Geram dengan Ku Salmi dengan Zetty dalam cerita Tentang Dhia. Dasyat betul penangan citer nih. Tapi semalam nyer citer memang menyakitkan hati aku yang menengoknya. Mesti uols yg nengok citer ni pon macam tu gak kan. Bukan kaum wanita jer yang layan citer ni tau, kaum lelaki pon layan gak kan...betul tak? Mengaku jer lah ☺☺☺
Masih wujud lagi ker ibu mertua yang macam nih? Kalau betul lah...memang dugaan lah siapa yang dapat. Minggu ni merupakan minggu akhir. Tak sabar nak tunggu kesudahan citer nih.
Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga boleh jadi menggelembung @ benjol. Pertama kali alami situasi macam nih. Bulan lepas punya cerita. Dalam perjalanan nak balik umah, masa sedang memandu tu rasa macam tak selesa. Steering asyik-asyik nak ke kanan jer. Lepas tu rasa perjalanan macam tak lancar...macam tersangkut-sangkut. Dalam hati dah menggelabah dah. Tayar pancit ker? Rasa macam tayar pancit pun ada. Nak berhenti kat stesen minyak tapi dah terlepas. Cuba tekan minyak nak cuba bagi laju, tapi tak boleh...rasa kereta tu berat. Dah sah-sah memang ada yang tak kena lah ni.
Dalam hati tu berdoa jer lah semoga selamat perjalanan pulang. Bawa kereta memang perlahan tahap cipan. Bawa pun dekat lane 1 jer. Rasa macam nak cepat-cepat sampai dekat umah. Bila sampai dekat nursery, check lah tayar kereta, tapi tak ada pulak nampak pancit...ok jer. Bersyukur sangat-sangat sebab selamat juga sampai.
Esok nya si dia bawak kereta pergi bengkel, rupa-rupa nya tayar gelembung. Mungkin sebab aku ada langgar lubang dan hentakan agak kuat, tu yang tayar jadi benjol. Memang bahaya. Ini ada sedikit info punca tayar gelembung dan Tips Mengawal Kenderaan Sewaktu Kecemasan:
Anda tahu apa itu tayar mengelembung atau benjol?
Tayar benjol atau mengelembung ialah tayar yg dah putus radial dalam atau jaringan besi dalam tayar tu.
Bagaimana perkara tayar gelembung aka benjol ini terjadi?
Tayar benjol atau mengelembung boleh terjadi kerana habis tarikh luput walaupun bunga masih banyak dan akibat jatuh kedalam lubang sehingga menyebabkan terputusnya tali-tali radial dalam tayar tu.
Apakah simptom-simpton tayar mengelembung?
Kalau anda bawa kereta atau motor, anda rasa seperti menaiki atau melalui jalan yang tidak rata (disebabkan tayar tu dah benjol). Anda mungkin merasakan gegaran padasterin . Anda mungkin merasakan kesalahan balancing tayar kereta, beza masalah balancing dengan tayar benjol ialah, kalau tayar benjol masa nak bawa (dari berhenti ke bergerak) tayar susah bergegar,anda dapat rasakan melalui steren yg anda pegang. Kalau masalah balancing plak, steren anda akan bergegar pada halaju tertentu contoh 80km/j.
Apa penyelesaiannya?
Tayar benjol atau mengelembung anda perlu tukar tayar baru sebelum "gunung berapi" tayar anda pecah aka meletup.
TIP MENGAWAL KENDERAAN SEWAKTU KECEMASAN
Adalah penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.
Di bawah ini disertakan panduan kepada para pemandu untuk diikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti berikut:
Tayar Pecah
- Pegang stereng dengan erat.
- Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
- Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
- Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
- Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
- Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
- Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan mereka.
- Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
- Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
- Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
- Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas di dalam sistem elektrik kenderaan.
- Hentikan kenderaan dengan segera.
- Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
- Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
- Gunakan alat pemadam kebakaran.
Yalah, macam baju, kalau beli di kedai , tentu takkan mengikut bentuk badan kita yang sebenar.Tapi kalau di'tailor-made'kan, tentulah akan secocok dengan tubuh badan kita, sehingga menepati segala lekuk anggota kita.Ujian Allah itu juga begitu.Ia tailor-made untuk semua hamba-Nya.Tidak ada seorang mendapat ujian yang sama.
Untuk apa Allah beri kita semua ini?
