Ada 2 orang budak telah berjaya menawan wall climbing dengan jayanya. Berjaya menuju puncak kononya.
Inilah budaknya...Iman Hakimi & Iman Qhalif. Qahirah?? Malu nak panjat katanya. Klo kat umah bukan main memanjat lagi khenn kakak. Weekend aktiviti kami bermula di Taman Cabaran Putrajaya. Dulu pernah gi sini, tapi ada budak tu memalu plak. Tapi smalam gi excited plak dia.
Seronok plak dia memanjat smalam. Memula takut gak, tapi bila dah berjaya sampai kat atas tu, happy bukan main lagi. Asyik memanjat jer lah. Ni dah excited ajak datang sini lagi.
Ni pon boleh tahan hebat. Nak jugak memanjat. Tapi with abah supervision lah. Klo jatuh pon tak der hal sbb berlapik macam tilam tu.
Wall Climbing ni masuk free untuk budak2. Kalau dewasa kena bayar RM6.00. Waktu operasi start pukul:
10.00 am - 8.00 pm (Ahad-Khamis)
10.00 am - 10.00 pm (Jumaat-Sabtu)
Dari Taman Cabaran, ke Marina Putrajaya plak. Tengok sukan air sambil hirup udara petang. Berjalan kaki sampai ke laut buatan yg kat Pullman tu. Memang exercise kaki betul lah.
Destinasi terakhir, Dataran Gemilang Putrajaya. Faham-fahamlah, bebudak memang pantang nampak air khenn. Apalagi....kita mandi dulu. Aku plak bawa baju qhalif jer, baju kimi & qahirah tak bawak. Nasiblah. Dah puas mandi sampai gigil2, kita pulang kepangkal jalan. Dalam keta kimi & qahirah duduk bawah sebab seluar basah. Sapa soh mandi. Dah cakap baju tak bawa nak mandi juga :-)
Banyak tempat2 menarik kat Putrajaya. Dan masih banyak tempat2 kat Putrajaya yang masih belum di explore lagi.
Note: Ibu & Anak2 happy smalam. Dah lama tak beriadah mcm ni.
Last year kak KA ada buat segmen. Segmen soh tinggalkan komen tentang blog kakak kita ni lah. Apa yang best...apa yang tak best. Apa yang uols suka baca dan apa yang uols benci. Tak sangka plak komen ku telah terpilih. Jangan tak tau, siap ada penolong juri lagi ko. Siapa lagi kalau bukan anak kak KA, si adik yang bijak lagi keleteh tu. Tanjat gegirl bila blog terpilih untuk di review
Antara komen kak KA. Touching gegirl uols...ahaks...In shaa allah, nak ubah sket blog ni nanti. Nak tukar cat baru. Nak tukar header baru. Erkkkk...nak tukar sumalah...hehehe...Bab label tu pon ada betulnya. Aku pon tak perasan banyak bebenor label yang aku letak. Gila tepek label gamaknya Thanks atas komen mu itu kak. Akan ku perbaiki kekurangan nya nanti.
Last but not least, Mekasih banyak² sebab memilih blog adikmu ini untuk di review. Mekasih adik sebab pilih blog kakak *tak nak lah panggil aunty...haha...Siapa yang tak suka blog kena review kan. Siapa yang belum kenal kak KA, silalah terjah. Tak rugi sebab kak KA ni rajin datang bertandang. Entry pon hari² up to date sampai tak larat nak kejar.
Salam pagi jumaat yang penuh barokah. Sekejap jer dah jumaat kan. Pagi ni aku nak share satu info yang sangat berguna untuk kita amalkan. Info dari FB Pn Raudzah Roslan. Mungkin kita jarang praktikkan benda ni ketita memasak. Pasang niat ketika memasak kerana Allah. Bukan niat masak kerana suami dan anak². Bukan niat ketika memasak jer. Semua benda yang kita buat dan ada di sekeliling kita, niat kan kerana ALLAH. Besar ganjarannya bila niat itu kerana Allah. Itu yang aku dengar dalam IKIM fm. Ok...sambung cerita ☺
Wahai wanita solehah yang mendambarkan kasih sayang serta rahmat Allah.
Tahukah anda, di dapur adalah salah satu tempat untuk kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T? Ruang itu merupakan tempat muhasabah diri paling berkesan buat dirimu.
