ISU HANGAT LAGI PANAS!!!!!
Dalam erti kata lain. Hukuman untuk orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan dan antara punca meningkatnya kes perceraian terutama dalam kalangan pasangan muda.
Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.
“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.
IBRAHIM (kanan) berbincang dengan Kamalia selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam, semalam.
Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.
Sumber: myMetro
Seorang (1) akan memenangi ketiga2 FM dari ketiga2 destinasi...
12 orang lain akan menang salah satu FM tersebut...Menarik kan. FM seperti gambar yang tertera di bawah.
Buat pemgumpul FM macam aku yang koleksinya tak seberapa ni, bolehlah join. Mana tahu ada rezeki kan. Giveaway ni datangnya dari pemilik blog The Beauty In Ugly @ Daniel Zaidi. Klik jer link tu kalau nak menang FM yer ☺☺
Note: Tak sempat lagi nak update hadiah dari rakan blog.
Salam sayangs² semua. Update sepantas kilat. Mencuri masa lagi...cis....Seperti tajuk di atas. Kat mana aku bley cari LOCK FREEZER ni? Dah search kat google, tapi banyak kat over the sea lah. Ker aku yang tak pandai cari? *_^.
Tolong...anak dara ku Qahirah yang bijak pandai lagi petah tu dah ada hobi baru. Hobi baru dia adalah buka Peti Ais. Anak² uols ada hobi macam ni tak? Boleh lah gang dengan qahirah ^_^. Serius...sebelum ni qahirah tak pandai buka sebab peti ais tu ketat. Tapi sejak dia berusaha gigih ni ..usaha tangga kejayaan katakan. Mission accomplished, dah pandai ko.
Tapi...bila dah pandai kan. Kerja nya asyik buka tutup...buka tutup...buka tutup...peti ais tu berkali². Sejuk gamaknya kan. Sampai bekas dan cawan kosong pon di letaknya dalam peti ais...bertuah punya anak ☺☺. Aku macam biasalah kan, mulalah nak bertukar jadi orang hijau. Dia punya tutup peti ais tu bukannya tau nak slow². Habis dihempasnya pintu tu. Mau jahanam peti ais aku tu nanti....alahaiiiiii...anak dara ibu nan sorang nih.
Note: MOM...letter...filing...arghhhh...naik juling bijik mata.
Extra Note: As-Salam kawan² baru. Salam perkenalan. Nanti daku follow balik yer.