posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Alahaiiiii...luluh hati ibu ko ni mendengarnya nak. Touching plak rasanya. Budak Chickenpox @ Kimi yang soleh ni rindu kat kawan² skolah dia. Dah sminggu tak skolah kan. Isnin aritu gi skolah dia sekejap sebab nak hantar MC kat cikgu. Berkumpul kawan² dia kat pagar skolah tengok budak chickenpox ni sambil panggil 'hakimi...hakimi'. Kawan² pon rindu kat kimi juga yer.
Jadinya. Disebabkan luahan hati anaknda tercinta ni yang kerinduan kat kawan². Pagi ni ibu hantar gi skolah. Sebab Chickenpox pon dah beransur pulih. Kesian plak sebab hari ni last day skolah kan. Nanti tak jumpa lagi dah. Kalau satu skolah, ok lah lagi. Kalau lain² skolah? Tak dapek ibu nak nolong kan. Selfish ker aku sebab hantar anak baru baik chickenpox gi skolah?
Bukan apa, kesian sangat sebab dah last day harini kan. Mestilah nak jumpa kawan². Nak jumpa cikgu². Tapi daycare masih on lagi ☺☺
Note: Haku plak yang over touching bila anak last day hari ni. Teringat lagu 'Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati jangan lupa'. Lagu femes masa last day skolah ☺
Extra Note: Tak sempat lagi nak BW, nak publish komen and reply komen. Half day lagi hari ni. Have a great weekend uols.
Extra Note: Tak sempat lagi nak BW, nak publish komen and reply komen. Half day lagi hari ni. Have a great weekend uols.
posted from Bloggeroid
Dah habis pon ubat antibiotic ni
Bila 1st time handle anak yang kena Chickepox kan. Ini lah jadinya. Dalam entry Chickenpox, DaddyZZZ ada tanya sama ada dah bagi ubat Anti Viral tak? Aku pon blur sama ada ubat Anti Viral tu jenis injection atau jenis makan? Terus PM Dr. Khairul Faizie @ DaddyZZZ kat FB. Nak kan confirmation. Sebab doctor yang aku gi tu dia bagi ubat Antibiotics dengan cream sapu jer.
Then Dr reply yang sepatutnya tak perlu Antibiotic sebab Chickenpox caused by Virus, bukan bacteria. Alahaiiiii...apsal lah doctor kat klinik tu bagi antibiotic. Nak tau tak, dr tu dah tua tau. Dah macam nenek². Bekas bidan. Aku panggil dr nenek. Takkan dr nenek ni tak tau kot?
Malam smalam trus gi Klinik Pakar Kulit Premier. Doctor soal siasat jap. Tanya klinik tu bagi ubat apa. Aku pon citer lah. Dan dr tu cakap benda yang sama macam DaddyZZZ cakap. Dapatlah ubat Anti Viral dan calamine lotion selepas 6 hari kena Chickenpox.
Thank you so much DaddyZZZ for the information. Untung juga ada kawan blogger yang berstatus Doctor ni kan ☺☺
Note: Nasib lah cuti ada lagi ni. Nak amik MC nanti effect kat KPI.
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Tu lah, tau bawa kereta dan tau isi minyak kereta jer kan. Benda lain suma tak tau. Bila dah jadi macam ni, baru nak amik tahu...hehehe...Ni gara² bateri kereta kong Jumaat aritu. Terpaksa menolak keta ko. Gagah tak aku. Boleh tolak keta tu. SUPERMOM kan. Tipu jer. Tolak beramai² dan yang menolaknya semuanya WANITA. Haaa...silalah bayangakan macam mana wanita² ayu menolak keta dengan berbaju kurung. Haippp...gelak lah tu.
Sebelum ni memang dah rasa macam susah nak start enjin. Tapi buat don't know jer lah kan. Sekali masa jumaat aritu, elok jer amik anak². Nak gerak ballik umah lah ni. Kereta tak boleh start. Bila start jer kluar menatang merah lambang bateri tu. Banyak kali start...pon tak boleh. Nasib owner taska, kak sya and the gang ada lagi. Dia cakap bateri kong ni. Nasib lah bateri kong kat depan nursery. Buatnya kong kat tengah jalan? Mau nangis dibuatnya.
