Salam pagi isnin uols. Ada yang Monday blues ker pagi nih atau yang tengah mengantuk? Kalau ada meh sini, aku nak hilangkan monday blues uols suma (*_^)
Agaknya apa jawapan yang paling sesuai untuk soalan di atas? Tolong bagi jawapan bley tak...muahahahahahaha...
Soalan dari budak 4 tahun. Biasalah kan, bebudak umur macam ni banyak bertanya. Tapi malam tadi tak sangka pulak soalan ni yang keluar dari mulut anak bujang tu.
On the way nak balik umah semalam, sambil baring dia dok tanya sambil tunjuk kat Qahirah "IBU...macam mana nak buat BABY nih"...aahhhhhhh...terkedu jap, nak tergelak pon ada, hubby dah tersengih². Takkan aku nak terangkan proses persenyawaan kot. Tak sesuai lagi rasanya untuk budak beso tu. Apa yang aku bley jawab 'dah besar nanti iman tau lah'...ahaks...macam tak sesuailah plakkan.
Agak² ada tak jual buku mengenai jawapan yang sesuai untuk di berikan jika keluar soalan² yang tak di jangka dari mulut anak² kecil? kalau ada tolong bagitau yer...hehehehehe...
Sharing is caring. Nak share email yang aku dapat. Pada pemandu² kereta di luar sana, tak kira lelaki atau wanita sila berhati² di mana saja anda berada. Jenayah tak kira mangsa. Jom baca:
"Sekadar nak kongsi dgn semua. semalam saya lunch dgn ADH security kt sini. Hari sebelumnya dia ada cakap dgn saya, "jom balik dah pukul 6". Semasa kami makan, tiba2 dia tanya,"semalam ingat tak saya ckp saya nak balik pukul 6". Dia pon memulakan cerita. Sebaik meninggalkan Giant Nusa Bestari beliau ke stesen minyak Petronas berdekatan utk mengisi minyak. Semasa sedang mengisi myk, datang sebuah kereta Honda Accord yg nampak masih baru dibeli datang ke sebelah pam tempat beliau mengisi minyak. Pemandu keluar dari kereta menuju ke kaunter pembayaran tanpa mematikan enjin memandangkan terdapat penumpang wanita di dalam kereta yang mungkin isteri beliau. Di belakang kereta tersebut datang sebuah Gen 2 dinaiki 3 lelaki berbangsa Cina. Sebaik lelaki tersebut meninggalkan kereta dgn enjin yg tidak dimatikan, salah seorang lelaki dari kereta Gen 2 tadi tiba2 menerpa ke arah kereta Honda Accord yg ditinggalkan dan terus memecut kereta meninggalkan stesen minyak dgn diekori kereta Gen 2 dari belakang.
Keadaan stesen minyak pada ketika itu penuh dgn pelanggan dimana tidak ada satu pon pam yang kosong, tetapi tidak seorang pon tampil membantu kerana masing2 sibuk memegang nozel (sekarang kebanyakan stesen minyak layan diri). ADH Security tadi juga tak mampu berbuat apa2 kerana beliau menaiki motosikal. Sebaik seelsai mengisi minyak beliau keluar menuju jalan balik & melalui simpang 4 yg ada traffic light di hadapan Giant Nusa Bestari. Beliau lihat ramai org berkerumun & saksi menyatakan ada seorang wanita telah terjun dari sebuah kereta berlumuran darah di atas jalan. ADH security tersebut kemudian kembali ke stesen minyak utk mengambil pemandu Honda Accord tadi & membawa ke tempat di mana wanita tersebut kemalangan dan sudah pengsan. Ada kemungkinan wanita tersebut bukan terjun tapi ditolak keluar oleh lelaki yang melarikan kereta tersebut. Kepada semua, berhati2lah bila mengisi minyak kereta.
Arahan utk mematikan enjin semasa mengisi minyak perlu dipatuhi. Kunci kereta semasa meninggalkan kereta utk membuat pembayaran. Jika ada penumpang lain didalam kereta, minta mereka kunci kereta dari dalam. Ini yg saya & kawan2 dah praktikkan sejak dari dulu. Kita mungkin bukan sahaja kehilangan kereta tetapi org yg kita sayang. Bayangkan kalau yg di dalam kereta itu anak kecil. Apakah yg mampu mereka lakukan. Kalau tak dihumban keluar dari kereta mungkin dijual kpd sindiket penjualan organ. Mungkin jd pengemis. Sekian, harap sebarkan."
Harap tak boring lah yer, asyik citer pasal tadika jer. Ok lah...dalam entry INI, aku lupa nak bagitau lokasi TADIKA ni semua kat mana kan. Dah excited sangat bercerita sampai lupa nak sebut tempat. Semua tadika ni terletak kat area BANGI, Seksyen 7.
Memang aku cari tadika yang dekat dengan rumah dan tadika yang sediakan daycare sekali. Sebabnya...kalau aku dapat tadika, tapi tak der daycare, perbelanjaan akan bertambah. Nak bayar duit tadika, duit daycare lagi, tu belum masuk transit. Takkan aku nak masukkan Iman kat tadika PASTI, daycare plak kat Nursery UBUDIYAH, tak ker banyak belanja tu. Jadi untuk menjimatkan, better amik tadika and daycare di tempat yang sama. Tapi terpaksa berpisah ngan adik dia lah.
Banyak sebenarnya tadika kat Bangi nih. Cuma kena rajin survey. Tadika ABIM yang aku nampak ada 2 buah. Kat Sg. Ramal and Kat Taman Surada. PASTI pon sama gak. Kat Taman Surada ada satu, tapi lupa apa namanya. Yang ni environment macam tak best sebab terletak kat tengah² dan nampak sempit, pastu sunyi plak tu. PASTI yang aku nak masukkan iman ni PASTI SITI SARAH kat seksyen 7. Rumah teres 2 tingkat and corner lot, nampak selesa lah klo bebudak nak main kat luar. Untuk booking fess kena bayar RM50.00 dulu, the rest bayar kemudian sebab agak ramai yang dah mendaftar.