Pernahkah tubuh kita beristighfar banyak² apabila terpercik minyak panas ketika sedang menggoreng ikan?
Masya Allah tabarakallah! Mulai hari ini, jadikan ruang dapur itu tempat kita beramal ibadat dan bertaubat. Berdoalah, berzikirlah sambil berselang seli dengan Berselawat kepada Rasulullah SAW. Moga hati kita menjadi insan yang semakin dekat dengan Allah.
Sungguh...IA BUKAN SEKADAR RESIPI
Peringatan buat diri sendiri juga. Memang tak dinafikan, memasak juga boleh mendatangkan risiko jika kita lalai atau leka.
Adab memasak untuk kita amalkan.
Note: Rajin² lah ke darpur buat yang malas nak ke dapur tu yer ☺☺
Apsal mahal sangat erk? Ker standard harga dia macam tu?
Kisahnya...aku gi pasar malam. Teringin lah nak makan sengkuang calit ni sebab dah lama sangat tak makan. Lagi pon ni one of my feveret. Masa jaman skolah rendah dulu mak aku jual eskem malaysia ngan sengkuang ni. Erkkkk...macam dah lari tajuk sket ni...ok...ok...
Sambung balik. Aku pon order lah satu sengkuang calit yang original tu. Ingatkan duahinggit tu untuk 2 keping sengkuang calit. Rupanya tekaan ku salah. Duahinggit untuk sekeping sengkuang calit yang tak berapa nak tebal tu. Pada hal kat gambar tu dah ada buktinya.
Bagi aku yang miskin bandar ni duahinggit tu macam mahal lah. Banyak songeh plak minah ni khenn. Nak murah buat sendiri lah...ngehngehngeh...Memang buat sendiri lagi berbaloi dan puas makan. Nasib beli 1 jer. Tapi tu lah, kat mana nak cari kuah sengkuang ni erk? Share² lah. Aku mengidam ni. Tengok sengkuang calit dalam gambar tu pon dah merembes ailio. Tapi aku tak ngandung tau. Dah lah hari ni ada pasar malam.
Ni berkaitan dengan masalah aku yang ini SEKOLAH...Baru Masuk Bulan Kedua tapi????. Aku ada up juga status kat FB dan banyak feedback dan petua yang aku dapat. Uols memang the best lah. Meh nak share sket petua tu.
Ni dari sahabat FB. Soh try sabun brand Kilat. 1st time aku dengan sabun brand ni. Tapi ada kat Pasaraya Hero. Pasaraya lain tak tau ada ket tak. Nak try cari juga nanti.
Petua keempat dari GIEYANA. Pakai sabun mandi. Ni untuk kesan² minyak dan air milo pon boleh hilang katanya.
Petua kelima dari kakak yang sentiasa nampak muda remaja, KAK DEE. Soh rendam ngan cuka dan air panas.
Dari EZA plak. Sama suggestion ngan Mrs Fiza tadi.
Pakai clorox pon boleh, kata ZAZA. Mesti stok clorox kat umah ko banyak kan noks.
My IG friend @EMMYAZMY *meh ler follow titew kat IG. Suggest pakai sabun dettol. Nanti aku berus macam hakhogen yer noks.
Banyak kan petuanya. Terima kasih banyak² lah. Sayang kamu ketat². Ni lah untung bila ada kawan² yang baik hati macam ni. Even tak pernah bersua muka, tapi bila ada masalah, masing² cuba nak tolong. Best khenn. Ramai yang menghadapi masalah baju anak hitam legam rupanya erk. Al maklumlah...aku ni kan 1st time anak masuk darjah satu. Tu yang gegirl tanjat sket tgk baju anak hitam legam. Baju skolah PASTI tak der plak macam ni. Sebab baju kaler hijo kan.
Weekend ni bley lah menyental siku baju, lutut seluar dan pangkal sluar. Ni suma baju skolah agama yang hitam legam. Baju skolah kebangsaan banyak yang kesan minyak² makanan dan kesan air berkaler. Nasib sluar sekolah kebangsaan kaler gelap.
Note: Kan best kalau BAJU SKOLAH KALER HITAM. Kotor pon tak nampak...hehehe....
