Perghhhhh...mak dapat anugerah noks. Tapi bukan anugerah pekerja terbaiklah. Sekadar Anugerah Top Commenters kat blog kakak kita nih, TIHARA ☺☺. Jadi lah kan...ekekeke...
Dapat anugerah Blogger Spectacular lagi ko. Owh...saya memang menakjubkan...hahaha...Mekasih kak Tihara. Semoga ukhwah kita yang terjalin di alam maya ni berkekalan sampai bila². Memang rajin lah akak buat anugerah untuk top commenters. Satu penghargaan buat blogger yang rajin komen.
Ok. Siapa yang tak pernah jejak dan nak berkenalan dengan kak TIHARA nih, tu ada link nya. Silalah terjah yer.
Note: Sedih hati membaca blog Papa Blogger. Anak dia yang baru berusia 10 bulan tu di lempang kat Nursery. Sampai meniggalkan kesan di pipi. Mesti kuat tu. Ya! Allah...lindungilah anak² kami di Nursery.
Erk...acaner tu? Terkejut ker? Mak pon terkejut noks baca statement nih. Tapi nanti dulu...tak habis lagi nih sambungannya. Ok...sambung baca:
Tidak Haram Seorang Anak Itu Menendang Ibunya...
.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
.
Jika Anak Itu Masih Dalam Perut Ibunya... Hehe...
.
Jika Anak Itu Masih Dalam Perut Ibunya... Hehe...
Betul tak? Betul kan. Lu kena beb. Ni Ustaz Azhar Idrus yang bagi statement ni yer....hehehe...Skang ni, halwa telinga ku pepetang on the way balik kerja adalah mendengar CD UAI nih. Memang bley pecah perut layan soalan² yang kekadang pelik lagi kelakar yang di ajukan dan jawapan² spontan dari UAI yang lawak tahap gaban. Gelak sesorang aku dalam keta. Dah macam orang tak betul gamaknya ^_^.
Note: Salam perkenalan buat pengikut baru. Maaf sebab masih belum berkesempatan nak jejak dan follow kamu balik. Nanti saya terjah yer...tunggu...
Breastfeeding lagi. Kalau semalam citer pasal Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM). Hari ni plak nak citer mengenai hukum mempamerkan/menayangkan hasil perahan susu ibu pula. Sebelum ni aku pernah letak gambar hasil perahan kat wall FB. Tetiba ada member aku ni tanya 'suami tak marah ker tayang susu ni?'. Secara tiba² terdetik di fikiran. Tak terfikir pulak kan. So...mak pon cari lah info noks pasal hukum tayang susu ibu nih. Agak payah juga nak jumpa dan cari punya cari, jumpa lah jawapannya. Mari kita baca.
Jelas tak? Ok...aku taip balik yer.
Soalan:
Salam ustaz, saya ni seorang ibu yang masih menyusukan anak. Nak tanya sikit mengenai penyebaran atau post gambar stok susu badan di FB ni, apa hukumnya? Adakan susu badan itu juga aurat bagi wanita? Sebabnya perkara ini telah dibangkitkan dalam isu seorang hamba Allah yang saya tidak kenali yang saya rasa berpelajaran tinggi telah menegur dan menyalahkan seorang wanita berbuat demikian (menayangkan stok susu badan yang berbotol-botol) membuka aib sendiri sampaikan ada followers hamba ini menghentam dengan ayat² kesat. Bagi kami yang menyusukan anak menganggap gambar² tersebut sebagai pendorong dan motivasi untuk diri sendiri. Macam mana pula kalau ada sesetengah ibu yang menyusukan anak di tempat terbuka, tapi masih menjaga aurat?
Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus:
W'salam...susu sama dengan darah yang tidak di kategorikan sebagai aurat. menyusu anak dikhalayak ramai harus dengan syarat menjaga aurat.
Source: Mommy Razim dengan ucapan TERIMA KASIH ☺☺
Dah jelas jawapannya kan. Ringkas jer. So...tak der masalah lah kalau nak tayang hasil perahan yer. Tapi nak ingatkan kamu² juga, tayang hasil perahan adalah bukan untuk menunjuk². Tapi sebagai motivasi untuk diri sendiri dan juga sebagai penaik semangat buat ibu² menyusu di luar sana juga tau. Think positive ok. Jangan bila tengok orang lain nyer susu banyak ko dah jealous sebab susu ko tak banyak. Pastu mulalah mengata 'alaaa..memang jenis banyak susu'...'te*** ko besar, banyaklah hasil'...'Ko pakai pam mahal, banyaklah dapat', contohnya. Tu negative thinking. Tak bagus tau.
Cuba amik yang positive jer. Bila tengok susu ibu lain banyak, ko pon bersemangat nak buat macam tu juga. Kalau ibu lain boleh buat, ko pon boleh buat juga kan. Everything is possible. Kalau kita nak bagi yang terbaik untuk anak, kenalah kerja keras dan usaha lebih kan.
Note: Ok...Pumping time. Aku memang over kalau bercerita pasal BF ni...ahaks...Qhalif plak dalam fasa reverse cycling (next entry)...arghhhhh...ngantuks mak noks.
Breastfeeding time. Kali ni nak citer pasal cara penyimpana susu ibu yang betul. Kali ni ada requested dari Mrs Lurve. Dah lama juga dia bertanya. Sebelum mommy to be ni bersalin, baik kita bagi dia ilmu dulu. Sebab penyusuan susu ibu perlukan ilmu. Bila ibu mengambil keputusan untuk menyusukan bayi secara ekslusif. semua ibu perlu tahu cara pnyimpanan susu ibu yang betul. Sebab kita nak kan yang terbaik untuk anak kita kan.
