Hehehehe...dah macam iklan lah pulak kan. Bukan tukar apa pon. Tukar duit raya jer. Aku baru pagi ni gi tukar. Kebetulan member nak gi bank. Ikut lah skali kan.
Memula gi Maybank. Perghhhhh...dari luar dah nampak orang beratur panjang. TU mesti lah nak tukar duit raya kan. Tak sanggup lah nak beratur panjang macam tu. Pastu gi bank sebelah plak...CIMB. KAt kauter dah tulis "Duit raya dah habis". Kitorang pon agak frust gak lah. Gi kaunter tanya pasal nak tukar duit. Orang kaunter cakap duit baru dah habis. Tak kisahlah...tak dpt duit baru pon tak per.
Gi lah naik. Sekali nengok ada orang tengah tukar duit...dapat duit baru plak tu. Yang beratur nak tukar duit pon tak ramai. Tadi kata duit raya baru dah habis. Tipu tau. Kesian kat orang² yang nak tukar duit. Memang sah² lah orang tak masuk CIMB klo dah nampak sign "Duit raya dah habis". Patutlah Maybank penuh.
Tukar pon tak banyak. Dapatlah sampul duit raya sorang sepeket. Tu jer lah sampul duit raya yang baru aku dapat. Ada sesapa sudi nak bagi?
Note: Sedapnya bau duit baru.
Kalau membabitkan kesihatan anak, memang hati ibu tak tenang. Nak gi keja pon rasa tak der mood. Petang smalam masa amik kat nursery, pengasuh tu cakap badan qhalif panas tengah hari tu. 38 darjah Celsius...agak tinggi gak tu. Lepas dimandikan, baru kebah panasnya. Tapi masa amik smalam ada rasa dedar² lagi. Alahaiiii...siannya anak ibu nih. Demam nak beralih bulan ker nak oiii.
Lepas berbuka smalam, ajak si dia gi klinik. Kebetulan qahirah pon tak berapa sihat gak. Batuk² dan selsema. Kalau dah kena selsema tu faham² lah kan. Telinga dia akan berair sekali. Dah kena jangkitan telinga @ Otitis Media lah tu. Harap² cepat lah kering telinga tu.
Pasal qhalif plak. Doctor nak masuk ubat ikut montot, kebetulan anak bujang tu popo plak. Balik umah lah gamaknya kena buat. Pastu doctor soh lap badan ngan air suam klo badan qhalif panas. Doctor soh bagi qhalif minum air masak sebab kat lidah dia ada putih². Erk...aku cakap yg qhalif ni fully breastfeed. Doctor tu ckp lagi tak per...kena bagi jugak. Hairan...hairan...setahu aku baby dibawah 6 bulan yang fully breastfeed tak perlu air masak sebab dalam susu ibu 80% adalah air.
Untuk mendapatkan kepastian, aku SMS Aishah Mariam, salah sorang dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC). Katanya tak perlu bagi air masak. Yang putih² kat lidah tu pon tak perlu cuci sebab bukan penyakit pon dan tak jadi masalah. Tapi kalau baby yang minum FM (Formula MIlk) memang kena cuci.
Ingat yer ibu², kalau anak demam sekali pon jangan bagi air masak yer...no..no..no... Amalan memberikan air masak kepada bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan boleh menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air masak kerana perutnya yang masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang penuh khasiat dan nutrisi penting untuk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yang pertama. Kalau nak tau lebih lanjut, bley klik SINI
Note: Semoga anak² ibu cepat sembuh. Nak raya ni nak.
Agak payah juga yer nak cari salon muslimah nih. Salon yang khas hanya untuk WANITA sahaja. Orang lelaki tak dibenarkan masuk sama sekali...no..no..no...
Kisahnya...aku nak potong rambut *itu pon nak bagitau ker mak jemah oii*. Rambut dah panjang sangat. Dah macam cik ponti *sambung sendiri...hahaha* plak. Pastu dgan gugurnya lagi. Bersepah² atas lantai. Sakit mata menegoknya. Rambut aku pon dah start fasa keguguran rambut tahap maksima nih. Bila sikat rambut tu...hamik ko, segumpal rambut. Naik takut aku melihatnya.
