Terkejut aku pagi nih. Masa nak amik incoming/outgoing tray ni kat bawah meja. Nampakkkk...ni TIKUS punya kerja lah nih. Tikus yang kelaparan gamaknya. Sampai kotak ni pon digigit² nya. Buat hal lagi lah ko ni yer. Dulu di bedalnya plastik roti. Tak dapat rotinya, plastik pon jadilah kan. Bukan itu jer. Habis di tinggalkan sampah sarap makanan kat tempat aku nih:
Fail² memang aku letak bawah meja ni. Cabinet fail dah penuh. Tak sempat nak kemas² lagi...haishhhh...Pagi tadi nak amik tray kat bawah meja ni. Sekali aku tgk sampah berselerak disebalik fail. Pada hal sebelum ni dah clear. Cisssss...Ko buat sampah kat tempat aku yer tikus. Bukan sampah jer, siap dengan bahan buangan dia skali...melampau ko yer tikus. Makanan memang tak bley nak letak merata. Kena simpan dalam laci. Tikus mengganas balik ni.
Bercakap pasal tikus. Tikus dengan cencurut tu sama ker? Teringat peristiwa masa kat umah mak dulu. Dulu kat umah mak memang berkeliaran tikus. Ntah mana datangnya pon aku tak tau. Ada peristiwa yang buatkan aku memaki tikus/cencurut ni. Orang tua² kata, jangan suka suki maki hamun menatang ni. Nanti ada benda yang dia buat. Sekali betul ko. Ntah macam mana dia boleh bolos dalam almari baju. Habis digigitnya seluar feveret aku. Seluar Levi's plak tu. Habis kat bahagian montot sluar tu digigitnya. Perghhhhh...memang panas hati aku. Tau plak tu tikus/cencurut yang itu seluar aku. Baju lain dia tak gigit. Dah lah sluar mahal #brandtujerygakumampu. Pengajaran buat diri sendiri. Binatang pon ada perasaan tau...ahaks...☺☺
Note: Tapak tangan dah gatal² ni *wink*
Baru dapat WhatsApp Message. Katanya Parlimen dah bubar. Sama² lah kita tunggu bila tarikh mengundi. Ni masuk kali ketiga #rasanyalah aku mengundi. Tapi tahun ni rasa berbelah bagi nak mengundi. Tapi klo tak mengundi dah rugi satu undi...hurmnmmmm...
MARI LAH MARI
PERGI MENGUNDI
TUNAIKAN KEWAJIPAN
PADA NEGARA
Pada calon² yang betanding, Selamat maju jaya.
Note: Masyukkkkkkkk $$$$$ ☺☺☺
Yuhuuuuuuuuu...Salam pagi rabu semua. Ada yang merindu ker??? bluekkkkkk...muntah hijo ☺☺. Iyerlah...sapalah kita kan...hehehe...
2 hari APTB...APA PON TAK BOLEH!!!. Internet connection on and off. Kebosanan tahap yang tak boleh nak digambarkan. Dah nak meroyan rasanya. Banyak benda nak citer nih. Petang semalam baru ok. Tak sabar nak ketuk pintu rumah kamu semua. Tunggu yer. Aku nak balas dendam.
Note: Ada 377 komen yang sedang menunggu untuk diluluskan...arghhhhh...semput mak noks.
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.
Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.
Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.
Berpantanglah...Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
Source: FB
Note: Entry auto published. Pn punya blog cuti hari ni ☺☺