Pagi tadi dengar hot fm pasal pengalaman interview. Macam² ada. Tiba² teringat pengalaman sendiri masa gi interview. Pengalaman ni memang aku takkan lupa sebab ianya agak sensitive. Kenapa sensitive? Sebab ianya membabitkan pasal SOLAT.
Dulu masa nak cari kerja, aku ada daftar kat agensi pekerjaan ni. KELLY SERVICE kalau tak silap. Pastu ada lah dapat interview kat satu syarikat. P** *l**al insurance. Tiba hari interview...berdebar² juga lah kan. Siapa tak berdebar kalau kena interview. Sampai giliran. ChaYaNunAlif yagn interview tu. Dah puas interview bagai, tibalah pada soalan yang terakhir. Nak tau apa soalannya?
INTERVIEWER: Awak sembahyang tak?
AKU: Mestilah sembahyang.
INTERVIEWER: Tapi kat sini awak tak boleh sembahyang masa kerja
AKU: Erk...kenapa?
INTERVIEWER: Kalau nak sembahyang awak kena sembahyang kat rumah. Kalau awak sembahyang kat office, nanti ambil masa dan ganggu kerja
AKU: Speechless
Alahaiiiiii...ada lagi rupanya masyarakat yang macam nih. Rasa macam nak mengadu kat pejabat buruh jer. Nasib tak dapat kerja tu. Kalau dapat pon memang aku reject.Apa kena mengena solat dengan ganggu masa kerja? Bukan lama pon solat kan.
Untuk kerja yang skang ni, aku kena 2 kali interview. 1st dgn HR 2nd plak dengan big boss. Macam² juga pertanyaan. Especially pasal syarikat. Apa yang aku tahu pasal syarikat tempat yang aku nak kerja tu. Siapa orang kuat syarikat. Perghhhh...nasib aku dah study sebelum gi interview.Dan sampai skang aku masih kekal di sini. Alhamdulillah...benefit pon banyak.
Itulah antara pengalaman interview. Buat kamu² yang nak gi interview tu, keyakinan kena ada. Jangan tunjuk muka cuak. Pastu kena tahu profile syarikat yang kita nak kerja tu. Bidang apa...siapa orang kuat syarikat. Apa yang kamu tahu pasal syarikat tu. Sebab itu antara soalan² yang diajukan masa interview. Bila kamu tahu info² tu semua, baru interviewer tu yakin yg kamu betul² berminat nak kerja.
Note: Semalam kat Bangi tak der air. Semalam cikgu siap pesan, hari ni klo tak der air juga, parents kena bawa air dari rumah utk anak² yg day care. Harap² krisis air tak merebak ke BAngi lah...huhuhu...