Ok...dah mengarut plak. Berbalik kepada tajuk. Aku masuk FB, terjumpalah info pasal Salon Muslimah nih. Kebetulan member tu pon tengah cari salon muslimah gak. Ok sangat lah tu kan. Yang best nya, salon ni dekat ngan umah.
Tu dia salonnya...Jazeerat El-Rahah. Ada 2 cawangan, Kat Bangi dan skudai, johor. Kalau nak tau lebih lanjut, klik kat link tu. Ok...tak perlu risau lagi kalau nak gunting rambut ☺☺
Note: Tengah berfikir² gaya rambut terkini...hurmmm...
Kalau datang baiknya macam nih lah...adik suap abang, abang suap adik. Adik kiss abang...abang kiss adik. Bahagia nya ibu. Cuba datang angin tak baik, hamik ko...adik pukul abang. Abang plak tak sampai hati nak pukul adik. Menagnis lah si abang, dibuli si adik. Ibu pon jadi huru hara di buatnya.
Jangan tak tau, anak dara aku nih garang. Kesian abg kimi, selalu jadi mangsa. Bukan abang kimi jer tau, adik qhalif, ibu dan abah pon kena gak. Kalau gaduh ngan abang, tak dapat pukul abg, ibu dia lah yang kena...sebab dekat ngan dia. Perit noks klo kena ngan tangan anak dara nih. Geram haku kekadang. Sabo jer lah.
Note: Nakal macam mana sekali pon, ibu tetap sayang kamu wahai anak. Kamu lah ubat terbaik untuk ibu.
Ni last week nyer citer. Ada jemputan buka puasa kat IOI Marriot Putrajaya. Hati berbelah bagi nak pergi sebab takut tak ter handle plak. Al maklumlah...anak dah tiga kan. Sebelum ni dah 2 jemputan aku tak gi, kat Pullman ngan Cyberview. Best plak tu tempat² tu. Tapi kali ni rasa rugi plak klo tak gi kan. Tawakal jer lah. Si dia pon ok jer.
Sampai jer umah trus siapkan anak². Dari bangi ker IOI Marriot tu tak lah jauh sangat pon. Sampai² jer tgk orang dah beratur amik makanan. Memang ramai lah umat manusia dlm tu kan. Makanan memang sedap². Ko nak makan apa? Semua ada.
Yang best ada buah doyan. Tapi kan aku tak dapat nak makan sebab klo nak makan doyan kena duduk kat luar. Doyan tak dibenarkan masuk dalam tu. Bau nya kan kuat. Macam² buah ada.
Tak sempat nak amik gambo noks. Ini jer lah yg sempat. Pasta pon sedap...masak on the spot. Dessert, satay, kambing...sumanya sedap² lah. Cuma hati aku jer yang tak sedap sebab tak dapat nak makan dengan aman dah tenteram...hahahaha...sebab budak nih:
Apa lah keja tu nak oiiii...
Anak dara yang super duper active. Ponek ibu ngan abah di bueknyo. Habis sudu garfu dibuat main. Duduk dalam baby sit pon kejap jer. Berlari² lah dalam hall tu. Alahai...macam mana nak makan.
Budak baik ☺☺
Si Qhalif rambut pacak ni memang baik lah. Duduk jer dia dalam stroller tu. Kekenyangan sebab dah upah susu cap gantung. Memang tak puas makan ah malam tu. Banyak makanan yang aku tak sempat nak makan...huhuhu...
Kenyang...tak larat nak jalan lah.
Si abang yang kekenyangan gak. Memang tak rugi gi buffet kalau bawak anak bujang ni. Banyak gak makan. Cuma ibu ngan abah jer yang tak dapat nak makan banyak.
Overall...iftar kat sini memang best. Macam² variety makanan ada. Cuma yang tak bestnya sebab tempat nak amik makanan jauh bebenor. Kalau dapat meja yang dekat² dengan makanan best lah.
Hari nih ada jemputan iftar lagi. Kali ni Shangri La putrajaya. Tak kan nak gi sorang² kan. Sapa plak nak jaga anak². Berlima adalah lebih baik.