Itu lah citernya. Tadika Islamic memang pilihan kami lah. Dari kecik ni lah nak terapkan dengan didikan agama, selain dari didikan agama kat umah. Harap² Iman happy lah dengan sekolah baru tahun depan.
Salam semua. Pagi ni busy to the max sebab semalam adalah hari cuti berjemaah somi isteri. Misinya adalah mencari Tadika untuk Iman Hakimi tahun depan. Dalam entry Tabika KEMAS, Taski ABIM, PASTI, Genius Aulad...Yang Mana Satu Jadi Pilihan?, aku dah buat tinjaun di beberapa buah tadika. Dah call tanya macam² lah. Tapi lagi best kalau jumpa owner sendiri kan. Cakap dalam phone tak berapa best sangat. Ni antara tadika yang aku call:
1) GENIUS AULAD
Registration ada 2 options including admin fees, ICT and others. Tapi aku lupa fees ni termasuk untuk baju atau tak. Tapi untuk buku memang tak termasuk. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.
Option A = RM788 (1 year Fees)
Option B = RM568, selebihnya bayar kemudian
Ada 2 session class:
1) 8.30 am - 11.30 am
2) 1.30 pm - 4.30 pm
Monthly fees RM238.00
2) Tadika Khalifah Kecil (The Lil' Caliph)
Registration fees adalah RM1200.00 including monthly fees untuk January 2012. Tak termasuk duit baju.
Monthly Fees = RM220.00. Class start from 8.30 am to 12.00 pm. Ni branch untuk Lil' Caliph. ingatkan murah, sekali amik ko...terbeliak bijik mata dengar registration fees....ahaks...
3) PASTI
Registration fees RM410.00 including baju, baju sukan, buku teks, bulan january 2012 nyer fees dan lain² lagi lah. Panjang plak klo nak tulis suma kan. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun.
Monthly fees RM80.00, dah naik harga. Tahun lepas RM75.00. Ada di sediakan daycare. Fully Day RM120.00 dan half day RM80.00. Let say kalau aku nak hantar iman kat sini, total untuk tadika and daycare adalah RM200.00 sebulan. Overtime charge start dari pukul 6.30 pm. Sejam charge RM3.00
Petang ada di sediakan kelas iqra' dan Al-Quran. Tapi kena bayar RM30.00
Class session start dari pukul 8.00 am - 12.00 pm.
Transit (van) RM80.00. Yang ni mana yang hantar untuk tadika saja, nursery kat tempat lain.
4) ABIM
Registration fees RM578.00 including Buku teks, peralatan sekolah, baju, baju sukan dan lain² lagi lah. Umur untuk pendaftaran bermula dari 4 tahun - 6 tahun dan registration fees adalah berbeza mengikut umur. Untuk 6 tahun, kelas di asingkan (ada bangunan lain) dan untuk umur 4 dan 5 tahun bercampur.
Ada 2 pakej di sediakan:
Pakej Taski: 8.00 am - 1.00 am. Monthly fees RM200.00
Pakej Bistari: 8.00 am - 5.30 pm. Monthly fees RM300.00. Yang ni termasuk daycare. Ada aktiviti untuk petang. Antaranya kelas mengaji, hafazan dan aktivit² lain lagi lah. Overtime charge start dari pukul 5.30 pm. Sejam charge RM3.00
5) TADIKA UBUDIYAH
Yang ni nursery Iman, start buat tadika tahun depan. Registration fees dalam RM1,000.00 including baju, peralatan sekolah, buku teks, insurans dan banyak lagi. Ada kelas renang skali tapi optional lah. Siap ada CCTV lagi...kelas ko ^_^. TU yang mahal sket kot. Umur untuk pendaftaran bermula dari 5 tahun - 6 tahun.
Monthly fees RM200.00 tapi kalau iman daftar kat situ, ada diskaun. Dapatlah RM180.00.Boleh buat installment lagi untuk registration fees.
NI lah antara Tadika yang sempat aku survey dan call. Semalam aku buat lawatan sambil bertanya. Tapi buat masa ni yang berkenan di hati adalah tadika PASTI and ABIM. Criteria tadika yang aku cari ni suma nya dekat ngan umah. Cuma Genius Aulad and Lil' Caliph nih jauh sket. Lagi pon yuran agak mahal.
Tapi antara ABIM and PASTI, mungkin kami pilih PASTI kot. Yuran pon agak berpatutan. Yerlah...ikut kemampuan kan. Kalau gaji kecik tapi nak hantar skolah mahal, tu menyiksa diri namanya.
Ini lah info yang aku bley kongsi ngan uols. Pada yang ada anak nak skolah tahun depat, surveylah dari skang, nanti tempat penuh. Pilih ikut kemampuan. Survey harga, daycare, transit dan yang sewaktu dengannya. Ni baru anak nak masuk tadika dah pening, tu belum nak masuk skolah rendah, menengah dan seterusnya...haihhhhhh...
Ingat..."Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus"...
What is Maternity and Children Expo?
Maternity and Children Expo, a promising event that gathers every elements of the babies and parents industries! With more than 200 booths on the ground, this exhibition will definitely be one of the most awaited events for all parents and their precious little ones.
Venue : Atrium, Hall 1 & Hall 2, Mid Valley Exhibition Centre
Date :18th - 20th November 2011
Time : 10am - 9pm
Admission : FREE
CLICK HERE for more detail