Nampak tak...nampak tak...sapa tu? Vavavava...vangga ker nak eksyen nih? Hahahaha...Tak bangga dan tak eksyen pon. Cuma rasa satu penghargaan bila BEN ASHAARI yang pengikutnya berpuluh ribu tu sudi follow blog suka suki saya yang tak seberapa nih.
Terima Kasih BEN ASHAARI dan buat kamu...kamu...dan kamu² semua yang sudi jadi pengikut blog ni tak kira yang lama mahu pon yang baru. Kalau boleh nak sebut nama² kamu semua. Tapi kan...kalau boleh tinggalkan lah link tu. Ni ada yg follow tapi tak letak link. Macam mana tu? Nak jejak balik pon tak boleh.
Penting ker follower ramai ni? Nak follow...follow lah, tak nak...sudahlah. Tak kisah pon. Tak der paksaan. Bagi saya follower ramai tu adalah satu bonus. Kalau follower ramai, tapi bila up entry, yang komen nya beberapa kerat jer. Tak best gak kan. Kalau boleh tak nak lah macam tu. Follow dan komen...kan bagus. Tak nak lah 'Touch and Go'. Follow jer...pastu tak nak amik tahu dah. Jadilah pengikut dan tukang komen yg setia (Peringatan untuk diri sendiri gak nih). Cewahhhh...harapan tinggi melangit tu noks. Ko ingat ko bajet retis...nak pengikut setia...ekekekeke...
Note: Kalau kamu komen kat blog saya, baru saya komen kat blog kamu pula...boleh mcm tu?..hahaha...saya tak macam tu tau. Komen pon penting gak. Dari komen lah kita dapat menjalin ikatan sahabat dialam maya nih. Betul tak >_<.
Tarikh 25 September 2010. Tarikh keramat yang takkan boleh dilupakan sampai bila². Masih segar dalam ingatan betapa sakitnya menahan kesakitan nak bersalin. Ibarat nyawa dihujung tanduk. Alhamdulillah...Tepat jam 9.56 pm, lahirlah seorang puteri yang diberi nama QAHIRAH BINTI HUSAINI. Kelahiran yang dinanti selepas 3 tahun usia Abang Iman Hakimi. Syukur padaMU kerana dikurniakan anak yang sihat sempurna,
Hari ni, 25 Septenber 2012, genaplah 2 Tahun usia anak dara tercinta. Betapa cepat masa berlalu kan.
♪♫ Selamat Hari Lahir QAHIRAH ♪♫
Saya dah 2 Tahun >_<
Untuk my dear princess Qahirah Bt
Husaini. Apa yang ibu dan abah harapkan semoga qahirah membesar sebagai
anak yang solehah, taat kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih
tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di beri akal fikiran yang bijak,
menjadi kakak yang baik, di panjangkan
usia, di murahkan rezeki dan di berkati dunia akhirat...AMIN...
Ibu, Abah, Abang Iman dan Adik Qhalif Love you so much...mmuuuaaaahhhhhhh...
Buat ibu², bapa², bakal² ibu, bakal² bapa dan siapa² saja yang sangat prihatin. Tandatangan anda diperlukan sebagai tanda sokongan supaya lebih banyak bilik bayi di peruntukkan di setiap pusat membeli-belah tak kira besar atau kecil dan di tempat² awam di Malaysia untuk membolehkan ibu-ibu mempunyai kebebasan untuk menyusukan bayi mereka di mana sahaja pada bila-bila masa. Untuk keselesaan munukar lampin pon iyer jugak. Saya dapat tahu pasal petition ni pon bila baca blog Daddy Ben Ashaari dan facebook seorang rakan.
Tak susah pon. Hanya virtual signature. Masuk jer kat website change.org nih. Tak sampai lima minit pon. Ini sedikir info dari website:
"Many mothers are discriminated, judged, shamed and evicted of a premise
just for providing and giving nourishment to their babies by
breastfeeding.
You need not be a mother, or even a mother who is breastfeeding. As long
as you believe that a defenseless baby should and can be fed anywhere
at anytime and not hide in the toilet to be fed, then sign this petition
and join me in this walk for the freedom of feeding our babies."
Apa lagi...sign this petition please!!!. Ingat:
Semua bayi berhak disusukan dengan selesa dan sempurna, di tempat yang selesa dan bersih. Semua ibu berhak menyusukan anak mereka dengan tenang dan selesa, dengan penuh kasih sayang.
Note: Banyak baby room yang di salah gunakan. Baby rooms bukan tempat dating, tempat berborak dan tempat untuk tido yer.