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.
Hasil perahan ku ☺☺
- Peti sejuk bahagian bawah - susu tahan 3-5 hari bergantung pada suhu peti ais tersebut
- Peti sejuk bahagian atas/sejuk beku - susu tahan 3 bulan
- Deep Freezer - susu tahan 6 bulan
- Pada suhu bilik - susu tahan 4 jam
- Cooler Bag/Box - susu tahan 12-24 jam
- Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
- Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
- Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
- Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
- Jika anda nak gunakan susu yang telah dibekukan esok hari, turunkan susu tersebut ke peti sejuk bawah pada sebelah malamnya
- Bila bayi nak minum, rendamkan susu tersebut dalam air panas suam (tidak terlalu panas kerana ia akan merosakkan nutrien dan antibodi yang terdapat di dalam susu)
- Goyangkan susu tersebut secara perlahan untuk memberi susu sekata pada susu dan rasa dahulu suhu susu sebelum memberikan terus pada bayi
- Jika bayi anda dijaga oleh pengasuh, seeloknya sediakan 'warmer' bagi memudahkan pengasuh memanaskan susu anda.
- Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
- Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
- Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2-4 oz sahaja untuk setiap bekas.
- Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
- Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
- Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
- Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
- Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang di gunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.
Info Tambahan bagi Ibu Berkerjaya
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.
3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.
Source: Mommyiskandar.com dan momschoice.com
Ok semua. Pelajaran untuk petang nih. Buat bakal² ibu di luar sana, di harap info ni dapat membantu. Ingat...bukan mudah nak fully breastfeed. Especially untuk ibu² yang berkerjaya. Keazaman, kecekalan, semangat yang tinggi dan yang paling penting adalah ilmu kena ada. Dan jangan mudah putus asa.
Source: Mommyiskandar.com dan momschoice.com
Ok semua. Pelajaran untuk petang nih. Buat bakal² ibu di luar sana, di harap info ni dapat membantu. Ingat...bukan mudah nak fully breastfeed. Especially untuk ibu² yang berkerjaya. Keazaman, kecekalan, semangat yang tinggi dan yang paling penting adalah ilmu kena ada. Dan jangan mudah putus asa.
Note: Susuku merudum secara tiba². Stress kot...haishhhhh...
Mari bersenam bersama Iman Qhalif. Senaman ni adalah untuk menguatkan otot² kaki, betis paha dan yang sewaktu dengannya lah. Kita mulakan bersama² yer:
Amik sebiji kerusi. Letak kedua² tangan atas kerusi. Alaaaa...macam saya buat nih.Lebarkan kaki ada sedikit demi sedikit.
Macam nih. Ulang berkali² sampai letih. Sila berhati² yer. Kalau silap teknik, boleh terbalik kerusi tu...ekekekeke....
Ini lah kerja anak bujang tecik mak nan sorang nih noks. Nak memanjat. Merangkak nya belum lagi. Asyik angkat² punggung yang seksi tu. Ni pon secara kebetulan tengok aksi dia macam tu. Tergelak² dibuatnya. Mungkin ni preparation qhalif sebelum dia nak berjalan kot. Nak kuatkan otot² kaki dia tu. Risau gak aku sebab masih belum merangkak lagi ni. Tapi development budak lain² kan.
Note: Ragam dan aksi anak²...bley pecah perut di buatnya ^_^.
Mesti ramai yang tak terlepas tengok AJL malam tadi kan. Frust lah sebab lagi favorite TEMAN PENGGANTI tak menang. Tapi dapat persembahan terbaik pon kira ok lah tu. Best juga AIZAT nyanyi lagu YUNA. Tapi kalau YUNA sendiri yang nyanyi feel tu lagi best kan.
Persembahan terbaik bagi aku adalah persembahan dari rockers² otai. Best betul bila dengar RAHMAT MEGA nyanyi lagi Bayangan Gurauan. Tapi yang best bila RAMLI SARIP.nyanyi. Perghhhhh...even dah berumur, tapi suara masih mantap. Rasa tak puas plak tengok persembahan Ramli Sarip. Apsal lah kejap sangat.
AJL malam tadi memang best lah. Tak membosankan. Tahniah buat para pemenang.
AJL malam tadi memang best lah. Tak membosankan. Tahniah buat para pemenang.
Note: Nak cari balik CD Ramli Sarip ☺☺
Dah lama tak join Giveaway. Erk....lama ke? Last join GA masa October tahun lepas. Lama juga tu kan. Aku join pon selepas di TAG oleh ADIK MANIS kita ni ^_^.
1st GA untuk tahun ni. GA dari WAK GELAS. Tarikh tutup 5 Januari 2013. Masih sempat lagi kalau nak join. Klik jer banner tu yer.
Note: Good luck buat diri sendiri.
1) Tetiba tak der idea. Mood gone with the wind. Owh...tak suka.
2) Ramai yang dapat BE baru sempena tahun baru. Mak jugak yang tak dapat noks. Agak kecewa juga. Tak per, rezeki masing² kan.
3) PMS Year End review...the time has arrived. Nak kena complete and submit online before 15 January 2013...arghhhhhhh...
4) Macam yang aku pernah cakap, harga semua dah naik termasuklah yuran sekolah dan yuran daycare kimi. Charge overtime pon sama noks. Dulu RM3.00 tapi sekarang RM5.00 untuk satu jam. Tahun depan tak tahu berapa plak naik. Rasanya fees untuk tadika tiap² tahun naik kot.
5) Bilalah loan nak approved nih. Sedih nengok baki duit dalam bank...huhuhu...Ni yang rasa nak buat keja part time.
