. AKu memang surrender ah. Mesti penuh umat manusia dalam SOGO tu. More detail barang apa yang murah, bley check kat website KLSOGO.
P/s: Apsal lah dorang suka buat sale time orang dah habis gaji...hhhhmmmmmm...
Rumah uols banyak nyamuk tak? Lately kat umah banyak betul nyamuk. Ntah mana datang pon aku tak tau. Dah bersihkan umah pon masih ada nyamuk lagi. Adoiiiiiii...sakit hati di buatnya. Tak tau lah kalau sebab cuaca yang tak menentu ni faktor penyebab kebanjiran nyamuk...ngeeeeeeee...
Google pic. Lebih kurang mcm nih lah rupa kaki anak dara & anak bujang tu lepas kena gigit nyamuk durjana.
Yang aku hangin, habis bintat² badan anak² aku dek penangan nyamuk nih. Tergaru sana...tergaru sini. Meninggalkan kesan plak tu. Tengah² tido, tapi kaki mengesel² kat carpet sebab gatal kena gigit. Tu anak dara sorang tu lah. Terganggu tido nya.
Tiap² petang sampai lah ke malam. Kerja aku adalah bertepuk tampar ngan nyamuk. Dah sembur ngan penyembur pon, tapi ada gak yang panjang umurnya. Hhhhmmmmm...ada cara lain lagi tak macam mana nak halau nyamuk nih?
Aku risau nyamuk lain jer yang hinggap. Nyamuk belang². Na'uzubillahi min zalik.
Selepas Hampir 2 Jam Terperangkap Dalam Kereta, Bayi 7 Bulan Berjaya Di selamatkan
Aku Friday, October 07, 2011Sapa tengok Buletin Utama malam tadi? What say you? Apa yang aku bley katakan, ibu nih cuai. macam mana bley tinggalkan baby dalam kerata. Kot yer pon tergesa², amiklah baby tu dulu. Pastu kenapa nak tunggu masa yang lama nak selamatkan anak? Pecah kan jer lah cermin kereta tu. Hanya ibu tu jer yang bley jawab. Kesian kat baby tu. Menangis² dalam kereta. Alhamdulillah...baby tu tak apa².
Cerita dari Portal TV3
Seorang bayi terperangkap dalam sebuah kereta selepas ibunya tergesa-gesa meninggalkan kereta untuk mengambil seorang lagi anaknya yang belajar di tahun dua Sekolah Rendah Pendidikan Islam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Ibu muda yang hanya mahu dikenali sebagai Zurina, datang ke sekolah ini bersama bayinya, Fawdah.
Sebaik masuk ke kawasan sekolah, tanpa disedari kenderaan ini terkunci secara automatik.
Akibatnya bayi terperangkap dalam kenderaan berhawa dingin dan enjinnya masih hidup.
Menyedari kejadian itu pelbagai pihak termasuk guru dan orang ramai cuba membantu membuka pintu kenderaan tapi gagal.
Berikutan itu, seorang pekerja syarikat milik suami wanita ini bergegas ke Pelabuhan Kuantan untuk mengambil kunci pendua.
Bayi berjaya diselamatkan selepas hampir dua jam terperangkap.
Peringatan untuk diri sendiri dan ibu² di luar sana. Tolonglahhhhhh...jangan tinggalkan anak dalam kereta yer.