Jebak ngan game ni skang. Tapi tak der lah jebak sampai tak boleh tido dek penangan emoji ni khenn. Sekadar mengisi masa yang ada especially time memerah hasil tenusu. Tapi jawapan dia dah ada pon...hehehe...Tak der thrill lah kalau macam tu. Haipppp...kalau dah puas memerah otak tapi tak jumpa juga jalan penyelesaian barulah kita tengok jawapannya. Boleh gittew...ekekeke...
Acaner tu? Suka tapi takut. Dari jauh kalau nampak kucing bukan main lain terjerit² memanggil. Bila kucing dekat...lari macam tak jejak tanah, pastu nangis, qahirah lah tu...ekekeke...
'Kucing tengok kami, kami tengok kucing'
QahirahQhalif dan kucing. Budak duaorang ni takut kucing. Ni pon perasan berani jer. Qhalif ni setakat mengelak jer lah. Geli kot dengan bulu kucing tu. Iman Hakimi plak suka kucing. Siap soh beli kucing. Tak kosa lah ibu ko ni nak ooiiii. Bela ikan dulu pon habis suma ikan mati. Nampak sangat tak reti bela menatang khenn.
Tengok dari jauh jer lah khenn sebab kucing tu dok dediam.
Kucing tengah beradu ni berani lah dia usik
Aku suka kucing. Tapi tak der lah sampai nak membela. Kucing² plak rajin dan suka datang kat umah mak. Sebab mak suka bagi kucing makan. Cuma sejak mak sakit ni, tak der dah bagi kucing makan. Tapi kucing² tetap datang lepak kat umah.
Siapa takut kucing? Kakzakie salah sorang kan...hehehe...bley gang ngan Qahirah dan Qhalif.
Note: Lately cuaca panas berdeting. Tu yang kekadang malas nak kluar lunch.
2) Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway
3) Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.
4) Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)
5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.
6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha
7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.
8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu
9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini
Menarik kan frame gambar ni. Kalau nak sebijik, boleh lah mencuba nasib join giveaway Erin ni. Gambar yang di pertaruhkan adalah:
My tough hubby...SUPERABAH to our SUPERKIDS...Limited Edition dan hanya Satu di dunia kami...cewahhhh...Multitasking daddy. Di pinjamkan tangan untuk menolak stroller anak nombor 2. Di berikan bahu untuk menggendong anak nombor 3. Anak nombor 1? Di berikan tugas untuk pimpin tangan ibu dia. Kan cool tu...hehehe....
Baju Sekolah dah kepam @ kusam macam nak masuk hujung tahun persekolahan. Tengok ni:
Lutut seluar hitam, lengan baju hitam dan hujung kaki seluar pon hitam...hitam legam. Ni dah basuh ngan clorox masih tak hilang hitamnya. Memang degil ko yer hitam. Ntah apa yang di buatnya si Iman Hakimi ni sampai hitam legam. Ko main apa kat skolah ni abam? Jalan melutut ngan menyiku ker ker ni?
Tu baru baju sklah agama. Baju skolah kebangsaan pon sama jugak. Dah bagi sapu tangan ni. Letak siap² dalam poket. Haishhhhh...di lap nya mulut ngan lengan baju. Lupa kot sapu tangan kat dalam poket tu yer kimi. Dengan kesan minyak² makanan...kesan air tumpah...pppfftttt...Rasa nak menyinga jer tengok baju skolah Iman Hakimi nih. Kalau macam ni gayanya, banyak lah baju skolah nak kena beli. Jangan kata baju, stok clorox pon nak kena ada banyak juga...ekekeke...
Tapi kalau rendam baju ngan clorox, baju cepat reput. Katanya Vanish ok. Thanks for suggestion IZWA. Vanish pon bley tahan mahal juga harganya khenn.
Note: Tu baru citer pasal baju skolah, Blum citer pasal stationary dia lagi.
Menghabiskan cuti CNY di kampung *lah sangat. Nama jer kampung pandan. Tapi kampung di tengah bandar. Sian kan. Jadi lah...ada juga kampung khenn.