6) HATI...sakit, terluka, kecewa, derita dan semuanya lah. Kau tulislah apa ko nak tulis. Itu semua takkan mengubah pandangan aku terhadap kau. Ya! Allah...tenangkan lah hati hambamu ini. Tunjukkanlah aku petunjukmu.
7) Mak tercinta disahkan mengidap darah tinggi. Anakmu ini risau keadaan mak. Mak stress ker? Jangan fikirkan sangat masalah anak mak ni dan anak2 mak yang lain. Anak mak ni kan kuat semangat macam mak. Jaga diri tu tau. Jangan buat kerja berat². Rehat banyak². Control makan tau. Orang sayang mak ketat². *macam mak baca blog aku nih...ahaks..*
Sudah cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Idea pon dah tak ada. Aku pon nak sambung buat kerja.
Note: Kejap jer dah jumaat kan. Selamat hari Jumaat semua.
Kesian adik. Tak dapat nak main ipad. Kalau dapat kat kakak, jangan haraplah adik boleh main. Yang kakak lagi lah. Tak boleh di kacau kalau tengah main...sentap gamaknya. Di hempasnya ipad tu. Ingat murah yer nak. Mak pon sentap noks sebab takut rosak. Casing tu pon dah hancur di kopek²nya. Nak kena tukar casing baru. Ini lah dia penangan budak jaman IT.
Note: Petang ni ada pesta durian lagi kat office...owh durian...sudah terbayang² ☺☺☺
Adakah kita akan melalui situasi sebegini????
Tak dapat aku bayang kan kalau iman hakimi macam ni. Tapi rasanya anak bujang aku tu tak nangis. Sebab masa 1st day skolah tadika dia tak nangis, Tapi tak tau lah kan. Tunggu jer lah bila dia nak naik darjah satu nanti. Tapi ni situasi aku plak pagi ni
Anak bujang yang moody lagi sensirive. Adik lagi semangat rasanya. Maaf yer kimi. Ibu tak dapat hantar gi school untuk 1st day nih, Abah jer yang hantar. Mekasih yer suami, sebab amik cuti hantar anak gi skolah untuk 1st day nih.
Note: Selamat kembali jalan yang sesak. Sesak nafas aku nak harung jalan sesak hari²...hurmmmm...
Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan melabuhkan tirai 2012. Terlalu cepat masa berlalu kan. Syukur padaNYA kerana masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumiMU ini. Terlalu banyak kenangan yang terpahat sepanjang tahun 2012 ini. Pada aku...KENANGAN PAHIT mengatasi KENANGAN MANIS. Dan KENANGAN PAHIT tu takkan aku lupakan sampai nafas yang terakhir.
Sorotan peristiwa sepanjang tahun 2012.
JANUARY - Anak bujang ku masuk TADIKA. Pengalaman pertama buat aku hantar anak ke TADIKA. Yang bestnya, kimi tak nangis pon.Good boy ☺☺
APRIL - Lahirlah putera ku yang ketiga. Anak yang tak di jangka...unexpected baby. Sungguh tak percaya sebab aku baru tahu aku mengandung bila kandungan dah nak masuk 5 bulan. Ya! Allah...hebat sungguh aturanMU. Alhamdulillah...Qhalif membesar dengan sihat dan sempurna.
Sepanjang dalam pantang tu jugalah aku di uji. Qahirah kena kudis buta. Yang ni tak sempat pon nak citer. Dah lah pantang sendiri. Terpaksa pula jaga anak yang tak sihat Memang kesian sangat tengok keadaan anak dara tu. Bergaru...dengan luka kudis buta tu lagi. Ya! Allah...memang menguji kesabaran.
JUNE - Menerima perkabaran gembira. Dapat surat kenaikan gaji dan kenaikan pangkat. Kiranya pangkat dah di upgrade. Alhamdulillah...rezeki anak². Harapan untuk tahun depan semoga grede di naik taraf lah...hehehe...
AUGUST - Sedang orang lain sibuk buat persiapan nak RAYA dan tinggal tiga hari jer lagi nak RAYA. Aku di timpa musibah...ACCIDENT masa on tjhe way nak amik anak² Pengalaman pertama buat aku sepanjang berkereta ke tempat kerja. Perasaan jangan cakap lah. Hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah aku tak cedera dan kereta masih boleh bergerak walaupon dah cacat sebelah.
Maka...berterbanganlah duit mengikut gaya bebas. Memang banyak pakai duit. Tapi duit boleh di cari kan. Nyawa...tiada galang gantinya.
SEPTEMBER - Tragedi September. Aku tau aku memang baik sebab:
SEPTEMBER - Tragedi September. Aku tau aku memang baik sebab:
ORANG SABAR SELALU MENANG
ORANG TAMAK SELALU RUGI
ORANG MARAH SELALU KALAH
ORANG BAIK SELALU DI UJI
NOVEMBER - Dugaan lagi...tangki minyak kereta bocor pulok. Allahu akhbar. Memandu pulang dalam keadaan yang mencemaskan dan sangatlah bahaya. Syukur alhamdulillah...tak der kejadian yang tak di ingini berlaku. Terbang lagi duit.
DECEMBER - Penutup dugaan untuk 2012...hahahaha....Tayar keta pulak bocor. Ya! Allah...ada² jer kan. Nasib baik lah masih kat office. Kalau kat jalan raya? Dari jalan tak sesak terus jadi sesak ☺☺. Dah lah tayar spare benjol plak tu. Pakai juga tayar spare tu dekat seminggu. Bahaya ker tak bahaya tu? Jadinya...mak memandu tak melebihi 80 km yer.
