Bila orang yang tak der skill menjahit macam ni lah. Pakai benang hitam pon jadilah senah. Asal boleh kann. Bukannya orang nak belek pon baju anak ko. Tapi lencana tu hantar kedai lah. Sebab nak jahit lencana kat poket baju tu aku tak lulus lagi. Aku ni bukannya tak reti jahit langsung. Setakat jahit yang simple dimple tu luluslah. Jahit seluar sendiri dan seluar somi yang terlebih panjang tu lepaslah. Nampak kemas lah jugak jahitannya. Kes malas nak suruh kedai jahitkan. Berjimat cermat gamaknya.
Kenapa lah name tag skang tak macam jaman skolah kita dulu? Pakai pin jer kan senang. Tak yah nak jahit². Pastu nanti naik darjah 2 lain plak kaler name tag nya. Kaler mengikut darjah kot.
Note: Iman Hakimi batuk². Iman Qhalif tak berapa nak sihat dan batuk². Asyik nak mengempeng jer kerjanya. Tak nak lepas klo boleh. Jadinya....si ibu tak cukup tido.