Perghhhhh...mak dapat anugerah noks. Tapi bukan anugerah pekerja terbaiklah. Sekadar Anugerah Top Commenters kat blog kakak kita nih, TIHARA ☺☺. Jadi lah kan...ekekeke...
Dapat anugerah Blogger Spectacular lagi ko. Owh...saya memang menakjubkan...hahaha...Mekasih kak Tihara. Semoga ukhwah kita yang terjalin di alam maya ni berkekalan sampai bila². Memang rajin lah akak buat anugerah untuk top commenters. Satu penghargaan buat blogger yang rajin komen.
Ok. Siapa yang tak pernah jejak dan nak berkenalan dengan kak TIHARA nih, tu ada link nya. Silalah terjah yer.
Note: Sedih hati membaca blog Papa Blogger. Anak dia yang baru berusia 10 bulan tu di lempang kat Nursery. Sampai meniggalkan kesan di pipi. Mesti kuat tu. Ya! Allah...lindungilah anak² kami di Nursery.
Erk...acaner tu? Terkejut ker? Mak pon terkejut noks baca statement nih. Tapi nanti dulu...tak habis lagi nih sambungannya. Ok...sambung baca:
Tidak Haram Seorang Anak Itu Menendang Ibunya...
.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
.
Jika Anak Itu Masih Dalam Perut Ibunya... Hehe...
.
Jika Anak Itu Masih Dalam Perut Ibunya... Hehe...
Betul tak? Betul kan. Lu kena beb. Ni Ustaz Azhar Idrus yang bagi statement ni yer....hehehe...Skang ni, halwa telinga ku pepetang on the way balik kerja adalah mendengar CD UAI nih. Memang bley pecah perut layan soalan² yang kekadang pelik lagi kelakar yang di ajukan dan jawapan² spontan dari UAI yang lawak tahap gaban. Gelak sesorang aku dalam keta. Dah macam orang tak betul gamaknya ^_^.
Note: Salam perkenalan buat pengikut baru. Maaf sebab masih belum berkesempatan nak jejak dan follow kamu balik. Nanti saya terjah yer...tunggu...
Breastfeeding lagi. Kalau semalam citer pasal Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM). Hari ni plak nak citer mengenai hukum mempamerkan/menayangkan hasil perahan susu ibu pula. Sebelum ni aku pernah letak gambar hasil perahan kat wall FB. Tetiba ada member aku ni tanya 'suami tak marah ker tayang susu ni?'. Secara tiba² terdetik di fikiran. Tak terfikir pulak kan. So...mak pon cari lah info noks pasal hukum tayang susu ibu nih. Agak payah juga nak jumpa dan cari punya cari, jumpa lah jawapannya. Mari kita baca.
Jelas tak? Ok...aku taip balik yer.
Soalan:
Salam ustaz, saya ni seorang ibu yang masih menyusukan anak. Nak tanya sikit mengenai penyebaran atau post gambar stok susu badan di FB ni, apa hukumnya? Adakan susu badan itu juga aurat bagi wanita? Sebabnya perkara ini telah dibangkitkan dalam isu seorang hamba Allah yang saya tidak kenali yang saya rasa berpelajaran tinggi telah menegur dan menyalahkan seorang wanita berbuat demikian (menayangkan stok susu badan yang berbotol-botol) membuka aib sendiri sampaikan ada followers hamba ini menghentam dengan ayat² kesat. Bagi kami yang menyusukan anak menganggap gambar² tersebut sebagai pendorong dan motivasi untuk diri sendiri. Macam mana pula kalau ada sesetengah ibu yang menyusukan anak di tempat terbuka, tapi masih menjaga aurat?
Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus:
W'salam...susu sama dengan darah yang tidak di kategorikan sebagai aurat. menyusu anak dikhalayak ramai harus dengan syarat menjaga aurat.
Source: Mommy Razim dengan ucapan TERIMA KASIH ☺☺
Dah jelas jawapannya kan. Ringkas jer. So...tak der masalah lah kalau nak tayang hasil perahan yer. Tapi nak ingatkan kamu² juga, tayang hasil perahan adalah bukan untuk menunjuk². Tapi sebagai motivasi untuk diri sendiri dan juga sebagai penaik semangat buat ibu² menyusu di luar sana juga tau. Think positive ok. Jangan bila tengok orang lain nyer susu banyak ko dah jealous sebab susu ko tak banyak. Pastu mulalah mengata 'alaaa..memang jenis banyak susu'...'te*** ko besar, banyaklah hasil'...'Ko pakai pam mahal, banyaklah dapat', contohnya. Tu negative thinking. Tak bagus tau.
Cuba amik yang positive jer. Bila tengok susu ibu lain banyak, ko pon bersemangat nak buat macam tu juga. Kalau ibu lain boleh buat, ko pon boleh buat juga kan. Everything is possible. Kalau kita nak bagi yang terbaik untuk anak, kenalah kerja keras dan usaha lebih kan.
Note: Ok...Pumping time. Aku memang over kalau bercerita pasal BF ni...ahaks...Qhalif plak dalam fasa reverse cycling (next entry)...arghhhhh...ngantuks mak noks.
Breastfeeding time. Kali ni nak citer pasal cara penyimpana susu ibu yang betul. Kali ni ada requested dari Mrs Lurve. Dah lama juga dia bertanya. Sebelum mommy to be ni bersalin, baik kita bagi dia ilmu dulu. Sebab penyusuan susu ibu perlukan ilmu. Bila ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayi secara ekslusif. semua ibu perlu tahu cara pnyimpanan susu ibu yang betul. Sebab kita nak kan yang terbaik untuk anak kita kan.
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Hasil perahan ku ☺☺
- Peti sejuk bahagian bawah - susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
- Peti sejuk bahagian atas/sejuk beku - susu tahan 3 bulan
- Deep Freezer - susu tahan 6 bulan
- Pada suhu bilik - susu tahan 4 jam
- Cooler Bag/Box - susu tahan 12-24 jam
- Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
- Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
- Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
- Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
- Jika anda nak gunakan susu yang telah dibekukan esok hari, turunkan susu tersebut ke peti sejuk bawah pada sebelah malamnya
- Bila bayi nak minum, rendamkan susu tersebut dalam air panas suam (tidak terlalu panas kerana ia akan merosakkan nutrien dan antibodi yang terdapat di dalam susu)
- Goyangkan susu tersebut secara perlahan untuk memberi susu sekata pada susu dan rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan terus pada bayi
- Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, seeloknya sediakan 'warmer' bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda.
- Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
- Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
- Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2-4 oz sahaja untuk setiap bekas.
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
- Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
- Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
- Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang di gunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
Info Tambahan bagi Ibu Berkerjaya
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Source: Mommyiskandar.com dan momschoice.com
Ok semua. Pelajaran untuk petang nih. Buat bakal² ibu di luar sana, di harap info ni dapat membantu. Ingat...bukan mudah nak fully breastfeed. Especially untuk ibu² yang berkerjaya. Keazaman, kecekalan, semangat yang tinggi dan yang paling penting adalah ilmu kena ada. Dan jangan mudah putus asa.
Source: Mommyiskandar.com dan momschoice.com
Ok semua. Pelajaran untuk petang nih. Buat bakal² ibu di luar sana, di harap info ni dapat membantu. Ingat...bukan mudah nak fully breastfeed. Especially untuk ibu² yang berkerjaya. Keazaman, kecekalan, semangat yang tinggi dan yang paling penting adalah ilmu kena ada. Dan jangan mudah putus asa.
Note: Susuku merudum secara tiba². Stress kot...haishhhhh...