Skang dah tukar tayar baru. Tukar suma sekali. Duit lagi noks. Tak per...duit boleh cari kan. Baru lah best sket memandu....smooth jer.
Itu jer lah sorotan citer aku untuk tahun 2012. Panjang juga kan. Harapan aku untuk tahun 2013...Semoga kehidupan aku dan anak² menjadi lebih baik. Semoga aku dapat memperbaiki diri aku untuk menjadi muslimah daripada baik kepada yang terbaik...In Shaa Allah...
Note: SELAMAT TAHUN BARU uols. Hari ni mak cuti noks ☺☺
Tiada ubat yang terbaik selain dari doa kan. Saya nak share kan doa ni buat kamu semua yang mengalami masalah sakit kepala dan migrain yang melampau.
Bila sakit kepala atau migrain, baca doa ni pada tapak tangan kanan, hembus dan tekan pada tempat yang sakit. Buat banyak kali sampai rasa sakit tu lega.
Saya dapat doa ni pon dari FB. Sharing is caring and loving kan. Amalkan tau.
Note: Half day hari ni. Tak sempat nak jejak rumah kamu. Tak sempat nak jejak kawan² baru, Mekasih sudi follow. Nanti saya follow balik.
Betul tak? Yuran tadika sekarang makin lama makin mahal. Dalam erti kata lain makin naik. Dah macam nak masuk Universiti pulak. Tapi pada yang mampu hantar anak kat Genius Aulad, Little Qhalif, Brainy Bunch dan lain² tu, kira ok lah. Sebab mereka berkemampuan. Beruntung anak² dapat masuk tadika yang best ☺☺☺
Teringin juga nak hantar anak kat salah satu tadika tu, tapi kena ukur poket sendiri juga lah kan. Tak mampu...buatlah cara tak mampu. Nanti kalau dah tak boleh nak bayar, diri sendiri juga yang susah. Rasanya mana² tadika pon ada kelebihan masing² kan. Sebenarnya saya nak citer pasal hidden fees ni. Saya ada dapat komen dalam entry saya mengenai HASIL SURVEY TADIKA - YURAN PENDAFTARAN, YURAN BULANAN, etc. Cuba baca nih.
Dah baca? Nak tau ker tadika mana? Sila lah email saya yer...hehehe...Bukan apa, rasa macam tak elok pula kalau saya letak tadika mana yang charge hidden fees nih. Cuma nasihat saya pada parents² tu, silalah check betul². Kenapa perlu nak charge macam². Kalau betul untuk kegunaan anak² di tadika...ok lah kan. Kalau sebaliknya? Bak kata puan Lily...kita sebagai parents tak nak lah rasa tertipu dengan charge yang tak sepatutnya kan.
Tahun depan.saya masih daftarkan kimi di PASTI. Seperti yang di beritahu, yuran tadika PASTI pon dah naik. Kalau tahun lepas RM 410. Tapi tahun depan dah naik kepada RM555. Tak per lah, masih berkemampuan lagi nak bayar. Siap bley bayar ansur² lagi noks. Dan tahun depan saya akan masukkan kimi dalam program TAHFIZ. Doa saya semoga Iman Hakimi dapat menjadi seorang TAHFIZ bila meningkat dewasa nanti...In Shaa Allah...
Saya tahu, semua ibu nak yang terbaik untuk anak² kan. Kalau boleh nak masukkan anak ke tadika yang terbaik. Tapi kita kena ingat kemampuan kita juga yer. Tak mampu buat cara tak mampu. Jangan nak ikut orang. Orang lain hantar anak kat tadika femes, ko pon nak hantar jugak. Jangan buat macam tu yer.
Note: Tak sabar nak tengok kimi konvo nanti ☺☺
Tempat Tapau: Cafe MMU
Tempat Makan: Dalam Office jer
Harga: RM5.00
Burppppp...Alhamdulillah dengan rezeki hari ini. Tapau awal² sebab lauk cepat habis. Hari ni makan Ikan Keli Salai masak Lomak Cili Api...perghhhhh...mantop. Makan bersama sayur bayam dan juga sambal tempoyak...milk booster gitu. Menahan kepedasan dengan sambal tempoyak yang sedap nih.
Kat umah tu pon ada tempoyak. Ikan bilis dari pantai timur pon nanti sampailah tu. Dapat masak gulai tempoyak ikan bilis pon sodap nih. Dah lama tak buat tempoyak ikan bilis. Ikan masin jeruk pon ada kat umah tu. Haiisshhhhhh...terliur dah nih. Nak buat sambal daun kayu...tak reti pulak. Reti makan jer lah. Sedap nya kalau dapat makan sambal daun kayu masakan mak nih.
Google jer
Ada yang tak tau ker tempoyak ikan bilis dgn sambal daun kayu nih? Ni lah dia. Yang saya tahu, sambal daun kayu ni memang masakan N9. Tempoyak ikan bilis plak tak sure...Perak atau N9.
Note: Petang ni ada pasar malam. Nak cari Nasi Kerabu ^_^.
Aku rasa dia tak layak di beri gelaran binatang sebab binatang pon tau sayangkan anak. Pagi ni tengok berita. Lagi kes dera. Kali ni baby yang baru berusia 38 hari...Ya! Allah...zalimnya kau jantan.
Goncang bayi sampai koma
PADANG BESAR: Seorang bayi perempuan berusia 38 hari kini terlantar
koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera
termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.
Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.
Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.
Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak
berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak
perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul
suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.
Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia
diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di
Songkhla, Thailand.
HMetro online
HMetro online
Note: Manusia semakin kejam.
Bukan manusia jer yang buat Tandem Nursing tau. Haiwan pon sama. 1st time saya tengok haiwan yang buat Tandem Nursing. Sangat cute ok. Tak caya? Biar gambar yang berbicara.