Keta plak makan jalan sket. Terpaksalah menolak menggunakan kuasa ultraman wanita. Ringan jer keta proton tu ko rupanya. Aku kawal steering, yang lain tukang tolak. Nak gelak pon ada. Nasib masa tu maghrib. Hari dah gelap dan orang suma dah berkurung dalam umah. Owner taska tolong hantar balik. Mekasih kak sya.
Kereta parking kat nursery. Malam tu hubby datang bawak bateri baru. Sekali...boleh plak start enjin. Main² plak ko yer keta. Tapi memang dah kena tukar bateri pon. Itu dia dah bagi warning gamaknya. Dah 4 tahun usia bateri tu.
Note: Banyak benda pasal kena nak kena amik tahu.
Buat ibu dia ni jadi stress. Stress sebab tak tahu kehendak anak bujang tecik lagi soleh nan sorang tu. Start tantrum dari last week lagi. Bagi apa semua tak nak. Makan pon tak nak. Main campak jer. Sampai TAB aku tu pon dicampaknya. Aku nak buat kerja pon tak boleh. Menangis²...merengek². Nak ibu dia ni membelek dia 24/7. Nak mengempeng jer kerjanya.
Aku tak tau lah si Qhalif ni tantrum sebab apa. Sebab nak tumbuh gigi ker? Sebab nampak gigi geraham atas tu nak kluar. Bukan 1 geraham, tapi 2 geraham kluar serentak. Itu ker yang buat dia rasa tak selesa? Bayangkanlah...qhalif mengempeng waktu malam non stop. Iyer...non stop. Asal aku tarik nip, dia bangun dan menangis². Asal aku terjaga, nip aku masih kat mulut dia. Kalau aku tarik, nangis lagi. Sampaikan nip aku melecet, terbelah dan berdarah. Dugaan tak dugaan tu.
Baru ni aku demam 3 hari. Panas naik 39' Celsius gara² bengkak susu dan nip melecet. Nasib sebelah lagi ok. Bagi sebelah jer lah. Tu yang bengkak. Nak pam sakit. Bila pam, berdarah. Seksa hokey. Ni masih belum sembuh lagi. Ubat nya aku hanya letak susu ibu kat tempat yg terbelah tu.
Sedih lah. Sampai satu tahap, aku dah fed up. Aku biarkan dia nangis. Apa lagi...nangis tak hingat, berguling² dah macam citer hindustan. Sampai aku pon kena tantrum skali. Ya! allah...betapa mencabarnya menjadi seorang ibu ni. Betapa mencabarnya nak menangani karenah anak kecil ini.
Cepat² tantrum Qhalif ni pergi jauh². Ibu dah tak tahan dah dik. Ibu tak nak marah² awak. Nampak macam ibu ni bodoh sebab awak bukannya tau apa pon. Tau nangis jer. Tapi ibu ada banyak kerja rumah nak buat. Tak boleh nak tumpu perhatian kat awak sorang jer. Pagi ni pon awak nangis² tak nak gi nursery kan. Buat hati ibu tak tenang kat office ni tau.
Saya harap saya boleh menjadi ibu yang baik buat anak² saya. Saya akui yang dunia keibubapaan ni bukanlah mudah. Kehadiran anak² adalah kegembiraan dan rahmat buat kita sebagai ibu bapa dan kadangkala perbuatan mereka menguji kesabaran kita. Dan kita kena ingat, anak² juga adalah sebahagian daripada ujian yang ALLAH berikan. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna supaya mereka dapat membesar dan menjadi seorang muslim yang baik. In shaa allah...
Note: Bestnya kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa :-(
posted from Bloggeroid
Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru *ceewaaahhhh ayat haku. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kalender Islam yang hadir saban tahun disambut oleh umat Islam sebagai tanda kecintaan kita terhadap Islam. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1434 Hijrah dan selamat datang 1435 Hijrah. Masih mengekalkan tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'
Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Marilah kita sama² menghayati erti hijrah itu sendiri. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.