Aktiviti Iman Hakimi dah Iman Qhalif. Tak der daun kelapa buat main tarik²...orang panggil 'tarik upih', dapat troli ni pon jadi lah. Adik duduk abang tukang tolak. Sekali abang buat drift tetiba, tergoleklah si adik. Saja abang kimi ni tau. Adik beradik ni klo dapat kawasan lapang macam ni memang syok lah. Klo kat umah tu terkurung jer. Petang² baru dapat gi taman.
Dah puas main kat luar. Duduk dalam rumah plak. Cuaca agak panas berdenting juga cuti tu. Tengok jer lah kucing tu. Perasan berani jer 2 beradik nih. Dedua takut kucing ko. Kalau kucing tu dekat memang meraung anak dara tu. Qhalif plak setakat mengelak jer lah. Itu jer lah aktiviti nya. Tak jalan ke mana² pon.
Tak tau pon pasal kewujudan hari Hijab Sedunia nih. Buat yang tak der aktiviti weekend ni, bolehlah terjah Hijab Event kat Taman Tasik Titiwangsa nih. Mungkin ni sempena hari Hijab Sedunia ni kot.
Ok...meh kita baca tentang sejarah Hari Hijab Sedunia plak erk:
Di Malaysia, 1 Februari diingati sebagai sambutan Hari Wilayah. Biasanya pada tarikh tersebut pelbagai program diadakan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin ataupun bercuti bersama keluarga.
Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa pada peringkat dunia, pada tarikh yang sama, wanita di seluruh dunia menyambutnya sebagai Hari Hijab Sedunia.
Kempen memakai tudung ini bermula pada tahun pada 2012 oleh Nazma Khan, dari New York, Amerika Syarikat. Beliau yang berasal dari Bangladesh melalui pengalaman perit sebagai remaja yang berhijab di kota raya Amerika Syarikat itu.
Atas pengalaman itulah, timbul idea untuk mengajak wanita di seluruh dunia sama ada Muslim atau tidak untuk melalui pengalaman berhijab. Inisiatif yang dimulakan oleh beliau kini mendapat sambutan daripada wanita di seluruh dunia – Muslim dan bukan Muslim.
Tujuan kempen ini antara lain ialah untuk memberi penghormatan yang sewajarnya kepada pemakai hijab dan menghormati agama anutan mereka.
Oleh hal yang demikian, rakyat Malaysia turut digalakkan menjadikan hari tersebut sebagai suatu usaha menyedarkan masyarakat tentang kebaikan berhijab di samping menghormati mereka yang berhijab. Di samping menyedarkan masyarakat tentang syariat Islam akan kewajipan berhijab.
Jika ini berjaya dilaksanakan, tidak timbullah isu majikan yang enggan mengambil pekerja yang berhijab - wal hal agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Kerajaan patut menyiasat perkara tersebut dan lesen perniagaan mereka wajar di tarik balik.
Pelbagai cara digunakan untuk menggerakkan kempen Hari Hijab Sedunia ini termasuklah di laman web dan facebook. Yang berikut ialah antara komen dan nukilan yang diambil daripada World Hijab Day di facebook.
“Hijab freed me from my fickle and narcissistic addiction with fashion trends. It also freed me from the catish, negative, and competitive nature that hurts our sisterhood between sisters of all faiths. Hijab restored my ability as a woman with intellect, wisdom, and a good brain rather than being viewed as simply being an object of desire. World Hijab Day is a beautiful, safe, and loving way to share my choices with women everywhere.”
– Fatima Omar aka Spiritual Biz Mom (respected speaker and author)
"I work in a the Emergency Medical Service as an ambulance nurse-medic. When I reverted to Islam in the year 2009, my colleagues laugh at me because of my Hijab. They thought that one day I will remove it. But little did they knew I love the sense of it. My mom who is not a Muslim but she feels women should cover as it is ordered even in the Bible that is why she wears Hijab, how much more we Muslims? On Feb. 1; we will show the world that Hijab is not just a cover. It is where you can define modesty, and chastity, and righteousness."
-Maryam Shila (Dubai)
“This video actually brought tears to my eyes. Im a non-Muslim women planning on participating in February. I greatly admire Hijabi women for their commitment to their faith.”
- Kacie Brunette comment on video STRANGERS TRYING THE HIJAB!
Anda juga boleh berkongsi banyak kisah lain di worldhijabday.com. Moga wanita di Malaysia tidak ketinggalan menjayakan program dan kempen ini.