Comel kan. Mama bear tandem nursing her cubs ^_^. Dan ini pulak gambar mak budak tengah buat tandem nursing.
Comel juga kan...muahaha...
Dah lama sangat tak citer pasal Breastfeeding kan. Sebelum ni saya pernah citer pasal anak dara saya yang masih lagi Breastfeed tu kan. Dan sehingga hari ni dia masih lagi BF. Tak tau lah bila nak wean-off. Rasa macam tak sampai hati sangat. Hanya ibu² yang breasfeed jer yang tahu perasaan nih.
Ok. Berbalik kepada tajuk. Masih ada lagi yang tak tahu apa yang di maksudkan dengan Tandem Nursing. Inilah jawapannya:
TANDEM NURSING
Ape tu tandem nursing??? Tandem nursing adalah menyusukana dua atau tiga atau lebih adik
beradik yang berlainan umur dalam masa yang sama…(bukan serentak ya tapi
dalam tahun sama..share ibu yang sama)
Cukup ke susu??
Ok. Ini persoalan yang selalu bermain di minda kamu semua kan. Mak saya pon selalu tanya macam tu. Jawapan saya senang jer....'Cukup mak, banyak susu nih'...Inilah keajaiban dan keistimewaan Breastfeeding. Payudara kita secara naturalnya akan tahu yang susu untuk 2 orang
diperlukan..maka otak kita akan dapat signal dan setrusnya terhasillah
susu yang diminta….susu DUA! Selalunya si abang/kakak akan kurang menyusu berbanding adik tetapi
kalau terjadi kes abang/kakak yang lebih daripada adik..kita tak boleh
marah tapi layan dan berpesan pesan kepadanya..Insya Allah nanti dia
faham
Source: SINI
Dah faham semua anak² murid. Pelajaran untuk hari ini...hehehe...Itu lah maksudnya. Sebab tu lah badan saya kurus kering. Tapi bukan sebab tandem nursing pon yang buat badan saya dah jadi macam bini popeye, tapi sebab lain...makan dalam noks...ALLAH knows everything.
Note: Stok susu pon tinggal sebotol jer. Skang bekalkan susu fresh hari².
Jalan Raya lengang...ramai yang bercuti
Office pon lengang juga...sunyi sepi sebab ramai yang bercuti hujung tahun ni, menghabiskan saki baki cuti
Blog...pon lengang dan sunyi sepi juga. Banyak blog yang tak berupdate..hurmmmm
Rasa boring dan sunyi plak hari ni
Selamat Hari Natal buat panganut agama Kristian
Selamat Bercuti semua
1) Anak bujang saya yang cute macam ibu dia ni demam lah. Start demam dari semalam, Mata pon bertahi, panas dalam mungkin. Nak bukak mata pagi ni pon macam payah jer, bagai di gam². Terpaksa lap dulu ngan air suam. Pastu titikkan sket dengan air susu ibu. SI tu kan ubat untuk sakit mata ☺☺. Air masak pon tak nak minum. Mengempeng jer kerjanya. Tak nak di letak. Nak berdukung...alahaiii...demam nak tumbuh gigi lagi ker dik. Ker demam sebab nak merangkak...hahaha...
2) Hati berbelah bagi nak hantar anak ker Nursery, tapi kena hantar gak...uuwwaaaaa...
3) Badan sengal² sebab mengiring lama sangat. Dah tu...anak mengempeng berjam-jam. Acaner tu? Mata pon mengantuk sebab tak cukup tidur. Tak per...besar pahala ibu sebab jaga anak yang tak sihat.
4) Line tenet pon tak berapa nak sihat. Asyik HANGGGGGG jer memanjang. Nak BW pon terbatas. Nak dengar radio pon sakit hati sebab asyik putus². Dengar radio online katakan. Nak dengar pakai radio biasa tak boleh sebab tak dapat siaran HOT fm. Mak kan pendengar tegar HOT fm.
5) Surat pengesahan majikan masih belum dapat lagi...adoiiiiii...lamanya. Dah seminggu mak submit hat HR noks. Kalau cepat dapat, cepatlah proses pinjamannya. Terpaksa pinjam ngan MBSB even interest 4.9%. Nak buat macam mana, bank lain tak nak kasi pinjam. Pihak bank nak gaji RM3000 dan keatas. EZ RHB plak lagi tinggi interest nya 9% even senang lulus. Beginilah nasib pekerja yang bergaji bawah dari #tigaribu...harap maklum.
Itu jer lah kisahnya. Pagi ni pon jalan lengang. Office pon lengang gak sebab ramai yang menghabiskan cuti² tahunan. Bos besar pon tak der. Jadinya...hari ni kita ENJOY...muahahaha...*gelak syaiton*
Note: Kejap lagi saya jalan² umah kamu. Jumaat aritu saya half day. Jadinya jejak ku di blog mu separuh jalan jer ^_^.
Alhamdulillah...moga bertambah lah duit tabung. Dah lama BE tak bertandang. Bley kata hari² check nuffnang...tapi hampa. Petang semalam check lagi, melekat seketul BE...saya suka...saya suka..^_^
Dapat Buffered Earnings dari DIGI. DIGI tengah buat Jualan Internet 2x ganda. Promotion Period: 3 December 2012 - 3 February 2013. Kalau nak tau lebih lanjut, klik lah iklan tu yer. Mekasih juga buat kamu² semua yang sudi bertandang dan yang sudi klik. Bertambah juga duit tabung saya.