Note: Jom kita audit diri kita. Sudah berpuas hatikah dengan prestasi amal ibadah kita untuk tahun ni?
Budak ni nangis bukan sbb kena pukul tau. Tapi tengah merajuk sebab ibu dia tak layan...hehe..
Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Submer: FB Nadia Hazmi
Note: Bertabah dan Bersabarlah dalam mendidik dan menagani kerenah anak² kita. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri juga ni.
Extra Note: Selamat datang November. Kejap jer kan.
Extra Note: Selamat datang November. Kejap jer kan.
Ini berkaitan entry aku last year. Pasal Yuran Tadika yang Makin Mahal dan Hidden Fees. Boleh baca balik link tu. Ada dapat satu komen dari seorang Anon. Dan ini jawapannya:
Dah baca? Dah faham kenapa yuran tadika makin tinggi? ini semua disebabkan expenses wajib kerajaan yang tinggi. Jadi, kita tak boleh lah merungut kalau yuran tadika makin mahal. Sejak hantar Iman Hakimi tadika dari usia dia 5 tahun lagi. Memang tiap² tahun meningkat naik yurannya. Samalah juga dengan yuran nursery. Nasib nursery kat tempat aku hantar anak² masih maintain bayarannya. Tak tau lah coming soon dia akan naikan fees plak.
Psstttttt...ada citer hot. Masih tak habis lagi kisah Selipar Dalam Sangkar. Baru jer berlaku semalam. Tak per lah, kat dunia ko lepas lah, tapi kat akhirat? Tunggu jer lah balasannya. Nantikan kisahnya.
Note: Tersepit....antara jiran dan anak murid. Apakah???? Tunggu....
Gambar screen capture. Video bley tgk kat FB/YouTube
Dah tengok ker video ni? Kalau belum, silalah tengok macam mana pemandu lori ni memandu. Laju wei. Scary tengok masa terbalik tu. Berlaku petang smalam kat lebuhraya SKVE menghala ke Hospital Serdang. Disebabkan lori ni lah aku sangkut dalam kesesakan lalulintas yang sangat dasyat. Keluar jer susur highway SKVE ni dah sesak. Tak pernah² sesak teruk macam ni sepanjang aku kerja kar Cyberjaya. Kalau sesak pon slalunya start lepas Shell.
Betapa hazabnya aku smalam. 2 jam 20 minit terperangkap dalam keta. Clutch, break, gear and handbreak jadi mainan smalam. Naik fening kepala aku dok dalam keta. Dengan perut yang lapar lagi. Nak ikut jalan lain aku tak reti. Aku kan buta jalan. Jalan tu jer lah yang aku tau. Nak tak nak terpaksa lah redah. Bertabah jer lah.
Bukan jalan jer sesak. Station minyak shell tu pon sesak. Berderet² keta nak isi minyak. Takut minyak habis tengah jalan disebabkan jalan sesak nak mamps kan. Habis minyak keta haku smalam.
Note: Salute ah dengan orang yang balik pantai timur. Redah jalan sesak bila nak balik raya.
posted from Bloggeroid
Alhamdulillah. Rezeki dari hasil blogging. Seronok nya dapat kawan² alam maya yang pemurah. Even tak pernah bersua muka. Tapi macam dah lama kenal jer. Aku nak ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada:
Pemberian FM buat FM collector macam saya ni. Bertambah koleksi. Bukan seketul, tapi 2 ketul. I love you lah nad. Amboiiii...kalau dapat barang jer i love you yer...ahaks...Erkkk...i love you ketat² kat uols semua tau. Nanti kita balas balik yer nad. Even baru jer follow blog nad ni, tapi nad sudi juga bagi FM.
Haku skang ni jadi muka tak malu, asal orang bercuti jer kirim FM...ahaks...Ada juga yang beli. Dah naik ketagih wei. Tapi koleksi masih tak berapa nak banyak lagi.
