Acara laga perut ☺☺
Untuk kawanku, congrats on your new bundle of joy. Ely selamat delivery baby girl on 10 march 2012 @ Prince Court Medical Centre. Alhamdulillah...sepasang sudah. So sorry dear, aku tak sempat nak lawat ko kat spital. Teringin gak nak gi PCMC...hehehehe...
Gambar ihsan dari blog Tha
Alalalalala...tomeinya baby suci, sedapnya bau baby. Tak sabar plak nak tunggu baby keluar.
Aku cemburu tengok ko nok, muka tak macam orang baru lepas bersalin. Badan ko tak nampak sembap/bengkak erk...apa rahsianya?
Untuk sahabat alam mayakku AMIRAH (A to Z of Us)...apa cerita yer. Dah bersalin ker belum...senyap jer.
Speechless kejap malam semalam masa tengok berita. betapa kejamnya manusia zaman sekarang. Baru berusia 5 tahun, tapi cara kematiannya sangat menyedihkan. Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.
Ya! Allah...sedih tengok keadaan ibu mangsa. Aku tak dapat bayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak dalam keadaan yang begitu tragis. Takziah untuk keluarga arwah Nurul Nadirah.
Semoga anak² kita sentiasa di bawah lindunganNYA. Awasilah anak². Janganlah biarkan anak² keluar tanpa pengawasan ibu bapa. Macam² kes skang nih.
Sebab terpaksa bawak anak gi office. Iman demam petang semalam. On da way balik umah dia muntah plak dalam keta...sian anak bujang nih. Dah lama tak demam. Balik semalam pon melepek jer. Pagi nih tak sekolah. Nak hantar nursery, dia tak nak plak. Si dia nak bawak gi office, tapi kesian plak nak kena drive...kerja luar pon banyak. Kesudahannya...aku bawak gi office. Tapi stay kat office bawah lah.
Hari nih plak banyak meeting and presentation. Nak bawak naik atas, bos beso ada. Tapi tak per lah, ipad ada ☺☺. ALhamdulillah...anak bujang nih tak banyak ragam.
Aktiviti BW agak terhad hari nih, harap maklum.
Untuk wanita² hebat di luar sana, Selamat Hari Wanita Sedunia.
Untukmu Wanita
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
iluvislam.com