Note: Semoga BE tu melekat lama sikit ☺☺
Ok. Saya saja jer nak tunggu hari Khamis untuk citer pasal kisah seram lagi. Dah bersedia untuk seram secara berjemaah...muahahaha...Kalau sebelum tu saya pernah citer pasal 'Ibu...kita Nampak Hantu'. Pada yang belum baca tu bley klik kat situ sebab saya dah buat link.
Kali ni kisah seramnya berlaku pada diri saya sendiri. Selang empat hari selepas kimi nampak 'makhluk' tu. Berlaku pada hari Jumaat. Masa tu saya tengah duduk kat sofa sambil melayan citer ADABI Spices Route. Anak² plak tengah berkubang dalam bilik air...terjerit² sambil mandi...gasaklah kan. Janji ibu aman nak tengok TV. Si Qhalif plak berguling² kegembiraan sebab tak der orang nak mengacau.
Kebetulan Jumaat tu hujan lebat selebatnya. Tiba²...masa tengah syiok tengok TV tu hati ni rasa macam tak sedap. Tetiba perasaan takut tu datang *mak dah mula meremang ni nyah*. Saya mulalah pasang ayat² Ruqyah. Lepas tu kan, secara tiba² saya dengar sliding door tu macam bergegar. Saya dah terdiam. Mula berfikir 'mungkin jiran sebelah atau atas tutup sliding door kuat kot'...'erk...tak mungkinlah sebab ada dinding yang memisahkan sliding door tu'. Bunyi lagi, hati dah berdebar². Saya pegang sliding door tu, memang sliding door tu sedang bergegar. Sekali dia gegar lagi noks. Saya buka sliding. Angin biasa jer. Langsir pon tak berterbangan. Tengok lampu kat balcony. Lampu tak goyang. Kalau angin kuat mungkin goyang. Tutup balik sliding door. Dia gegar lagi sekali. Saya rasa dekat 5 kali sliding door rumah saya tu bergegar. Darah dah naik kepala dah nih. Saya pon mula bersuara 'Aku tak kacau kau, kau tolong jangan kacau aku dan anak² aku'. Memang lepas tu dah tak gegar lagi.
Nak tau tak. Masa sliding door tu bergegar adalah pada waktu Maghrib dan pada masa yang sama Ayat Kursi sedang berkumandang. Ya! allah...hanya dia jer yang tahu perasaan saya masa tu. Saya duduk jer kat ruang tamu tu sampailah anak² habis mandi. Nak gi dapur yang sekangkang kera tu pon takut. Bila perasaan takut tu dah reda, barulah berani nak masuk dapur. Iyerlah....anak² nak makan kan. Kebetulan anak² dah berkumpul kat ruang tamu tu, berani lah sket kan...hehehe...
Macam mana tu? Suruh anak² jangan takut tapi mak budak ni yang terlebih takut...acaner tu. Tapi skang ni dah rasa kuat semangat sket lah. Allah kan ada ☺☺☺. Dulu tak der plak benda² mistik macam nih. Lately ni pulak. Risau nya takut ada yang 'menghantar'...mana tau kan. Apa² pon, doa saya setiap hari supaya di pelihara keselamatan kami sekeluarga dari hasad dengki, fitnah dan sihir. Mak saya pon ada pesan soh ustaz tengok² kan umah tu.
Note: Si dia kata mungkin angin jer kot. Tapi instinct saya mengatakan bukan angin. Memang sliding door tu seperti ada orang yang menggegarkannya.
Sangat² tersentuh bila pertama kali membacanya *tears*. Allah tahu segala²nya kan. Apa yang di sebut di atas, sama seperti apa yang kita lalui dalam kehidupan harian. Especially buat ibu² yang anaknya sedang membesar. Saat yang saya paling rindu nak buat ialah nak Solat Terawih di masjid. Ya! allah...rindunya.
Dulu...berambut pacak
Kini...Berbelah tepi
Amacam aunty's² and uncle's²? Mana lagi cute?...hehehe...Gaya terkini rambut Iman Qhalif. Dah macam old-fashion lah plak. Rambut tu pon tau penat agaknya asyik berdiri tegak jer. Tu yang dia ke tepi plak...hahaha...Lepas ni kita botakkan terus lah dik rambut tu ^_^. Tapi macam sayang lah...haishhhh...
Note: Breastfeeding journeys makin mencabar. Si qhalif ni asyik menggigit...menggigit dan menggigit. Mak pon turut sama menggigit...menggigit bibir noks sebab menahan kesakitan...uuwwaaaaaa...
Jemput makan Nasi Lemak Sedap bersama kerang. Sila...sila...sila jamu mata dan tekak. Perghhhhh...terbaik der....hehehe...kejam ko mak jemah ^_^. Uols dah breakfast ker? Kalau belum tu, maaf lah yer sebab buat kamu terliur tengok nasi lemak sedap nih.
Tengah hari ni selera Pantai Tumur plak. Dah siap tapau, member tolong tapaukan. Ko nampak...kuatnya mak jemah ni makan. Tak padan dengan cikeding kan. Dah beli nasi lemak pastu beli kuih lagi, minum pulak air milo jadi sihat dan kuat. Makan untuk tengah hari pon dah beli. Owh...saya kuat makan. Tapi tak risau sebab badan tak naik pon...saya suka...saya suka...Lagi pon ibu menyusu ni cepat lapar lah.
Note: Hari ni keputusan PMR kluar. Tak sabar nak tahu result anak saudara saya tu ☺☺
Tak tau lah sejauh mana kesahihannya. Bab halal haram ni tak bley di buat main. Ada member TAG kat FB pasal minyak YUYI nih. Nak kena buang lah nampaknya. Kena tukar minyak lain selain YUYI. Tapi kenapa di jual secara berleluasa kalau ada campur minyak khinzir erk? Ni antara soal jawab yang saya jumpa.
