Ibu segala pingat telah menjadi milik Malaysia. Walaupon di hujani dengan pelbagai provokasi dari pihak media dan penyokong tuan rumah, tapi itu bukan penghalang untuk melemahkan semangat pemain. Buktinya...Malaysia menang dengan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1. Provokasi anda tidak berjaya wahai penyokong fanatik Indonesia.
Dengan kemenangan ini malaysia telah berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA yang di menangi dahulu pada kejohanan di Laos tahun 2009.
Tapi perlawanan malam tadi adalah sangat mendebarkan. Dari awal permainan sampai masuk waktu tambahan seterusnya penentuan sepakan penalti. Pergghhhhhh...memang mencemaskan.
SYABAS MALAYSIA