Salam petang Rabu semua.
Untuk kawan² wanita ku yang disayangi. Doa ini ku tujukan khas buat kamu semua. Skang ni banyak sangat kes rogol, rompak, ragut etc. yang membabitkan wanita. Yang menyedihkan bila melibatkan kehilangan nyawa. Manusia zaman skang sangat kejam.
Semoga kita dapat amalkan doa ini dalam kehidupan seharian kita. Skang ni nak parking keta kat shopping complex pon dah tak selamat. Pendek kata kat mana² tempat pon dah tak selamat lah.
Note: Kalau gi memana memang aku tak bawak handbag. Cuma letak duit dalam poket sluar jer. Pengalaman pernah kena RAGUT dulu buat aku seriau.
Gambar agak blur, kelam kabut nak amik gamba ☺☺
Penat dah asik naik tangga jer. Sekali sekala nak gak naik lif kan. Kucing jaman moden, Kelasssss ko kucing...hahahahaha...memang lawak lah.
Petang semalam masa balik keja. Anak bujang ajak naik lif. Berjalan lah 3 beranak ker hujung blok. Sekali ada lah sekor kucing ni dok tepi tiang. Agaknya menunggu orang yang nak naik lif kot. Iyerlah...nak tekat button tak sampai kan...muahaha...Bila nampak jer kitorang menuju kat lif tu, cepat² dia bangun. Bila pintu lif terbuka, kucing tu dulu yang masuk yer...amboi...over ko yer kucing. Aku ngan iman dah tergelak².
Dah sampai tingkat dua, kucing ni pon meluru keluar gak. Kucing nih nak cari makanan agaknya. Iyerlah...baru lepas hujan, lapar agaknya. Kesian nengok. Nak bagi makan...kat umah tak der makanan nak bagi. Tak tau lah kucing orang bela atau kucing luar.
Rumah aku skang nih dah jadi macam pusat ternak serangga kekdahnya. Serangga apa ko nak...semut merah, semut hitam yg cikinot tu, cicak dan yang paling aku geli adalah LIPAS. Dari atuk lipas sampailah ke anak cucu dia sekali...suma ada. Itu jerlah buat masa nih yang menumpang kat umah tu. Coming soon aku tak tau menatang apa plak yg nak menumpang skali...hahahaha...
Tensi mak nok. Kat mana² ceruk...penjuru, ada jer semut. Atas meja, kalau ada air manis, sekejapan jer dah di hurung semut. Dalam air masak pon semut masuk gak. Terror semut nih nak minum air sampai satu jag...siap berenang² lagi, dah tak bley nak kluar...kenyang minum air banyak sangat agaknya...hehehehe...mengarut sudah.
Yang lipas ni plak lagi lah, siap merayap² atas katil lagi ko. Dah dua kali muka aku ni di hinggapi lipas. Kali pertama anak lipas. Kali kedua bapak lipas kot sebab beso. Bayangkanlah...sedang tido lena di ulit mimpi. Tetiba...terasa ada benda merayap² jer kat muka ni ha. Rasa macam mimpi...eh!...tak mimpi nih, amenda plak yg merayap² nih. Sekali amik ko...lipas...Geli hokey. Memang sudah lebey lah lipas ni kan sampai atas katail pon nak merayap.
Aku bukan apa. Serangga ni klo hinggap kat aku tak per sebab bley buang. Kalau hinggap kat anak² macam qhalif tu macam mana? Masuk kat telinga ker...hidung ker...alahai...risaunya.
Nak kena panggil pest control lah macam ni. Rumah uols banyak serangga tak?
Unexpected Pregnancy...Kandungan nak masuk 5 Bulan baru sedar diri hamil lagi, kisahnya...
Aku Monday, July 16, 2012Ok...sila jangan salah faham dengan tajuk diatas. Saya tak pregnant lagi yer. Si Qhalif pon baru jer 3 bulan. Cukup lah dulu. Sakit nak beranak masih terasa lagi hingga hari nih...bagi lah mak rehat dulu yer noks.
Ini cerita yang aku tak sempat nak publish sebab si qhalif tak sabar² nak kluar. Sebelum aku citer pengalaman bersalin anak ketiga, baik aku citer dulu pasal kehadiran qhalif...baby unexpected. Ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri...cewahhhh...ekekekeke...