Hamik ko...tajuk bukan main panjang lagi. Kita mulakan dengan CNY dulu.
To all my chinese and blogger friends. Erk...ada ker blogger chinese yang baca blog picisan ni...ahaks... Gong Xi Fa Chai. Makan besar hari ni kan.
Untuk warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan, SelamatHari Wilayah. Pernah jadi warga wilayah sekejap. Tapi skang dah jadi warga Selangor. Bekerja dan menetap di Selangor.
And last but not least...Happy Holiday to all. Panjang cuti kan sampai senin. Tapi aku senin dah kerja sebab wilayah jer cuti. Mesti ramai yang amik peluang cuti panjang ni untuk balik kampung dan cuti² malaysia kan. Pesanan khidmat masyarakat dari aku...berhati² di jalan raya. Smoga selamat sampai ke destinasi dan smoga perjalanan kalian dipermudahkan olehNYA.
Bernanah lah telinga malam ni dengan bunyi mercun yang berdentum dentam.
Note: Cuti ni mungkin balik kampung kot. Tapi kampung pandan jer.
Jeng...jeng...jeng...Uols klo citer² macam ni memang suka baca khenn...khenn..Ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri sejak duduk kat rumah Apartment nih. Saja nak bagi ulos seram di hari Khamis malam Jumaat ni. Dah besedia nak merasai pengalaman seram bersama aku ni? Tak der lah seram sangat kot...hehehe...Ok...meh baca ni.
Benda ni dah lama sebenarnya. Biasalah kan klo dah duduk apartment ni. Macam² bunyi ko dengar. Bunyi kucing bergaduh, bunyi budak menangis, bunyi orang memasak. Ni perkara biasa. Tapi bila tengah² malam ko dengar bunyi guli jatuh, bunyi kerusi/perabot di seret...macam orang tengah mengemas, bunyi ketuk² lantai/dinding dan juga bunyi orang berjalan macam hentak² kaki tu tak ker pelik. Kalau bunyi ni datangnya waktu tengah hari atau pon malam, tak der lah kisah sangat. Tapi ni time tengah² malam time orang nak tidur. Tambah lagi misteri nusantara, bila jiran atas tu tak der rumah pon bunyi² tu tetap ada. APakah???
Memang agak mengganggu juga bunyi² nih. Sejak duduk rumah tu, Ada beberapa perkara seram yang aku dah lalui...[IMAN HAKIMI KATA DIA NAMPAK HANTU] dan juga [SLIDING DOOR TETIBA BERGEGAR]. Kekadang anak dara aku tu pon bikin aku meremang juga. Pernah dalam bilik dorang tetiba dia cakap 'ibu...tu...ada hantu' sambil tunjuk kat tingkap bilik. Suruh aku halau hantu tu. Tak ke tegak segala bulu yg ada bila dengar anak cakap macam tu. Nak² plak tinggal ko anak beranak dalam umah tu.
Sebagai pendinding, ayat² al-quran jer lah ubatnya. Kekadang baca yasin. Pasang ayat² Ruqyah sebelum tidur sampai lah ke subuh ulangannya.
TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
Masakan selalu dan cepat basi ( rosak ) Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama ) ... Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu menyakiti seseorangpun."
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan (pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa (diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya.
'Rajinlah belajar
Bila besar nanti, boleh tujuk ajar
Ayah juga ibu, gembira selalu
Melihat adikku, rajin baca buku'
Siapa ingat lagu ni? Lagu jaman sekolah rendah yang masih segar dalam ingatan. Bila tengok anak gi skolah, teringat diri sendiri masa skolah rendah. Pkul 6.30 pagi dah kluar tunggu bas skolah. Skolah jauh dari rumah. Kawan2 skolah kat Kg Pandan jer. Aku skolah kat Convent sana. Kakak time tu skolah menengah Convent. Jadinya sekali harung ngan kakak gi skolah. Dalam bas siap bag plastik ko sebab takut muntah. Mabuk kenderaan masa kecik2 dulu...ahaks...
Erkkkk...panjang plak mukadimah aku. Nak citer pasal adik rajin sorang ni ha...hehehe...
"1, 2, 3..."
"ball, bear, frog..."
