Alhamdulillah...12 April 2014 aritu genap 2 tahun aku menyusukan Iman Qhalif Bin Husani. Kira nya aku dah berjaya lah dapat PHD. Bukan PHD = Perasaan Hasad Dengki tau. Tapi PHD dalam Breastfeeding. How time flies, kejap betul masa berlalu. Macam tak caya jer dah 2 tahun budak ni mengempeng.
Banyak cabaran bila nak fully breastfeed ni. Susu drop, spare part pump rosak, tak cukup masa nak pump susu, sentiasa lapar dan paling sadis, bila nipp luka. Perghhhh...sangatlah hazab ko. Nak mengasah gigi gamaknya. Dan yang paling aku tak boleh lupa, bila hasil tenusu lupa nak letak dalam freezer.
4 storage bag bersamaan dengan 24 oz susu terpaksa di buang begitu sahaja...sob...sob...Nangis wei masa nak buang. Meleleh² air mata ini. Setitik susu tu pon dah berharga, inikan pulak banyak macam nih. Ok...sebelum ada yang bertanya sama ada boleh ker tayang hasil tenusu, boleh baca HUKUM MEMPAMIRKAN HASIL SUSU IBU. Biasalah kan, orang skang suka jatuh hukum tanpa usul periksa. Baca dulu yerp. Alhamdulillah, even dah 2 tahun, aku masih dapat lagi merasa bengkak susu. Bila dah hujung² ni khenn, nak mengepam memang malas.
Cabaran 2 tahun breastfeeding dah selesai. Skang ni cabaran nak weaning off atau bercerai susu plak. Setakat hari ini Iman Qhalif masih menyusu badan even dah campur dengan FM (Formula Milk). Dari gayanya mutu keunggulan, nampak macam susah nak cerai susu. Sama macam Iman Hakimi dulu. Masa kimi dulu aku letak cili sos. Tapi tak jalan. Pastu letak akar bakawali klo tak silap. Pahit nak mamps. Kesian plak tengok kimi masa tu. Aku plak jadi tak sampai hati bila tengok muka sedih dia. Basuh balik nipp. Last² pakai psychology jer sebab masa tu tengan pregnantkan Qahirah. Stop gak dengan sendirinya.
Ni Qhalif plak tak tau macam mana. Weekend memang mengempeng doplohpatjam. Bagi FM pon dia tak nak minum. Kecuali kalau dah betul² haus. Memang ibu² yang breastfeed jer yang memahami perasaan itu bila nak weaning off. Hurmmmm...dilema gak ni. Nak paksa dia berhenti sendiri atau biar dia berhenti menyusu dengan sendirinya. Iyerlah...itu jer moment terindah sementara dia masih belum skolah tadika lagi khenn...hehehe...
Note: Lately ni tak dapat nak melawat kawasan sangat. Sebab kat office ni ada kaki mengadu, kaki mengampu dan kaki talam dua muka. Kesimpulannya...setiap gerak geri anda diperhatikan.