Nampak tak? Selamba jer kan tinggalkan kunci dalam kereta. Ini dah boleh mengundang pencuri bersorak kegembiraan sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri kereta. Kalau parking kat tempat yang mesra pencuri, mungkin keta ni dah selamat kot. Ni pon nasib parking kat office jer.
Kisah nya pagi ni. Kesiangan. Tak sedar langsung bunyi jam. Bila dah lewat tu biasalah kan. Sumanya jadi kelam kabut. Sampai jer parking office, trus ingatan hilang buat seketika...muahahaha...Masa on the way nak masuk office tu, aku rasa macam ada benda yang tak kena...ada benda yang aku tak amik. Tapi rasanya suma dah amik. Bila letak jer barang, baru perasan yang kunci keta tak ada. Hurmmmmm...sahlah...aku lupa cabut kunci keta. Berlalu macam tu jer kan.
Ini bukan kali pertama hokey. Ini adalah kali kedua. Yang pertama dulu lagi teruk. Dah balik baru aku sedar kunci tertinggal dalam kereta. Elok jer tergantung dengan kunci kereta tak pulas habis. Alhamdulillah lah tak jadi apa² kan. Selamat kereta aku suami aku.
Note: Jangan lah careless lagi lepas nih. Bila anak dah bertambah ni, makin menjadi² penyakit lupanya...haishhhhh...
Sadis dan sedih petang semalam. Masa nak amik Qahirah dan Qhalif kat nursery petang semalam. Tetiba pengasuh tu minta maaf "kak..saya nak minta maaf ni". Masa tu dia tengah dukung Qhalif. Terkejut gak aku...kenapa kan? Katanya tadi qhalif jatuh terlentang. Speechless jap.
AKU: Kuat ker?
PENGASUH: Kuat juga
AKU: Macam mana boleh jatuh?
PENGASUH: Qhalif berdiri, pastu jatuh terlentang. Tak sempat saya nak sambut.
AKU: Ada begkak tak?
PENGASUH: Tak der pulak nampak bengkak
AKU: Ada muntah² tak lepas jatuh tu?
PENGASUH: Tak ada
Budak tengah excited nak berjalan
Lega sikit bila aku dengar bila qhalif tak der muntah² lepas jatuh. Kalau ada tanda² muntah lepas jatuh tu, itu dah kira bahaya. Rasa terkilan tu ada juga lah. Sebab budak tengah lasak dan nak belajar berdiri dan berjalan, dia kena bagi perhatian lebih sket. Tapi tu lah, nak salahkan dorang pon tak bley juga kan. Banyak bebudak yang dorang nak kena pantau. Tapi hati sedikit sejuk sebab dia minta maaf dan mengaku salah.
Si Qhalif ni pon bley tahan lasak juga. Suka berdiri, bergantung kat mana² tempat. Kekadang aku nak masak pon tak aman dibuatnya. Tengok² dah berdiri jer...berpaut kat meja. Badan tak balance lagi. Terkejar² lah aku takut dia jatuh. Tengah masak pon dia nak berpaut kat kaki ni ha. Acaner nak masak. Letak kat ruang tamu...ke dapur juga yang ditujunya. Walker memang aku tak beli. Tapi bila dah active macam nih, rasa macam nak beli walker plak. Buat masa ni si Qhalif belajar berjalan dengan kerusi tu lah ^_^.
Note: Kat nursery jatuh terlentang. Kat umah plak tersembam dahi...alahaiiiiii...rasa macam nak letak tilam satu rumah.
Siapa yang tak kenal dengan Restoran SERAI ni kan. Yang terkenal dengan PAVLOVA nya yang sedap. Memang teringin nak merasa Pavlova. Tapi tak berkesempatan sebab jauh sangat. Kat EMPIRE GALLERY Subang sinun. Acaner nak gi? Ni bila SERAI dah buka kat Cyberjaya, bagai di cita ulam mendatang lah kan. Aku pon tak tau yang Restoran Serai dah ada cawangan kat Shaftsbury Square, Cyberjaya. Tu pon bila member ajak makan kat sana last week.
Boleh tahan juga...ramai orang. Decoration pon cantik. Bila tiba menu...buntang jap bijik mata tengok harga yang boleh tahan lah kan. Harga paling murah pon RM15.00. Tak tau nak order apa. Last² order Nasi Goreng Kampung yang didatangkan bersama keropok dan dua cucuk satay. Dan juga air Sirap Selasih. Member plak order Nasi Ambeng dan juga Nasi Lemak Serai. Rasa...hurmmmmm...ok lah. Boleh diterima dek tekak.