"isshhhh...ibu ni kacau lah. Nak study pon tak aman. Asyik nak amik gambar jer. Nak letak dalam blog letew"
Alhamdulillah...dah boleh sebut 1 - 10. Kalau aku sebut 'satu' qhalif sambung '2'. Tapi sampai nombor enam lah yg dia boleh sambung. Teruja mak noks :-)
Note: Makin geram ngan si qhalif ni. Makin panjang akal.
Datang kali ni siap bawa bola api besar lagi. Memang dasyat serigala ni uols. Kalau siapa yang minat serigala ni, boleh datang terjah sini:
BIG BAD WOLF FIREBALL BOOK SALE. Memang ramai peminat serigala ni khenn. Termasuk lah aku. Tapi memang keji lah. Suka buat sale time orang dah kehabisan gaji tau. Memang serigala yang jahat. Buatlah time orang tengah dapat gaji ker...baru dapat bonus ker...baru dapat duit saham ker...best sikit nak shopping...haaisshhhh...
Banyak discount tu. Rugi kalau tak pergi. Macam² jenis buku ada. Masa gi BBW last year pon tak puas lagi membeli. Cissss...serigala ni dah macam memanggil² jer suruh pergi. Siapa yang tak pernah terjah lagi inilah masanya. Memang best sebab buku murah².
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya. Kbai!!!
Note: Kena spare duit gaji sket ni. Mana tau kalau pergi kan ☺
Dari dapur Masterchef lah sangat si Fiza Rahman ni khenn. Resipi paling senang, ringkas, cepat dan sedap. Macam biasa, *makbanyakanak kan kena masak cepat2...ahaks...
Yang ni terpulanglanh sama ada nak goreng dulu ayam tu atau masak terus ngan sos tiram. Time ni mood kemalasan menggila nak goreng ayam. Bab menggoreng ni den lomah sket. Melotop2 tu buat den seriau. Dapur pon jadi berminyak. jadinya...kita main campak2 semua jerlah.
Bawang merah, bawang putih, cili merah. Klo nak pedas, letak cili padi. Campak suma dalam kuali. Jangan campak sebiji2 bawang tu. Hiris lah dulu. Dah layu suma tu masukkan ayam. Biar sampai masak. Pastu masukkan sos tiram. Dah siap. Makan ngan nasi panas2. Memang terbaek.
Note: Nasib anak2 tak cerewet bab makan ni. Dapat nasi kicap ngan telur pon dah berselera :-)
Masalah yang dihadapi skang ni. Inilah masalahnya. Macam besar jer masalah nya kan. Pada hal tak boleh buka domain dot com jer pon. Maaf lah buat pengguna dot com. Bukan sombong tak datang dan tinggalkan jejak di blog kamu tau. Tak taulah apa masalahnya. Buka time lunch and after office hour pon tak boleh. Tapi kan, ada jer blogger yang pakai dot com tapi masih boleh baca. Macam blog AJU nih:
Hairan lagi pelik lah. Ada dot com yang boleh buka dan ada yang tak boleh buka. Acaner tu erk? Tak best lah sebab tak boleh baca. Dulu ok jer. Suma boleh baca.
Note: Nanang...saya nak BE. Dah lama BE tak menari² :-(
Dari pagi sampailah skang ni. Baru perasan yang tudung ku terbalik...cisssss...nasiblah tak ketara sangat khenn.
Macam manalah bley tak perasan ni. Rasanya pagi tadi sbelum pakai dah betul lipatannya...hurmmm...pandangan mata ada kalanya boleh menipu kan....cewahhh...sendiri yg salah nak salahkan pandangan mata plak...ekekeke...
Nasiblah kat office ni tak der joyah. Iyerlah....yg jenis suka memerhati nih kan. Pastu mengata. Orang mcm ni kita pakai apa pon dia perasan. Tak pasal2 joyah pon kluar kan. Apa kaitan joyah ngan tudung terbalik...haha..
Renungan di petang jumaat. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri. Ingat...novel terbaik adalah Al-Quran. Kalau bab novel2 cinta, sehari pon dah boleh khatam. Cer klo Al-Quran, sehari pon belum tentu baca khenn.
Note: Smoga kita dpt mengubah diri kita kepada yang lebih baik.
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com