Hasil tenusu ibu yang di perah hari jumaat yang jumlahnya 24 oz terpaksa di buang begitu sahaja...sob..sob...sob...Aku terlupa nak letak dalam peti ais.
Nak nangis tgk susu basi.
Sebelum tu dah ingat nak letak dalam freezer. Tapi bila dah buat benda lain, terus jadi lupa sebab malam tu nak balik gombak. Sibuk packing nyer pasal lah nih. Dah keluar rumah baru teringat yang susu masih dalam cooler bag...uuwwaaaaaaa...nak patah balik tak der nyer lah. Anggap lah itu bukan rezeki qhalif.
Nilai setitik susu ibu tu pon dah cukup berharga...inikan pulak nilai 24 oz susu ibu...huhuhuhuhu...Pengajarannya, balik dari kerja kena trus masuk dalam freezer. Tak boleh tangguh² dah.
Qhalif:Senyum...tak perlu kata apa². Tak per lah ibu...bukan rezeki qhalif.