posted from Bloggeroid
Setelah sekian lama menanti, baru skarang ko nak muncul yer. Hari² menanti macam buah yang tak gugur². Hari² check kot² ada yang sangkut *macamdahkemaruksangatkhenn. Sekali semalam check...yeayyyyy...dapat gak lah seketul:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Seketul Buffered Earning. Alhamdulillah....rezeki. Tapi tak pernah plak aku nampak BE tu menari². Mungkin dia menari waktu malam kot. Siang dia tido...hahaha...Kalau uols nampak iklan tu, faham² lah yer. Kasi penuh duit tabung. Thank You nanang. Kasi lah BE lagi ☺☺
Note: Kan dah cakap. Haku dah kemaruk dengan wrap. malam tadi pon ber 'wrap' jugak. Nasib semalam last kopek. Klo tak malam ni pon wrap jugak...hehehe...
Kejadian petang smalam yang buat aku rasa nak fengsan, histeria, lemah jantung, darah tinggi, badan gigil dan yang sewaktu dengannya. Bukan aku sengaja tinggalkan dia dalam lif erk. Memang kejam lah haku klo buat kat anak macam tu hokey. Balik semalam naik lif kat umah tu sebab nak tengok surat menyurat. Suruh kimi amik, sementara aku ngan QahirahQhalif tunggu kat lif. Tapi ada surat yang dia tak boleh nak capai.
Aku pon gi lah 3 beranak kat peti surat. Ntah bila masa anak dara solehah tu patah balik kat lif pon aku tak tahu. Masa tengah nak amik surat tu kebetulan pintu lif terbukak sebab ada orang turun. Apalagiii...boleh plak anak dara ni masuk. Qhalif plak berlari kat lif nak masuk dalam tu gak. Aku dah terjerit² berlari macam orang kena sampuk takut qhalif tersepit kat lif sebab dah dekat betul ngan pintu lif dan nak tekan button lif tu supaya tak tutup. Malangnya....tutup jugak
Ko bayangkanlah badan aku penuh dengan bag (bag pum susu, bag nursery qahirah dan qhalif) berlari² dan terjerit². Aku dah blur depan lif. Tak tau nak buat apa. Dari luar aku dengar anak dara bijak tu dah menangis terjerit² panggil 'ibu...ibu...'. Tak ker meruntun jiwa raga ko. Aku nak naik tangga macam mana lah plak dengan bag...dengan nak dukung qhalif lagi. Aku soh kimi naik tengok.
Luckily rumah aku tu 5 tingkat jer. Aku tengok lif tu stop kat tingkat 4. Jadinya aku tunggu depan lif dengan penuh harapan yang qahirah adalah dalam tu. Buka jer pintu lif tegnok dia dengan sorang budak pompuan. Budak tu siap tanya 'ni anak akak ker'...phewwwwww...lega rasa hati aku ni. Tapi badan tetap gigil. Kalau lah umah aku 20 tingkat, tak dapatlah aku nak bayangkan. Aku risau tersepit kat lif jer.
'Kakak oh! kakak...Tolonglah jangan buat ibu jadi huru hara macam petang smalam kak. Boleh sakit jantung ibu di buatnya. Betapa risau, cuak dan takutnya ibu smalam kakak oiiiiiii...Dah...lepas ni kita naik tangga jer lah erk'
Note: Ada yang berpengalaman anak tertinggal dalam lif?
posted from Bloggeroid
Haaaaa...ingat orang besar jer yang ada tempat SPA dan boleh ber SPA. Baby pon nak jugak ber SPA khenn. Ni gara² tengok IG @yasminhani. Trus aku search. Ini lah nama tempatnya...Hippopo Baby Spa and Wellness. The first Baby Spa in Malaysia. Rasanya ramai lagi yang tak tau pasal Baby Spa ni.
Amacam...best kan. Untuk yang ada baby² kecik tu bolehlah bawa anak² uols kat sini. Rasa macam nak baby jugak lah. Baby kat umah tu dah beso...hahaha...Cukup² lah dulu noks.
Perkhidmatan yang disediakan sudah semestinyalah baby massage and baby swim. Suitable to babies from 0 to 36 months old. Wah...boleh lagi kalau nak bawak Iman Qhalif ni. Ada package² yang disedikan. Terpulanglah uols nak amik yang mana kan. Nak swim saja pon boleh atau nak massage saja. Tapi kalau berduit boleh amik full package.
Kalau nak tau lebih lanjut, bley layari website HIPPOPO BABY SPA & WELLNESS ni. Ada banyak gambar², testimoni dan harganya skali. Alamat plak kat sini:
Centrepoint Bandar Utama
F30 1st Floor,
Centrepoint Bandar Utama,
3 Lebuh Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: 03-7728 1889
Note: Untung bebudak zaman skang kan. Macam² perkhidmatan ada untuk dorang nih.
Best sangat bagi Iman Qhalif. Bukan lepak kat Shopping Complex, kedai mamak dan yang sewaktu dengannya. Tapi kat sini:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dalam laci sambil tengok tv...hahaha...amacam. Best khenn. Nasiblah awak tu ringan lagi. Kalau berat macam ibu nih, mau patah berderai laci tu. Dalam banyak² tempat, dalam tu juga dia buat port...haishh...
Note: Blur tak habis lagi. Citer pasal anak jer lah...haha..