Kerana, ramai orang akan terkesan dengan tarbiyah peristiwa, yang Allah dah aturkan untuk dirinya. Lain orang, lain ujiannya, dan kesemua itu Allah datangkan untuk memperbaiki diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik dari sebelum ini.
Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.
Sehinggakan Allah, mahu kita muhasabah balik diri kita, dan betulkan semula niat kita, setiap kali kita melangkah.Benarlah, ujian Allah pada setiap seorang dari kita adalah 'tailor-made'.Engkau dan aku, ujian kita tidak akan sama.Sebab Allah, nak memperbetulkan kelemahan kita itu.Selagi mana kita masih ada kelemahan, ataupun terjebak dengan dosa, Allah akan datangkan ujian, yang menyingkapkan kelemahan kita. Agar kita kembali kepada Dia dengan memperbetulkan diri kita dan menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam.
Selagi mana kita tidak mempertingkatkan selagi itu Allah akan uji pada titik kelemahan kita.
Subhnaallah.
Source: iluvislam
Mungkin ada juga parents di luar sana yang alami situasi macam nih kan. Rasa malu bila dapat anak yang kelahirannya rapat². Biasalah kan...mulut masyarakat suka sangat mengata.
1) Bila belum ada anak, mulalah kata macam². Mula buat perbandingan orang yang baru kawin cepat dapat anak, tapi yg dah lama kawin masih belum ada anak. Pastu mula buat spekulasi yang pasangan tu tak subur...bla..bla...
2) Bila dah ada anak sorang. Sibuk pulak bertanya bila nak tambah anak lagi. Anak pon dah besar, dah boleh tambah tu...alahaiiiii...ingat beranak ni senang gamaknya.
3) Bila anak berderet². Mengata lagi. Asyik mengandung plak kerjanya. Anak kecik lagi...tapi dalam perut on the way.
Macam mana tu? Semuanya serba tak kena. Tak der anak salah, dah ada anak pon salah, bila anak ramai pon salah gak...hhhhhmmmmm...
Pasal jarak kelahiran anak rapat² nih, perlu ker rasa malu? Kekadang kalau gi jenjalan kat mall, adalah nampak situasi macam nih. Dalam hati tertanya² gak...tak penat ker sebab anak kecik lagi, pastu mengandung lagi. Boleh ker handle? Nak buat kerja rumah, nak jaga anak yang tengah lasak pastu nak bawak perut lagi...macam² persoalan lah.
Macam aku, jarak anak pertama dengan kedua ni 3 tahun. Memang natural planning dan alhamdulillah...menjadi ☺☺. Bila dah mengandung anak kedua nih, tak der lah rasa penat sangat sebab si abang dah besar, dah boleh buang air kecik and air beso sendiri, dah boleh makan sendiri...pendek kata semua dah boleh buat secara sendiri. Untuk dapatkan yang kedua ni pon agak susah jugak. Usaha tangga kejayaan kan...menjadi gak ☺☺
Anak kedua plak tak tau lah berapa lama tahan jaraknya *wink*. Masih menggunakan kaedah natural planning. Tapi kita hanya merancang jer kan. Banyak gak kes yang kita dengar, pakai protection bagai pon bley telus gak kan. Sejauh mana kita merancang, tapi kalau rezeki dah di tentukan olehNYA, tak boleh nak kata apa. Perancang tebaik adalah DIA.
Bagi aku tak perlulah nak rasa malu kalau anak rapat². Cuma kekuatan mental, fizikal dan kesabaran yang tinggi tu perlu ada. Iyer lah...nak handle anak yang kecik² bukan senang. Kasih sayang pon kena bagi sama rata supaya abang/kakak tak terasa di abaikan. Abaikanlah mulut² longkang yang suka mengata dan abaikan lah pandangan² sinis. Masih wujud lagi orang macam nih, pandang pompuan mengandung ngan anak yg baru bertatih macam semacam jer...mulut terkumat kamit. Anggaplah yang dorang tu cemburu.
Anak adalah rezeki dan anugerah. Terkadang mesti terfikir...macam mana nak sara anak yg ramai dengan kos sara hidup yang tinggi skang nih. Tapi percayalah...setiap anak yang lahir itu sudah ditetapkan rezekinya. Kita pon kena lah bijak merancang ekonomi keluarga gak kan.