Ubat Yuyi Cap Limau
Soalan
adakah ubat yuyi cap limau halal?
Jawapan
Pada hari ini, untuk mengenali produk yang halal dan boleh digunakan
oleh masyarakat Islam tanpa was was adalah mudah, iaitu dengan melihat
logo halal sama ada yang dikeluarkan oleh JAKIM ataupun badan halal yang
lain.
Oleh itu, jika terdapat logo halal JAKIM/badan halal yang lain pada
minyak tersebut, maka ia boleh digunakan oleh orang Islam kerana status
halal produk/barangan tersebut telah dikenal pasti. Untuk penjelasan
lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Halal JAKIM di talian 03
83150200. terima kasih. Wallahu 'Alam.
Note: Tengah menunggu jawapan status halal sebuah kedai bakery kat SOGO tu. Tapi JAKIM masih belum reply lagi...huhuhu...lama nya.
Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar
Pastu bley plak buat² sakit dengan duduk kat kerusi roda...WTFotosintesis...Aku emotional kalau bab² yang membabitkan kanak². Baru 2 tahun...sebaya qahirah. Comel plak tu. Apa lah sangat kudrat budak 2 tahun yang ko nak dera? Dera sampai mati plak tu. Ya! allah....kesiannya *teary eyes*. Al-fatihah untuk arwah.
Untuk mak dan keluarga arwah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak guna lagi dah. Arwah pon dah mengadu pernah di pukul, tapi kenapa tak amik tindakan yg sepatutnya even police report pernah di buat? Kenapa makcik dan keluarga tak jaga jer arwah nih? Hanya mereka jer yang ada jawapannya. Semoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera
teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.
Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia
ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan
badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang.
Keluarga berang
Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz
berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk
atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga
bersamanya.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau
terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia
lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya.
Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya
sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun
mengajaknya pulang ke rumah.
Mengadu dipukul Pak Tam
“Setiap kali cucu saya
pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya
hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali
berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk,
namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika
ditemui di hospital.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23,
berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang
dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke
rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di
seluruh badannya.
“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu
Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama
neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang.
“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada
badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.
Kesan lebam di muka
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis
Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi
berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk
kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.
Katanya, polis
menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian,
namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan
kes atau membuat sebarang tangkapan.
Source: Berita Harian Online
Terima kasih tak terhingga buat Has Honeylanz atas pemberian FM (Fridge Magnet) yang cute nih. 1st time dapat FM dari kawan blog, haruslah perasaan tu over excited kan...hehehe...
Masa has buat entry pasal nak bercuti ke Pulau Pangkor saja jer saya pesan jangan lupa FM. Tak lama lepas tu has mintak email. Nak hantar FM katanya. Alahaiiiiii...betul² di belinya. Terharu mak noks. Saya kenal has ni pon dah lama. Cuma kenal di alam maya jer. Tak pernah lagi bersua muka. Harap² ada lah rezeki kita yer has berjumpa di alam realiti pula ☺☺
Ok...kalau nak berkenalan dengan has, bley terjah SINI. Has ni active sebab dia suka berlari...sebab masuk marathon ☺☺
Note: Alahaiiiii...NUFFNANG. Dah tak sudi ker nak bagi BE kat blog saya yang comel nih. Dah lama tak dapat BE...huhuhu...
Iyer...kamu² yang bekerja di bawah sektor KERAJAAN. Banyak sangat kemudahan yang di sediakan. Elaun Perumahan, elaun Cost of Living (COLA), pencen dan banyak lagi lah. Nak buat loan pon senang juga kan. Rata² bank bagi keistimewaan untuk orang yang bekerja di bawah sektor kerajaan. Untuk kamu yang bergaji besar pon untung juga. Bestnya...nak buat loan pon senang. Berbeza macam kami yang bekerja si sektor swasta dan bergaji kecik nih.
Sebenarnya ni entry luahan perasaan. Straight to the point...susahnya nak buat personal loan skang nih. Adakah di sebabkan gara² ramai golongan muflis terdiri dari kalangan muda belia yang banyak buat pinjaman tapi tak bayar balik? Rata² bank nak kan gaji RM3,000 dan ke atas baru permohonan loan di luluskan. Yang gaji bawah dari RM3,000 ke bawah, lupakan jer lah.
Susah juga kalau macam nih. Rasa macam tertindas plak. Bukan kita suka suki nak pinjam duit bank. Selama nih pon tak pernah lewat bayar monthly payment. Sebab bulan² dah tolak dari gaji siap² kan ☺☺. So payment tu pon cantik jer. Nak buat overlap *betul ke eja nih* pon tak boleh, nak gaji tigaribu jugak. Katanya kali ni permohonan agak ketat sebab campur tangan dari Bank Negara...hurmmmmm...
Apa² pon, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Sekurang² saya ada pekerjaan tetap walaupon bukan di sektor kerajaan. Muhasabah diri jap...ahaks...
Note: Nak try apply keja gomen lah, ada kosong tak...hehehe... ^_^.
Bikin sesak nafas sebab pagi ni jalan sesak nak mamps. Memang jalan sesak gila nak mamps lah. Sakit plak hati. Ni suma gara² accident kat persimpangan Putrajaya. Belum masuk tol Sg. Ramal keta dah beratur panjang. Tak bergerak ok. Stuck kat tol tu jer dekat 40 minit. Gear satu...free gear...gear satu...free gear...parkinson jadinya kaki mak ni nyah. Sangkut 1 jam 30 minit. Pukul 9.30 am baru sampai office.