Ni masa raya aritu. Hamik ko, skang baru nak tepek dalam blog kan. Tak per...biar lambat janji ada kan ina. Sebagai penghargaan. Bookmark dari ina. Cute kan. Mekasih banyak² ina. I love you too.
Brooch dari masya. Ni pon dapat sebelum raya rasanya. Dah dua kali dapat hadiah dari masya ni. Masa 1st dulu dapat key chain sebab wish bday rasanya. Yang brooch ni sebab jadi salah sorang pengomen tegar kot. Erkkk...aku ni apsal pelupa sangat ni. Semuanya tak hingat. Kalau duit ingat jer kan...hahaha...
Kalau nak dapat hadiah dari masya, jadilah pengomen tegar maca haku. Thank you masya. Love you too.
Abaikanlah pemandangan kat belakang tu yer
Ok...yang last ni bukan dari blogger, tapi dari tempat mencari rezeki. Sempena Deepavali. Macam ni lah office haku ni, kalau musim perayaan, akan dapatlah goodies bag. Untuk Christmas nanti tak tau dorang bagi apa plak.
Setiap pemberian adalah sangat² dihargai. Kalau ada yang sudi nak bagi, di alau² kan. Kecil tapak tangan, stadium Bukit Jalil hamba tadahkan. Nak soh tulis alamat skali ker...hahahaha...larikkkkk...
Note: Kecil atau besar pemberian seseorang itu, bukan lah ukuran. Semoga rezeki kalians bertambah murah.
posted from Bloggeroid
Dah lama tak citer pasal breastfeeding. Sedar tak sedar, dah setahun enam bulan aku breastfeed kan Qhalif. Ada tempoh 6 bulan lagi untuk cukup 2 tahun. Semoga impian itu dipermudahkan olehNYA. Bercakap pasal dugaan ni. Memang banyak dugaan ibu yang menyusu ni. Ini berdasarkan pada pengalaman aku sendiri. Dari anak 1st sampailah yang 3rd ni. Antaranya:
Alaaaa...tak der plak gambar Qhalif tgh BF
SUSU DROP
Syiokkk sangat bila dapat hasil susu yang meriah macam ni kan ☺☺
Ramai di antara breastfeed mom di luar sana akan hadapi masalah yang sama kan? Tiba² susu merudum. Kadang² ni susu drop di sebabkan beberapa faktor. Antaranya stress, period, kurang mengepam bila berjauhan dengan baby dan juga pregnant. Macam aku, kalau period dan stress, memang susu drop. Pastu kurang plak minum air masak. Memang susah lah nak produce susu. Sebab tu ibu menyusu kena minum banyak air. Tak boleh stress².
Pengalaman aku MENGANDUNG TANPA SEDAR. Ini juga mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ingatkan susu drop sebab stress. Sekali sebab lain. Mengandung daaaaa. Kononya fully breastfeed memang susah nak pregnant kan. Salah tanggapan itu ok. Kalau dah subur tu, subur juga...muahahaha...Jadinya...klo uols tak period dalam tempoh fully breastfeed tu. Pastu susu merudum tiba², silalah buat UPT test hokey. Jangan jadi macam aku. Kandungan dah 5 bulan baru sedar diri. Alhamdulillah baby sihat sempurna dan cukup sifat.
PUTING MELECET
Ini yang paling di takuti oleh ibu² menyusu diluar sana. Betul tak? Termasuk lah aku. Antara sebab puting melecet ni bila latching tak betul. Maksudnya bila mulut baby tak melekap dengan betul. Sebab tu boleh melecet. Lepas tu bila baby dah habis menyusu, jangan main rentap jer *akupernahbuat. Sepatutnya kena masukkan jari dalam mulut baby dan tarik pelan².