Tu dia...PAVLOVA yang dah lama menjadi igauan. Terliur tak? Tak perasan plak berapa harga Pavlova nih. Tapo berbelas² juga lah reganya. Tak padan dengan saiznya yang tak berapa nak beso tu kan. Rasanya...perghhhhhhhh...terbaik lah. Memang sedap. Orang 1st time makan kan, rasa jakun plak...muahahaha...Memang sedap lah. Tak manis sangat dan tak tawar sangat...just nice. Arghhhhhh...masih terasa lagi kesedapan PAVLOVA SERAI ni. Rasa macam nak makan Pavlova plak hari ni...ahaks...
Tapi tu lah, sekali sekala makan mahal bolehlah. Kalau makan kat sini mau tiga hari tak kluar lunch...hahaha...Sebab harga dia bley cover untuk 3 hari punya makan lah. Tapi hari tu kami murah rezeki sebab ada orang belanja makan...alhamdulillah...save duit...kahkahkah...
Ok...kalau sesapa yang teringin nak makan kat serai, tapi tak sanggup nak ke Subang, bley lah terjah kat cawanga Serai di Cyberjaya. Bukan restoran Serai jer, macam² kedai ada. Antaranya YATI AYAM PERCIK, RASA UTARA, KILLINEY, CHATIME, SUBWAY, SECRET RECIPE dan banyak lagi lah. Dah banyak kedai dan restoran kat Cyberjaya ni. Dulu masa memula pindah sini, nak cari kedai makan punyalah limited. Tapi skang bila dah banyak sampai tak tau nak makan kat mana.
Note: Apsal air kat restoran yang terkenal mahal erk? Kat restoran biasa murah jer. Padahal rasa sama jer pon.
Terbaca status FB Buletin TV3. Ini pon selepas diberitahu oleh rakan sekerja. Marilah kita sama² berdoa.
Ya! Allah...KAU peliharalah kesihatan bayi ini. Berilah kekuatan dan semangat yang tinggi buat baby Mohamed Hareez. Sedihnya #tears#
Note: Semoga parents Mohamed Hareez tabah. Aku plak yang rasa berdebar². Semoga anak² kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA.
Mesti ramai yang dah tau dan dah tengok video tu kan. Ker ada yang tak tau lagi? Bagi aku pembantu rumah tu memang mental. Gila lah senang cakap kan. Kalau orang yang berfikiran waras, dia takkan buat bayi yang baru berusia 4 bulan tu macam tu. Masa tengok video tu kat berita Sabtu aritu. Hati aku plak yang berdebar²...terjerit² dibuatnya. Memang scary dan sedih lah. Rasa macam nak nangis. Apalah salah baby tu sampai ko lambung dan campak macam tu skali. Macam anak patung ko kerjakan baby tu.
Nasib baiklah CCTV tu bersambung dengan Telephone Pintar. Kalau tak...tak tau lah apa akan jadi. Aku yang tengok pon rasa trauma. Inikan pulak parents baby Mohamed Hareez. Difahamkan...baby Mohamed Hareez mengalami kecederaan dalaman selain dari bengkak dan lebam. Ya! Allah...kesiannya. Semoga Baby Mohamad Hareez cepat sembuh dan kecederaan dalaman nya tak serious. Dan semoga kembali active seperti sedia kala.
Source: SINI
PILU…
Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan
yang didera pembantu rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, hari
ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak
tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu
rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol
semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen
31(1) Akta Kanak-kanak 2010. - BERNAMA
Pembantu Rumah Disyaki Lambung Bayi Ditahan Reman
KUANTAN, 17 Feb (Bernama) -- Seorang pembantu warga Indonesia ditahan
reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi
berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu
rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta
Kanak-kanak 2010.
"Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan
lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung
keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan
polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung
bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di
tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar
tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada
7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan
membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bayi itu kini
dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Note: Semoga pembantu rumah tu mendapat pembalasan yang setimpal. Agen pembantu rumah pon patut diambil tindakan kerana cuai dan tak meneliti tahap kesihatan fizikal dan mental pembantu rumah. Tapi bukan sebelum diambil bekerja, mereka perlu buat pemeriksaan kesihatan ker?...hurmmmm...