Ok...mulai hari ni, aku akan paparkan foto 'SERUPA...tapi TAK SAMA'. Memandangkan idea blogging aku makin hari makin pupus. Ikut mood gamaknya. Datang hari banyak idea, banyak lah ceritanya. Datang hari idea nan hado, kita tepek gambar sajalah. Itu pon kalau rajin. Kalau boleh tak nak bagi blog sunyi sepi uols.
Kita tengok gambar 'serupa...tapi tak sama' bahagian 1 >_<
Sama kan ☺☺. Gambar Iman Hakimi masa lahir tak banyak sebab si dia videokan. Masa tu kan femes dengan webcam. Camera pon tak der lagi masa tu. Pakai camera HP jer. Tapi tak per lah, janji ada untuk kenang-kenangan gambar aiman hakimi masa baby kan. Kita tunggu part 2 dan seterusnya pula yer.
Note: Agak busy hari ni. Nanti petang sikit daku ketuk pintu rumah kamu yer.
Alhamdulillah. Hasil rezeki dari blogging. Dah malas nak tunggu duit naik menggunung lagi. Itu pon kumpul dari bulan Oktober tahun lepas. Kita cash-out saja lah.. Cash-out untuk kali yang ketiga. Dan juga antara amount tertinggi pernah aku dapat. Sebab dapat buat Sponsored Post kan.
Terima kasih kawan² sebab sudi bertandang kat blog suka suki aku ni. Kalau bukan sebab kunjungan dari kamu, tak kan menjadi duit banyak nih. Sayang kamu ketat².
Note: Saham oh! saham. Aku frust nih. Jual saham pagi tadi masa naik 3.43. Sekali petang ni tadi naik 3.62...arghhhhh...frustnya. Tak per lah. Rezeki yang dah tertulis dariNYA. Bersyukur lah. Kita tunggu next tranche plak yer Fiza Rahman >_<. Alhamdulillah atas rezeki ini.
Cewahhhh...tajuk tak bley tahan. Memanglah masak dengan penuh kasih sayang kan. Barulah makanan tu jadi sedap. Macam didalam gambar tu. Amacammmmm...nampak sedap tak? Tapi memang sedap ditekakku dan anak².
Terima kasih buat Ina Intan Berlian diatas resipi yang senang dimasak dan sedap dimakan. Memang simple jer resipi nya. Selalu juga aku buat. Tapi kali ni tambah kentang dan carrot. Resipi yang ina bagi tu pon aku oleh sket. Ikut tekak memasing lah kan. Resipi nya:
BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + KIUB PATI AYAM + LADA HITAM + GARAM = KISAR.
SOS LADA HITAM + MADU + AYAM = PERAP DENGAN BAHAN² YANG DI KISAR. TERPULANG NAK PERAP BERAPA LAMA.
Nampak...senang jer kan. Aku tak letak sos BBQ sebab tak der. Lada hitam plak aku kisar sekali sebab mak malas nak tumbuk noks. Sebelum letak bahan untuk perap tu, aku lumur dulu ayam dengan madu. Jadi nya tak payahlah letak gula sebab madu tu dah manis. Terpulang juga sama ada uols nak bakar dalam oven atau tak. Aku pakai PEMANGGANG AJAIB jer. Memang ajaib ☺☺
Tadaaaaa...inilah hasilnya...ROASTED CHICKEN WITH GRAVY. Aku kasi berkuah sket. Tak suka sangat kalau kering. Masa tengah memanggang tu. Perghhhh...bau dia sampai qahirah cakap 'hurmmmm...sedapnya bau'...Makan plak dengan nasi panas. Bertambah² makan. Memang anak² suka lah. Mekasih Ina sebab berkongsi resipi ni. Uols mesti cuba tau. Kalau nak resipi asal, klik jer link merah tu.
Note: Teringin nak buat kek. Tapi tak terbuat lagi. Rajin print resipi jer.
Sebelum ni tak lepas lagi nak memanjat. Tapi skang ni dah pandai. Yang lawaknya...panjat pandai, turun tak lepas lagi. Macam dalam gambar ni >_<.
Kisahnya...si ibu tengah khusyuk menonton cerita kat TV. Sekali dengar si anak terjerit²...merengek². Si ibu pon buat tak tau jer lah. 'Alahhhh...kejap jer tu, nanti diamlah', kata hati si ibu. Tetapi...jeritan dan rengekan masih terngiang². Makin kuat pulak tu. Si ibu pon bangun lah dari pembaringan. Sekali.....si anak tengah bergayut dekat grill tu. Meminta belas kasihan sebab tak confident nak turun....wakakakakakaka...si ibu gelak guling² sambil capai camera. Dasar blogger tegar kan. Kita amik gambar dulu baru bagi bantuan...hehehe...Phewwwwww...lega si anak ☺☺☺
Kalau panjat kerusi, qhalif boleh turun sendiri. Tapi kalau panjat grill tu, tak lepas plak dia. Tak apa yang digayatkan nya pon aku tak tau. Dah tau tak boleh turun, tapi masih panjat juga...alahaiiiii...Aku rsau pon iyer juga. Kena bagi extra attention. Setakat memanjat pastu duduk tu ok lah kan. Tapi bila dah memanjat, tak reti nak duduk diam. Nak buat aksi terjun bebas pon ada juga. Rasa macam nal letak tilam satu rumah.
Note: Kalau tinggal aku ngan anak², rasa nak gi toilet pon tak tenteram di buatnya bila anak dah pandai memanjat nih...hurmmmmm...