Alhamdulillah...rezeki datang lagi. Rezeki untuk anak² tercinta. Bermula dengan rezeki dapat buat Sponsored Post untuk produk baru HUGGIES. Nuffnang bermurah hati nak bagi BE Huggies. Pastu smalam saja lah check lagi kan kot ada lagi BE baru yang masuk *pada hal hari² check...ahaks. Rezeki lagi, ada BE untuk DiGi Internet IFA.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk DiGi ni, klik jer banner tu yer ^_^. Pastu kan, lepas jer aku submit sponsored post untuk Huggies, petang tu dapat call dari NUFFNANG. Ada job lagi. Macam biasalah, soalan yang sama diajukan sama ada aku berminat atau tak. Semestinya lah kan aku minat. Nanti dia akan confirm kan balik. Tunggu jer lah. Kalau ada rezekinya...alhamdulillah lah.
Note: Bulan March adalah bulan rezeki buat aku. Selain dapat SP dan BE, menang RM20 dari IntanBerlian Mega Giveaway 2013....alhamdulillah...^_^
Palang @ Boom Gate. Ni last week nya citer. Kalau nak masuk office ni kena lalu boom gate ni dulu. Selalunya dorang letak kon jer. Skang ni plak dah automatik. Kisahnya:
Pagi tu masa nak lalu, boom gate ni memang automatic terangkat. Tapi angkatnya lain macam plak...menggigil² palang tu, macam tak larat gamaknya. Pastu tak angkat habis. Aku pon rasa macam tak confident nak lalu. Tapi bila pak guard tu buat bodo jer, macam suruh aku lalu jugak. Aku pon berdesup lah kan. Sekali ko....boom gate tu turun secara tiba². Apa ko rasa?
Aku dah menjerit lah dalam keta tu. Jantung aku dah beating faster..darah dah naik kepala. Badan dah rasa menggigil. Alhamdulillah...aku sempat break. Kalau tak, mau berderai cermin depan kot. Pak guard tu pon dah cuak aku rasa. Iyerlah...ko yang suruh lalu jugak kan. Kalau jadi apa², ko lah yang kena tanggung kos.
Di sebabkan kejadian tu, aku rasa trauma plak nak lalu kat boom gate tu. *Baru kena sikit dah nak tauma kan...ahaks...Terbayang² boom gate tu depan mata aku.
Note: Tak sabar nak tunggu end month *wink
As-Salam semua. Salam pagi selasa. Untuk pencinta buku dan ulat buku, ini ada berita baik untuk anda. Discount up to 90% tu. Jom terjah ^_^.
“There is no friend as loyal as a book.” - Ernest Hemingway.
Calling all bookworms and bibliophiles! Shaftsbury Square in
collaboration with the one of the biggest bookstore in Malaysia proudly
presents the Borders Bargain Bash on 18 - 29 March 2013.
Come
along with your friends and family to this two-week long book fair and
delight yourself on the variety of books on offer. Maybe it’s time to
re-learn history or even indulge in a passionate romantic novel or
perhaps take up a foreign language; the Borders Bargain Bash will
definitely tickle your fancy.
Be there or be square!
Source: FB
Note: Semalam seharian tak update. Disebabkan ke busy an dan lambakan kerja yang makin bertambah. Di tambah dengan kesakita hati nih....bengang tahap gaban.
Extra Note: Stresssssssssssssssss...dengan orang yang suka bagi arahan dan orang yang suka berlagak macam bos. Apsal lah aku jumpa dengan orang macam ni.
Extra Note: Stresssssssssssssssss...dengan orang yang suka bagi arahan dan orang yang suka berlagak macam bos. Apsal lah aku jumpa dengan orang macam ni.
Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai bersama HUGGIES Dry Pants!!!
Advertorial Nuffnang Friday, March 15, 2013
Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry
2 orang budak yang
tengah aktif
‘Susahnya nak pakaikan
pampers budak ni’. Itu antara rungutan para ibu² di luar sana kan?
