Adakah kita akan melalui situasi sebegini????
Tak dapat aku bayang kan kalau iman hakimi macam ni. Tapi rasanya anak bujang aku tu tak nangis. Sebab masa 1st day skolah tadika dia tak nangis, Tapi tak tau lah kan. Tunggu jer lah bila dia nak naik darjah satu nanti. Tapi ni situasi aku plak pagi ni
Anak bujang yang moody lagi sensirive. Adik lagi semangat rasanya. Maaf yer kimi. Ibu tak dapat hantar gi school untuk 1st day nih, Abah jer yang hantar. Mekasih yer suami, sebab amik cuti hantar anak gi skolah untuk 1st day nih.
Note: Selamat kembali jalan yang sesak. Sesak nafas aku nak harung jalan sesak hari²...hurmmmm...
Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan melabuhkan tirai 2012. Terlalu cepat masa berlalu kan. Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumiMU ini. Terlalu banyak kenangan yang terpahat sepanjang tahun 2012 ini. Pada aku...KENANGAN PAHIT mengatasi KENANGAN MANIS. Dan KENANGAN PAHIT tu takkan aku lupakan sampai nafas yang terakhir.
Sorotan peristiwa sepanjang tahun 2012.
JANUARY - Anak bujang ku masuk TADIKA. Pengalaman pertama buat aku hantar anak ke TADIKA. Yang bestnya, kimi tak nangis pon.Good boy ☺☺
APRIL - Lahirlah putera ku yang ketiga. Anak yang tak di jangka...unexpected baby. Sungguh tak percaya sebab aku baru tahu aku mengandung bila kandungan dah nak masuk 5 bulan. Ya! Allah...hebat sungguh aturanMU. Alhamdulillah...Qhalif membesar dengan sihat dan sempurna.
Sepanjang dalam pantang tu jugalah aku di uji. Qahirah kena kudis buta. Yang ni tak sempat pon nak citer. Dah lah pantang sendiri. Terpaksa pula jaga anak yang tak sihat Memang kesian sangat tengok keadaan anak dara tu. Bergaru...dengan luka kudis buta tu lagi. Ya! Allah...memang menguji kesabaran.
JUNE - Menerima perkabaran gembira. Dapat surat kenaikan gaji dan kenaikan pangkat. Kiranya pangkat dah di upgrade. Alhamdulillah...rezeki anak². Harapan untuk tahun depan semoga grede di naik taraf lah...hehehe...
AUGUST - Sedang orang lain sibuk buat persiapan nak RAYA dan tinggal tiga hari jer lagi nak RAYA. Aku di timpa musibah...ACCIDENT masa on tjhe way nak amik anak² Pengalaman pertama buat aku sepanjang berkereta ke tempat kerja. Perasaan jangan cakap lah. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah aku tak cedera dan kereta masih boleh bergerak walaupon dah cacat sebelah.
Maka...berterbanganlah duit mengikut gaya bebas. Memang banyak pakai duit. Tapi duit boleh di cari kan. Nyawa...tiada galang gantinya.
SEPTEMBER - Tragedi September. Aku tau aku memang baik sebab:
SEPTEMBER - Tragedi September. Aku tau aku memang baik sebab:
ORANG SABAR SELALU MENANG
ORANG TAMAK SELALU RUGI
ORANG MARAH SELALU KALAH
ORANG BAIK SELALU DI UJI
NOVEMBER - Dugaan lagi...tangki minyak kereta bocor pulok. Allahu akhbar. Memandu pulang dalam keadaan yang mencemaskan dan sangatlah bahaya. Syukur alhamdulillah...tak der kejadian yang tak di ingini berlaku. Terbang lagi duit.
DECEMBER - Penutup dugaan untuk 2012...hahahaha....Tayar keta pulak bocor. Ya! Allah...ada² jer kan. Nasib baik lah masih kat office. Kalau kat jalan raya? Dari jalan tak sesak terus jadi sesak ☺☺. Dah lah tayar spare benjol plak tu. Pakai juga tayar spare tu dekat seminggu. Bahaya ker tak bahaya tu? Jadinya...mak memandu tak melebihi 80 km yer.
Skang dah tukar tayar baru. Tukar suma sekali. Duit lagi noks. Tak per...duit boleh cari kan. Baru lah best sket memandu....smooth jer.
Itu jer lah sorotan citer aku untuk tahun 2012. Panjang juga kan. Harapan aku untuk tahun 2013...Semoga kehidupan aku dan anak² menjadi lebih baik. Semoga aku dapat memperbaiki diri aku untuk menjadi muslimah daripada baik kepada yang terbaik...In Shaa Allah...