Perutku yg cumil
Tu dia...tajuk yang agak panjang. Dalam entry INI, ramai yang tertanya² dan banyak persoalan yang berada di minda uols yer. Aku sendiri pon tak sangka. Tapi tu lah, kita hanya merancang kan...tapi DIA adalah perancang yang terbaik. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Seperti uols sedia maklum, aku fully breastfeed qahirah. Genap setahun usia, susu dah start drop. Macam² petua aku amalkan, tapi masih macam tu gak. Period plak masa qahirah 4 bulan aku dah start period. Ingatkan kalau fully BF, tak lah period. Tapi ikut badan memasinglah kan. Pastu period plak on and off. Tu yang unexpected tu. Apa yang aku perasan, dah beberapa bulan tak period. Tapi aku yakin yang aku tak pregnant...confident noks sebab tak rasa apa². Yang aku fikir hormon dah lari lah nih.
Bila masuk jer bulan December, masih tak period lagi. Sudah mula rasa cuak di situ...muahahahahaha...sebabnya, selalu heartburn, pastu perut pon ada sedikit buncit. Tak besar pon buncitnya dan memang tak nampak macam pregnant pon. Pastu kekadang ada gak rasa macam menguis², tapi aku fikir mungkin angin kot. Si dia dah sibuk dan bising² soh check, cuak pon ada gak sebenarnya tu. Tapi mak still confident noks, mungkin sebab tak period, tu yang perut buncit. Pastu siap berdoa lagi, doa ni pon member blog yang bagi. Doanya:
"Ya! allah, aku belum bersedia, kau berilah rezeki anak dulu pada orang yang memerlukan waktu ini. Tapi kalau benar aku mengandung sesungguhnya kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Buatkan hatiku redha"
Tu dia, doa aku untuk kawan² yang masih belum ada rezeki anak ☺☺. Bila si dia dah mula risau, takut ada penyakit lain ker, gi lah klinik. Citer lah kat doctor pasal masalah aku. Doctor tanya bila last period. Tu lagi satu masalah...aku lupa bila last period nya. Ok lah...doctor soh baring. Bila doctor pegang jer perut, trus dia cakap 'ni nak masuk 5 bulan dah ni'....gulpppppppp....speechless, terkesima, terperanjat dan macam² perasaan lagi lah. Pastu doctor scan sebab nak tengok condition baby macam mana dan bila due datenya. Alhamdulillah...baby sihat. Due date pon doctor ikut ukur lilit kepala baby sebab aku tak confirmed bila last period.
Perasaan aku? Memula tu rasa macam susah nak terima gak sebab qahirah pon belum 2 tahun lagi dan adalah masalah² lain lagi. Tapi tu lah, DIA yang maha mengetahui. Rancang macam mana pun, kalau dah di tetapkan rezeki olehNYA...aku redha. DIA duga aku dengan dugaan yang aku rasakan cukup hebat, tapi dalam masa yang sama DIA bagi aku rezeki. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Aku bersyukur sebab baby nih sihat sempurna. Iyerlah...dah masuk 5 bulan baru nak makan vitamin. Sebab tu HB aku rendah.
Lepas dah tau jer pregnant, terus perut aku membuncit bagai johan dengan mendadaknya. Kesian baby nih, dah masuk 5 bulan baru ibu tau kewujudan awak...sob..sob...sob. Untuk pengetahuan semua, sepanjang pregnant dari anak 1st sampai lah 3rd nih, aku memang tak der alahan langsung. Syukur sangat². Kesian bila baca pengalaman kawan² yang teruk kena alahan masa pregnant. Bahagian masing² kan.
Cuma pregnant kali ni aku alami masalah emosi yang sangat teruk. Dugaan demi dugaan datang bertimpa. Anak² adalah kekuatan dan semangat. Ujian dari DIA untuk aku.
Bila di fikir² balik, baru aku perasan. Susu aku drop, heartburn, teringin nak makan buah CIKU, Kek batik dan Tantrum si Drama Queen...ni suma adalah tanda² pregnant. Alahaiiiiii...dah ada pengalaman 2 anak pon masih tak perasan lagi ker ☺☺☺☺.
Itu lah kisahnya. Aku pon macam tak percaya jer yang aku pernah kadungkan janin yang hampir 5 bulan tanpa aku sendiri sedar. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA, syukur ya! allah.