Kelaparan dok dalam keta tu. Bley menangis di buatnya. Rasa macam nak amik half day jer. Nak balik umah sambung tidor dari nak harung jalan yang sesak tak hingat tu....haishhhhh...Tak tau lah kenderaan apa yang terbabit. Sebab bila lalu suma dah clear. Cuma ada kaca bertaburan kat jalan tu. Peringatan buat semua pengguna jalan raya...berhati² lah di jalan raya.
Note: Hari ni tak monday blues sebab hari ni gaji masuk...yehaaaaa...pastu berjanggut lah nak tunggu bulan depan nyer gaji kan...ahaks...
Tarikh: 15-16 Disember 2012
Tempat: Restoran Jejantas Sg. Buloh (Arah Utara)
Masa: Bermula 11.00 pagi
Bayaran: RM12.00
Tagline: Makan Sepuas-Puasnya *...hahahaha...*
Buat penggemar tegar durian, jangan lepaskan peluang ini. Pergi...jangan tak pergi. Pesanan khidmat masyarakan dari saya. yang menurut perintah
Note: Petang semalam adalah sangat HOT. Apa pon tak bley...blogging/BW/komen...Masalah electric power supply yg tak berkesudahan sampailah pagi nih...arghhhhhh...
Extra Note: HARIMAU MALAYA kalah. Sedikit hampa disitu. Tak per...lagi 2 tahun bley cuba lagi.
MANUSIA seperti SEBUAH BUKU..
MUKA DEPAN adalah TARIKH LAHIR..
MUKA BELAKANG adalah saat KEMATIAN..
TIAP-TIAP LEMBARAN adalah TIAP-TIAP HARI dlm KEHIDUPAN yg kita lakukan..
SEKALI TERTULIS, tidak akan boleh diubah semula..
TETAPI, seburuk manapun halaman sebelumnya, masih TERSEDIA halaman selanjutnya yg PUTIH dan BERSIH
Note: Dugaan yang tak berkesudahan. Semalam tayar keta pancit...dushhhhhh...
Sebab menjadikan blog saya yang buruk dulu tu bertambah cantik dan cute hasil tangan dari CIKGU MA cute miut >_<. Kalau uols semua nak tau, cikgu ma ni lah yang touch up blog saya...saya suka...saya suka...☺☺☺
Kisahnya. Saya ni suka sangat tengok doodle yang selalu cikgu ma buat. Pastu saja jer tanya. CIkgu ma tak buat tempahan untuk header ker? Pastu cikgu ma soh email saya nak design macam mana. Apa lagi kan, orang dah offer baik punya. Tu pon amik masa saya nak email sebab tak der idea nak letak title apa kat header tu. Last²...jadilah header yang sekarang nih. Pastu tanya lagi kat cikgu ma. Tak buat ker full template? Erk...dah bagi betis nak paha pula yer mak jemah nih...hehehe...maklumlah, buta HTML kod. Nak letak header pon tak reti apatah lagi nak buat template baru. Dan cikgu ma berbesar hati nak buat kan. Yeehaaaaaa....suka mak noks. Harga yang di tawarkan pon amat berpatutan.
Yang paling best, service tip top...kejap jer dah siap. Kalau uols nak tempah header atau doodle, bley lah ker blog Cikgu ma nih. Klik jer kat HEADER tu. Memang cute² hasil tangan dari cikgu ma.
Untuk cikgu ma, TERIMA KASIH banyak² sebab sudi buatkan blog akak ni bertambah cantik dan kemas. Maaf banyak² kalau akak ni banyak songeh yer cikgu. Semoga business cikgu bertambah maju, In Shaa Allah
Note: Hari ni adalah sangat tensi. PC asyik on and off dari pagi tadi di sebabkan power electric supply yang macam hampagas. Tengah syiok baca/komen/bw blog tetiba padam..cisss...
HAPPY 8 MONTHS OLD IMAN QHALIF
Rambut dah tak pacak ^_^
Cantik kan tarikh hari ni. Tertanya² juga ada yang menarik ker untuk tarikh hari ni? Rasanya macam ada. Baru teringat yang anak bujang tecik nih dah 8 bulan hari nih. Bersamaan dengan 12 December 2012 ☺☺..haishhhhh...ibu ni makin pelupa lah.
Setakat 8 bulan ni Qhalif masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya...syukur alhamdulillah...Berkat kesabaran, doa yang tak putus supaya di banyakkan SUSU IBU serta dengan kehendak dan izin dariNYA juga. Semoga misi nak Fully Breastfeed Qhalif hingga 2 tahun tercapai, in shaa allah.
Perkembangan pon seperti bayi² lain yang seusia dengannya. Membesar bagai johan. Meniarap dan berguling² satu rumah adalah hobi dia. Merangkak baru selangkah. Asyik angkat punggung jer lebih. Makan plak masih lagi kurang. Lebih kepada susu. Badan pon agak susut sikit. Mungkin sebab tengah lasak. Nak pakaikan pampers ngan baju pon susah skang nih. Pastu suka sangat lentikkan badan. Kalau dukung kena pengang belakang badan dia. Kalau tak...melentik lah. Nak gurau² lah tu kononnya ☺☺
Ok...yang ni sariau sikit. Qhalif dah tumbuh gigi. Nak masuk 2 batang dah. Alahaiiiiii...cepat pulak kamu tumbuh gigi. Abang ngan kakak dulu lambat tumbuh. Bila dah tumbuh gigi tu faham² lah kan. Nak menggigit jer lah kerjanya. Sambil gigit sambil sengih. Habislah...melecet lah nip ibu macam ni dik.
Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bijak pandai.