Note: SELAMAT TAHUN BARU uols. Hari ni mak cuti noks ☺☺
Tiada ubat yang terbaik selain dari doa kan. Saya nak share kan doa ni buat kamu semua yang mengalami masalah sakit kepala dan migrain yang melampau.
Bila sakit kepala atau migrain, baca doa ni pada tapak tangan kanan, hembus dan tekan pada tempat yang sakit. Buat banyak kali sampai rasa sakit tu lega.
Saya dapat doa ni pon dari FB. Sharing is caring and loving kan. Amalkan tau.
Note: Half day hari ni. Tak sempat nak jejak rumah kamu. Tak sempat nak jejak kawan² baru, Mekasih sudi follow. Nanti saya follow balik.
Betul tak? Yuran tadika sekarang makin lama makin mahal. Dalam erti kata lain makin naik. Dah macam nak masuk Universiti pulak. Tapi pada yang mampu hantar anak kat Genius Aulad, Little Qhalif, Brainy Bunch dan lain² tu, kira ok lah. Sebab mereka berkemampuan. Beruntung anak² dapat masuk tadika yang best ☺☺☺
Teringin juga nak hantar anak kat salah satu tadika tu, tapi kena ukur poket sendiri juga lah kan. Tak mampu...buatlah cara tak mampu. Nanti kalau dah tak boleh nak bayar, diri sendiri juga yang susah. Rasanya mana² tadika pon ada kelebihan masing² kan. Sebenarnya saya nak citer pasal hidden fees ni. Saya ada dapat komen dalam entry saya mengenai HASIL SURVEY TADIKA - YURAN PENDAFTARAN, YURAN BULANAN, etc. Cuba baca nih.
Dah baca? Nak tau ker tadika mana? Sila lah email saya yer...hehehe...Bukan apa, rasa macam tak elok pula kalau saya letak tadika mana yang charge hidden fees nih. Cuma nasihat saya pada parents² tu, silalah check betul². Kenapa perlu nak charge macam². Kalau betul untuk kegunaan anak² di tadika...ok lah kan. Kalau sebaliknya? Bak kata puan Lily...kita sebagai parents tak nak lah rasa tertipu dengan charge yang tak sepatutnya kan.
Tahun depan.saya masih daftarkan kimi di PASTI. Seperti yang di beritahu, yuran tadika PASTI pon dah naik. Kalau tahun lepas RM 410. Tapi tahun depan dah naik kepada RM555. Tak per lah, masih berkemampuan lagi nak bayar. Siap bley bayar ansur² lagi noks. Dan tahun depan saya akan masukkan kimi dalam program TAHFIZ. Doa saya semoga Iman Hakimi dapat menjadi seorang TAHFIZ bila meningkat dewasa nanti...In Shaa Allah...
Saya tahu, semua ibu nak yang terbaik untuk anak² kan. Kalau boleh nak masukkan anak ke tadika yang terbaik. Tapi kita kena ingat kemampuan kita juga yer. Tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak ikut orang. Orang lain hantar anak kat tadika femes, ko pon nak hantar jugak. Jangan buat macam tu yer.
Note: Tak sabar nak tengok kimi konvo nanti ☺☺
Tempat Tapau: Cafe MMU
Tempat Makan: Dalam Office jer
Harga: RM5.00
Burppppp...Alhamdulillah dengan rezeki hari ini. Tapau awal² sebab lauk cepat habis. Hari ni makan Ikan Keli Salai masak Lomak Cili Api...perghhhhh...mantop. Makan bersama sayur bayam dan juga sambal tempoyak...milk booster gitu. Menahan kepedasan dengan sambal tempoyak yang sedap nih.
Kat umah tu pon ada tempoyak. Ikan bilis dari pantai timur pon nanti sampailah tu. Dapat masak gulai tempoyak ikan bilis pon sodap nih. Dah lama tak buat tempoyak ikan bilis. Ikan masin jeruk pon ada kat umah tu. Haiisshhhhhh...terliur dah nih. Nak buat sambal daun kayu...tak reti pulak. Reti makan jer lah. Sedap nya kalau dapat makan sambal daun kayu masakan mak nih.
Google jer
Ada yang tak tau ker tempoyak ikan bilis dgn sambal daun kayu nih? Ni lah dia. Yang saya tahu, sambal daun kayu ni memang masakan N9. Tempoyak ikan bilis plak tak sure...Perak atau N9.
Note: Petang ni ada pasar malam. Nak cari Nasi Kerabu ^_^.