Pengalaman aku, masa yang paling seriau menyusukan ImanQahirahQhalif adalah masa dorang tengah tido. Sebab apa? Sebab mulut masih melekap, pastu kang tetiba dia boleh plak ketap mulut tu. Tak ke menjerit dibuatnya. Yang gusi jer pon dah sakit inikan bila dah ada gigi penuh. Perghhhh...tak terbayang babe...ngeri. Tu yang buat puting boleh melecet dan berdarah. Rasa takut nak menyusukan anak sebab sakit ko. Kejang² kaki aku menahan kesakitan. Nak mengepam apatah lagi kan. Nasib Medela Swing aku tu bley adjust slow to kuat suction nya. Tapi ubat untuk puting melecet ni senang jer. Sapu ngan AIR SUSU IBU. Elok lah dia.
BILA ANAK DEMAM
Macam aku ni, kalau anak² demam memang nak mengempeng jer. Kalau sekejap tak per, ini sampai berjam hokey. Tak boleh nak buat kerja lain. Kejap² nenen...kejap² nenen. Itu lah ubatnya kan. SUSU IBU kan penawar...hehehe...
SENTIASA LAPAR
Ini pon dugaan juga ni. Asyik laparrrrr memanjang kan. Ko nak kurus, tapi asyik makan memanjang macam mana nak kurus kan. Makan dah macam bukan ko sorang yang makan. Dah macam membela gamaknya. Haku lah tu...hahaha...pagi, petang, siang, malam dan supper. Tengah² malam kelaparan ko. Dapat biskut/roti planta gula cicah ngan air milo pon jadi lah.
Alhamdulillah...aku makan banyak tapi body masih maintain cute macam anak dara...akahs...*bluekkk...Betul apa kan. Jangan risau yer breastfeeding mom diluar sana. Menyusu badan akan membuatkan 500 kalori di bakar. Jadinya...tak payah lah nak diet. Cuma amalkan gaya hidup sihat sudah lah. Buat kerja rumah tu pon dah di kira bersenam apa kan. Ini salah satu badan aku kurus tak naik²...BF + buat kerja rumah + jaga anak yang tengah nak naik. Kalau still breastfeed tapi berat badan tak turun², tak dapek den nak nolong. Mungkin kena tambah anak lagi kot. Sebab penat kan...hahaha...Gurau jer. Ikut badan masing² lah. Bergantung pada metabolisme juga kot.
Untuk para suami pula, jangan salahkan isteri kalau isteri tertido masa menyusukan anak yer. Sebab apa? Sebab HORMON OXYTOCIN ini adalah hormin yang dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain, Oxytocin is the hormone of love which also causes us to relax. Ini lah salah satu cara isteri nak berehat. Jangan kata isteri mengelat nak buat kerja yer. Asal menyusukan anak jer tido. Asal tido jer tengah menyusukan anak. Tak nak...tak nak...tak nakkk...Tak baik tuduh² isteri macam tu tau *Dah jadi prof izi hj ali pulok...ahaks...
Ini jer lah pendapat aku. Dugaan ibu yang menyusu. Aku kalau bercerita pasal breastfeeding ni memang hover kan....hehehe...seronok tau sharing² macam ni. Lagi seronok bila kawan² bertanya pasal BF. Semangat nak fully BF macam kita² ni. Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama² nya kan. Think positive, usaha, niat dan jangan putus asa. Melainkan jika anda sakit dan tak boleh nak breastfeed baby.
Note: Hot lah keyword nuffnang haku ni.
Simple menu untuk dinner malam tadi. Kebetulan sotong dah siap siang. Tinggal nak masak jer. Tu yang cepat sket siap. Nak buat sambal, asyik sambal jer. Trus google resipi yang berasaskang sotong. Semua dihujung jari katakan. Ok...jumpa menu yang simple ni. SOTONG MASAK LADA HITAM.
Tadaaaaa...kejap jer dah siap. Menu simple katakan. Orang macam aku ni memang suka resipi yang simple². Cepat dan mudah. Kebetulan bahan² suma ada. Cuma aku derhaka sket ngan resipi bila daun bawang di ganti dengan daun sup. Nampak cantik sket kalernya. Nak resipi? Nah...salin ni:
Bahan A :
- 300 gram sotong - dipotong kecil
- 1 labu bawang besar - dipotong gelang
- 3 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
- 1 biji tomato - dipotong 4
- Daun bawang - dipotong 1 inci
- Garam - sekiranya perlu
Bahan B (Bagi Menumis) :
- 3 ulas mawang merah
- 2 ulas mawang putih
- 1 tangkai cili merah
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
- Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam.
- Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato. T
- Tutup api dan taburkan daun bawang.
- Sedia dihidangkan.
Resipi dari: MR. MAMA
Dah salin? Jangan lupa masak tau. Boleh juga diganti dengan daging, ayam, udang dan ketam. Rasanya...perghhhhh...memang terbaik. Makan plak dengan nasi panas². Terangkat babe sebab panas dan pedas. Habis lah lauk ngan nasik seperiuk untuk 5 beranak ni makan malam tadi. Next time boleh repeat lagi Sotong masak lada hitam ☺☺
Note: Hari² fikir pasal masak sampai dah tak tau nak masak apa.
Kalau orang lain fobia dengan binatang atau yang sewaktu dengannya. Tapi aku fobia dengan benda lain. Aku fobia dengan SIMPANG EMPAT. Haaaa...gelak lah...gelak. Tak kelakar hokey.
Lakaran untuk lebih pemahaman...ahaks...
Fobia aku bermula bila aku hampir accident dekat simpang empat ni. Boleh baca [SINI] dan [SINI] Semuanya berpunca dari sikap pemandu² yang suka suki keluar simpang tanpa tengok kiri dan kanan. Tak kiralah pemandu wanita atau pon lelaki. Bukan sekali dua aku kena. Dah banyak kali tau sehingga mendatangkan perasaan curiga/was² bila nak lalu kat simpat empat ni. Ada dua simpang empat yang aku fobia. Kat office aku ni dengan kat area umah aku, kawasan perumahan Taman Kajang Impiana. Hover ker perasaan aku tu?
Bila nak lalu jer kat simpang tu, aku dah get ready. Slow kan keta yang sepatutnya memang laluan aku pon. Aku plak yang nak kena benti tangok klo ada keta suka suki nak kluar simpang secara mengejut. Bukan tu jer tau. Setiap kali nak lalu hati aku ni rasa berdebar². Siap bunyikan hon lagi ko. Tak ker fobia namanya tu? Meh baca ni:
Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah. Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain.
Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras. Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam.
Antara jenis fobia yang biasa ialah:
Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.
Sumber: [SINI]
Nampak tak...nampak tak. Sindrom tu ada pada aku walaupon tak banyak. Kena dapatkan rawatan ni sebelum melarat...muahahaha...
Note: Fobia dengan lipas pon tak seteruk ngan fobia simpang empat ni tau...ahaks...Uols plak fobia pada apa?
posted from Bloggeroid
Buat orang² Bangi, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau tak der aktiviti minggu ni, meh terjah event ni.
Date: 26th October 2013
Duration: 9.00 am to 6.00 pm
Venue: Skatepark Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor
Activities
- Skateboard Clinic
- Basic Skateboarding skills such as balance, pushing & ollie
- Demo Skateboards are available
- Skateboard Competition
- Open Box Best Trick
- Non-sponsored 3-Stair Best Trick
- Aggressive Inline (Rollerblade) Competition
- Mini Ramp open Comp (Run)
- Mini Carnival
- Product Toss
Prizes
- 1st Place - RM300 + Products
- 2nd Place - RM200 + Products
- 3rd Place - RM100 + Products
Admission
Free for all
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Ok...Strata Title for my Home Sweet Home Apartment dah siap. Gulpppp...telan air liur jap bila tengok fees. Nasib tak fengsan. Mari kita mengumpul duit dari skang. Harap2 dapat bonus sebelum due date nak kena bayat Strata Title ni.
Apa itu Strata Title? Meh nak explain sket pada yang belum tahu. Ok murid2, Strata Title adalah Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah bermilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya rumah Pangsa, Pangsapuri, Condominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai. Kalau rumah bawah atau landed house, ianya dipanggil Individual Title.
