Mari mewarna bersama²
Pastu tak sampai seminit dua, dah ada yang terjerit² berebut kaler. Adoiiiii...Si kakak ngan adik lah yang paling kecoh. Si abang jadi stress sebab nak kaler tak boleh bila masing² berebut kaler. Bila dah macam ni memang gamat lah satu rumah. Lawak kekadang bila dorang bergaduh ni.
Ingatkan bila dah sibukkan dorang dengan aktiviti macam ni tak der lah nak bergaduh kann. Boleh lah si ibu nak merehatkan minda sambil nak membaca dengan aman. Tapi hampagas...sekejapan jer senyapnya. Setiap minit...setiap saat dan setiap masa...tak sah kalau tak der yang menjerit. Kang ibu lari nanti baru tau. Lari tak jauh pon. Masuk bilik jewr...hahaha...
Uolss...ada tak petua macam mana nak bagi adik beradik ni berkasih sayang? Tak nak gaduh²? Kalau tak bergaduh langsung lagi bagus. Dah nasihatkan kekadang kejap jer jalannya. Esok² buat lagi...haishhhh...
Note: Kepala dah start ding deng dong. Dah 2 hari tak cukup tido. Iman Qhalif asal malam jer dedar badannya.