Mengaku jer lah ^_^. Saya antara salah seorang ibu yang sedang menghadapi
masalah ini. Memiliki 2 orang anak yang sedang dalam proses tumbesaran adalah
agak mencabar. Sebabnya:
Anak dara saya yang berumur 2
tahun 6 bulan sedang dalam proses potty-training. Bila dalam proses potty-training ni, Huggies dry pant sangatlah membantu. Kenapa? Biasalah kan, budak2 yang baru
di latih hendak ke tandas. Pampers masih juga nak pakai. Tapi bila nak kencing,
pampers akan di bukanya. Acaner tu? Layan kan jer lah. Dengan adanya Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih
senang di pakai ni, ianya memudahkan kerja saya. Memanglah senang. Tak
perlu nak tukar pampers setiap masa sebab ianya seperti seluar. Qahirah boleh
pakai dan buka sendiri Huggies dry pant nih.
Qhalif pula. Memang sangat susah
nak pakaikan pampers. Budak tengah aktif kan, berguling sana sini. Rasa nak
marah pon ada juga...dah macam nak berperang dengan anak. Selagi tak bagi
umpan, selagi tu lah memang susah nak pakaikan pampers. Dan lagi...qhalif
pandai buka pampers sendiri. Kalau saya lambat pakaikan seluar, memang akan
tertanggal lah pampers dia tu...gggrrrrrr...
Tapi sejak diperkenalkan sengan Huggies Dry Pants, saya dah jumpa jalan
penyelesaiannya. Dengan adanya Huggies Dry
Pant: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, tugas saya bertambah mudah.
Hanya perlu “Koyak, Salin & Lepas”. Kan senang tu. Tak sampai 30 saat pon masa di
ambil. Berbanding dengan pampers yang sebelum nih.
Konsep Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang
di pakai ini sangat lah mudah. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di
atas ^_^
Huggies Dry Pants ini di datangkan dengan 3 saiz iaitu
saiz M, L dan juga XL. Pilihlah mengikut kesesuaian saiz anak² anda.
Apa yang saya suka mengenai
huggies dry pant ni ialah kerana Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang
pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam
lampin. Ia juga membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi
sentiasa gembira. Antara ciri2 lain yang membuatkan saya tertaik dengan huggies
dry pants adalah kerana:
Lapisan Luar Beraliran
udara 100%
Mengalirkan udara keluar 10x lebih cepat supaya
kulit bayi akan kekal kering.
|
|
Sistem cepat memerangkap
cecair segera
Membantu menghalang kebocoran kerana lapisan
cepat kering yang menarik cecair jauh dari kulit bayi dan mengunci cecair di
lapisan dalaman supaya kulit bayi akan sentiasa kering sepanjang masa.
|
|
Menghalang Kebocoran
Berganda
Selalunya kalau bangun pagi seluar qahirah/qhalif
mesti basah. Tilam pon tak terkecuali juga. Tapi dengan huggies dry pants,
semuanya berubah kerana ianya memberi perlindungan tambahan terhadap kebocoran
di kaki/paha.
|
|
Bahagian Tepi yang Elastik
dan Lembut
Dengan peregang lembut di bahagian sisi, ianya
memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupon
anak-anak sedang bergerak aktif.
|
|
Padanan Di Kedua Bahagian
Tak kira bahagian depan atau pon belakang kerana
huggis dry pant ini adalah sama coraknya. Senang dan selesa di pakai. Macam
pakai seluar jer.
|
|
Jahitan Tepi Mudah Koyak
Cuma perlu koyak pada jahitan tepi. Senang dan
mudah nak koyak berbanding jenama lain.
|
Jika anda berminat dengan produk HUGGIES dan ingin mengetahu
dengan lebih lanjut mengenai produk baru HUGGIES, boleh layari website http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx.
Dapatkan sample percuma untuk si manja anda.
Untuk mengetahui info-info lain,
boleh juga layari www.facebook.com/Huggies.Malaysia
dan “LIKE” Huggies Facebook.
Ok...ini pandangan dari pengguna
produk HUGGIES Dry Pants: Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai.
Mungkin lepas ni ibu kena beralih kepada produk ni ☺☺