Ok, tempoh yang diberi untuk settle kan bayaran Strata Title ini adalan 12 bulan bermula dari tarikh surat yang dihantar oleh Lawyer pada kita. Dan kena make sura semua fees seperti maintenance, cukai tanah dan apa² jenis cukai kena clear. Then baru bley bayar Strata Title ni. Kalau lewat bayar dari tempoh yang telah ditetapkan, kena penalty babe. Tapi kan, expenses charged dari lawyer ni mahal tau. Travelling Expenses jer sampai RM300.
Ok, tempoh yang diberi untuk settle kan bayaran Strata Title ini adalan 12 bulan bermula dari tarikh surat yang dihantar oleh Lawyer pada kita. Dan kena make sura semua fees seperti maintenance, cukai tanah dan apa² jenis cukai kena clear. Then baru bley bayar Strata Title ni. Kalau lewat bayar dari tempoh yang telah ditetapkan, kena penalty babe. Tapi kan, expenses charged dari lawyer ni mahal tau. Travelling Expenses jer sampai RM300.
Antara lain yang perlu anda tahu mengenai Strata Title.
J: Permohonan boleh dibuat oleh pemaju/pemilik tanah walaupun bangunan yang telah siap dibina itu belum dikeluarkan Sijil Menduduki (C.F.). Permohonan sedemikian hanya akan diluluskan oleh PTG setelah hakmilik tetap dan Sijil Menduduki penuh diperolehi.
S: Bagaimanakah caranya memohon Hakmilik Strata?
J: Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan bayaran dan lain keperluan seperti dalam senarai semak.
S: Mengapakah Hakmilik Strata perlu dipohon dan didaftarkan?
J: Ia bertujuan untuk menjamin kepentingan pembeli rumah berbilang tingkat sebagai pemilik berdaftar dari segi pegangan hakmilik strata. Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh pemilik petak berdaftar seperti berikut :-
- Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer setiap petak.
- Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagi bangunan ditamatkan atau tanah dijual.
- Hak ke atas pampasan insuran akibat dari bencana alam.
- Hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya.
- Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya seperti membuat urusniaga (pindahmilik, memajak, menggadai dan sebagainya).
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak?
J: Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori?
Sumber: SINI
J: Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori?
J: Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.
Sumber: SINI
Note: Nama jer kerja bahagian Property Development. Tapi Strata Title pon baru nak amik tahu...ahaks...
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Macam ni lah kalau anak nak exam. Mak pulak yang terlebih over. Anak relax jer. Tu baru periksa untuk sekolah tadika. Belum masuk peperiksaan besar lagi kan...ahaks...
Note: Next month ada majlis convocation plak. Teruja mak noks. Dasyat bebudak tadika skang kan.
Dah lama sebenarnya mengidam nak rasa Anis Chocolate Melt ni. Ramai yg kata sedap. Aku plak memang penggemar coklat. Kek coklat apatah lagi kan. Kebetulan pagi tadi isi minyak kat petronas seksyen 7 tu. Cari makanan nak buat breakfast. Terjumpa plak kek Anis ni. Beli lah kan. Takkan tengok jer kot...ahakssss...
Sampai office trus makan. Perggghhhhh...sedapnya. Tak kedekut coklat. Tebal coklat dari kek. Sekejapan jer habis. Pastu mulalah rasa serba salah sebab ingat kat anak2. Anak2 pon suka kek coklat gak...uuwaaaaa...Macam ni lah kita kan uols, makan mesti ingat kat anak. Tak dapat simpan banyak, simpan sket utk anak makan pon tak per. Tapi...kesedapan kek ni buat aku lupa...cisss...Nanti ibu beli untuk kamu yer ImanQahirahQhalif :-)
Note: Bilalah nak belajar buat kek ni.
posted from Bloggeroid
Tazkirah dihari Jumaat...Penghulu segala hari. Info yang sangat baik untuk direnung-renungkan dan dikongsikan bersama.
Ramai orang membaca Al-Fatihah dengan tergesa gesa keranan ingin menghabiskan solat dengan cepat. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab satiap ucapan kita.
