Sesak nafas ku dengan bauan asap. Bukan asap jer, dengan debu dan juga dengan bauan yang datang dari tikus yang busuk nak mamps kat workstation aku nih. Nyah lah ko bau. Aku rasa macam nak MC sampai bau hilang, boleh gitew sebab dah mengganggu konsentrasi aku nak nak buat kerja dan nak makan...ppffttttt....Macam mana nak hilangkan bau ni erk? Dah sembur dengan cuka dan juga lemon. Tapi masih berbau. Apalah yg ko makan tikus sampai bau busuk macam ni...haihhhh...
Erk....nak citer pasal tikus ker pasal jerebu?...hahaha...sambung balik. Pedih mataku dek kerana jerebu. Hidung pon dah start berair. Coming soon mukin batuk datang menyinggah plak. Kena beli mask cepat sebab nanti naik harga...hahaha...Smalam my dear hubby dah bawak balik. Boleh plak tercicir mask tu.
Ni petang smalam nyer jerebu kat Cyberjaya. Kat bangi pon bley tahan teruk gak.Tak tau lah berapa bacaan IPUnya. Start dari rabu petang tu. Esoknya dah makin teruk sampailah pagi ni. Tapi nampak macam dah kurang sket. Kita tengok petang nanti. Jadinya keta ber aircond saja sebab udara tak sihat. Tak boleh nak bukak tingkap. Aku kan suka buka tingkap. Jadinya...minyak keta pon laju jer berjalan dengan jayanya.
IPU kat Klang pon dah capai tahap merbahaya. Sekolah pon dah diarahkan tutup. Kesian pada anak² yang ada asthma lah. Makanya...amalkan gaya hidup sihat. Minum air masak secukupnya. Kurangkan aktiviti luar. Jangan bakar sampah sesuka hati mak pak ko. Yang merokok tu, tolong jangan buang putung rokok merata² yer. Lagi bagus kalau berhenti terus merokok tu. Silalah jadi masyarakat yang prihatin. Sekian...harap maklum.
Note: Dugaan dan peringatan buat kita. Bermula dengan cuaca kering, peningkatan demam denggi, catuan air, jerebu dan juga misteri kehilangan MH370. Renung2 kan lah.
Masih berkisar tentang Sepetang Bersama Bloggers dan Yoe's 2014. Sambungannya plak. Kali ni dapat bergambar dengan duta Ephyra, siapa lagi kalau bukan MEMEY SUHAIZA. Bergambar dengan retis uols.
Amacam...flawless tak muka kami...muahahaha...Baru try trial pack dah nak kecoh...kahkahkah...Tapi serious, memang cantik kulit si Memey Suhaiza ni. Macam kulit aku gak cantiknya *bluekkk...ngeeee. Tinggi plak tu. Dalam tv nampak macam kecik jer. Aku ngan dia paras bahu jer. Bak kata [BUNDA]:
Motif??? Iols memang comel lote. Mekasih atas pujianmu Bunda. Kembang setaman perumahan bila orang puji kita somel tau. Ok...dah bersedia nak tengok gambar yang seterusnya?
Woot..woot...Dengan Blogger mummy yang famous amos, REDMUMMY yang comel lote macam saya jugak...erkkk...wakakaka...Dapat gak bersua muka. Selalu baca blog dia jer. Ingatkan sama² petite. Rupanya aku lagi petite...haha..Itu jer lah nak citer. Next entry kita citer pasal tips² dari blogger² fofular hasil perkongsian masa [Sepetang Bersama Bloggers dan Yeo's 2014] hari tu yerp.
Note: Makin menjadi² jerebu nih...haishhhh...
Maka terhasillah bentuk² ini:
Yang tak der caption tu, aku tak pasti apa yang anak dara tu buat. Dia masukkan lego tu kat jari² yg comel...hahaha...apa motif tu kakak.
Ok...yg ni ibu tau apa kakak buat. HP katanya. Nak tipon abah. Bukan main beso lagi HP nya yer kakak. HP jenama Lego.
Ini lah aktiviti dorang. Nak kena beli lagi ni sebab tak cukup. Asyik bergaduh jer berebut lego. Abang berebut ngan kakak. Kakak berebut ngan adik. Ibu tukang tengok sambil tunggu masa nak menyinga. Lepas ni ibu beli untuk sorang satu.
Note: #prayformh370...enam hari berlalu. Apakah khabar mu.
Yang berlangsug di Saloma Bistro sabtu 8 March 2014. Buat pertama kalinya aku join event blogger macam ni. Alhamdulillah...even pada aku ada sedikit kekurangan tapi majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Harap dapat di perbaiki untuk event yang akan datang. Berbelah bahagi juga nak pergi sebab tak der gang. Tapi bila AJU kata dia pergi, jadinya...aku pon gedik gak nak pergi. Sekali sekala bersosial kann. Berjanji ngan AJU untuk pergi secara berjemaah. Mak kan femalu lagi penyegan orangnya...ahaksss...
Kami sampai dalam pukul 10.30 am. Sampai² jer ramai blogger tengah bergambar, bergambar ngan mascot YEO'S dan juga berselfie. Berdebar² plak rasanya wei. 1st time katakan. Daftar dulu pastu terus masuk dewan. Semua bloggers dan diberikan nombor meja masing². Terpisah plak tu ngan AJU. Masuk dewan jer ternampak kelibat blogger KAKCIK SEROJA. Dapat juga bersua muka dan berlaga pipi yer mak. Cuma frust sebab tak sempat nak bergambar...huhuhu...
Source: Denaihati.com
Ahli panel *cewahhhh yang berkongsi ilmu dan tip² blogging pada hari tu terdiri dari BEN ASHAARI, SHAFIEE BUSTAN, RED MUMMY, ZARUL HUSIN dan juga HAZMAN FADZIL. Dapat juga bersua muka ngan blogger² hebat nih. Nanti aku kongsikan tips² untuk menjadi seorang blogger yang berjaya yer. Dan juga perkongsian cerita dari pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin dan juga pengasas Sendayu Tinggi dan juga Jamu Ratu Malaya, Pn. Rozita Ibrahim. Salute dengan Pn. Rozita ni. Anak 8 dan cucu dah 5 tapi body maintain macam anak dara. Ok lah...Layan gambar² ni dulu ☺
Source: Ajumohit.com
Antara makanan yang disediakan
Goodies bag
Bersama kawan baru dan juga gang meja 16, DARLING PYA dan juga kak AZWA KAMAR Tapi terselit blogger meja 20, AJUMOHIT...hehehe...Nice meeting you girls ☺
Last but not least, dengan blogger yang selalu bersua di alam maya. Kini dah bersua di alam nyata...yeayyyyy...Dapat gak berlaga pipi ngan AJUMOHIT dan MRSFIZA ☺
Dalam banyak² event, memang cabutan bertuah yang paling ditunggu² kan. Tapi tak der rezeki nak menang cabutan bertuah yang best² tu. Tahniah lah buat pemenang² yang bertuah. Thank you to my dear hubby sebab tolong jagakan anak² dan juga beri keizinan untuk isteri dia ni bersosial...ahaks...
Note: Masuk hari ke 5. Masih tiada khabar berita. Doa...doa...dan terus berdoa, especially doa dari orang² yang soleh. Smoga ada keajaiban dariNYA.