7 Tahun melayari alam rumahtangga. Ada hujan..ada panas. Ada manis..ada masin. Ada suka...ada duka. Masam, manis, pahit, masin...Cukup bahan dan rencahnya.
HAPPY 7TH WEDDING ANNIVERSARY
Alhamdulillah...masih bertahan hingga kini. Di kurniakan dengan 3 orang amanah dariNYA.Harapan??? Seperti pasangan² lain yang ingin hidup bahagia selamanya, begitu jugalah dengan saya. Begitu banyak dugaan dan cabaran sepanjang tempoh 7 tahun ini. Semoga saya tabah dan sabar mengharunginya dan semoga saya dapat terus bertahan. Bahagia...datang tanpa di undang...pergi pon tanpa di rancang kan. Semuanya terserah padaNYA.
Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
Buat si dia...Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah. Terima kasih untuk wish yang in-advance itu dan TERIMA KASIH atas segalanya.
Dah penat mengejar cinta hati. Sedang mengejar cintaNYA. Cinta kepadaNYA juga yang kekal abadi.
Note: Ada Town Hall Meeting kat Solaris Dutamas. Tak sempat nak singgah rumah kamu.
Extra Note: Hajat nak posa sunat 10 dan 11 Muharram 1434 tak kesampaian . Bendera merah Nippon Paint menjelmakan diri plak...cissssss...tak dapat nak tambah pahala...ekekeke...