Dalam setiap Hadits Qudsi, ALLAH S.W.T berfirman:
'Aku membagi solat menjadi menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-ku'
Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya
Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil'alamin"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah memuji-ku"
Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-Him"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah mengagungkan ku"
Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"
Allah menjawab: "Hamba-ku memujaku"
Ketika kita mengucapkan "iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-ku"
Ketika kita mengucapkan "Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-ku. Akan ku penuhi yang ia minta" (HR Muslim dan At-Tirmidzi)
Berhentilah seketika setelah membaca setiap satu ayat, Hayatilah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.
Seterusnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pon sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
Barangsiapa yang ucapkan "Aamiin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-nya. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Note: Ya Allah..berikanlah daku petunjuk. Agar bisa ku meneruskan hidup. Agar bisa ku berjalan di jalan yang lurus.
posted from Bloggeroid
Kalau bertaburan ketulan emas, best sket nak mengutipnya kan.
Kerjaan anak2 ku yang soleh solehah. Macam manalah pitching ibu ko ni tak tinggi nak oiiiii...Main secara berjemaah. Tapi bila suruh kemas memasing buat tak tau. Bila si abah dah bersuara, tau takuttt. Sepahkan lah lagi. Penat yer kutip duit syiling tu :-)
Note: Anak2 kalau ngan ibu memang tak berapa nak ikut arahan. Tapi klo si abah, cakap sket jer trus buat...hurmmm...
posted from Bloggeroid
Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula bercuti. Jaga anak² kat umah sebab Nursery dah tutup. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke..
Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Note: Entry C and P jer...ahaks...Smoga kita dapat menjadi tetamu ALLAH satu hari nanti.
'Banyak apa yang saya inginkan dalam hidup ini tidak tercapai. Kadang² saya berdoa menangis minta pada Allah. Tapi tetap tidak dapat apa yang saya inginkan. Adakah ini hukuman kepasa dosa saya yang banyak di masa lampau. Saya menangis sepanjang malam tapi doa saya tidak dimakbulkan'
Antara persoalan² yang sering bermain difikiran...KENAPA DOA SAYA MASIH BELUM TERMAKBUL? Aku juga tak terkecuali dari persoalan ini. Meh baca jawapan dari USTAZ EBIT LIEW:
Kamu menangis tapi kamu hanya minta apa yang kamu mahu. Menangis lagi banyak² dan minta kasih sayang ALLAH. Saya dengar depan Kaabah orang menangis tapi minta 'Ya allah, bagilah saya jawatan sekian..bagi saya kedai buku banyak..bagi saya sekian²...'
SEBENANRNYA KITA BELAJAR MENANGIS MINTA KASIH SAYANG ALLAH DULU. YA! ALLAH, KAMI DAPAT KASIH SAYANG DAN CINTA MU..KAMI DAPAT SEGALANYA. YA! ALLAH, KAMI TAK KAYA..TAK SENANG TAK PE YA! ALLAH, TAPI KAMI HANYA NAK MU YA! ALLAH. Lepas tu baru minta Ya! Allah, saya nak ini sekian²...
Allah tahu apa yang kita nak. DIA tahu kita lemah. Tapi DIA suka kita belajar minta dan cakap yang betul. Ini kerana kelemahan dan kejahilan kita, kita tak tahu apa yang baik untuk kita. Allah suka kita belajar² minta kasih sayang ALLAH
Bangunlah dan belajar minta IMAN, KASIH SAYANG ALLAH, RAHMAT ALLAH. Kita akan lihat bagaimana Allah keluarkan kita dari segala kesulitan dan bagaimana Allah membahagiakan kita. Tidak pernah kecewa orang yang kembali pada ALLAH.
Note: Peringatan buat diri sendiri. Allah ada banyak cara untuk mendekatkan diri kita setiap saat kepada NYA. Dalam setiap cara itu ALlah akan menguji keikhlasan, kesabaran dan keyakinan setiap hambaNYA. Mungkin Allah ingin menambah pahala dari ibadah khusyuk, munajat dan doa yang kita panjatkan setiap hari.
posted from Bloggeroid