posted from Bloggeroid
Sekali sekala fefeeling anak dara. Kakak selfies ngan adik². Adik nombor 1 nama dia Iman Hakimi. Adik nombor 2 tu nama dia Qahirah dan adik bongsu tu nama dia Iman Qhalif. Comey tak kakak. Percaya tak kakak ni dah ada 3 orang anak..ekekeke...Layan lah kesengalan aku hari ni. Jiwa kacau nih.
Note: Masih tak tau nak bagi jawapan SEMALAM. Nak pergi ker tak...nak pergi ker tak...Tu yg buat serabut.
Dalam dilema. Dapat invitation nih:
Join us on a journey of discovery with our new Zespri® SunGold Kiwifruit variant at the luscious greenery at Taman Botani Negara Shah Alam on Tuesday, 20th May 2014.
Wear your most comfortable sneakers and meet us at 8am at BluMed Restaurant, Mid Valley. To start the day, we have prepared a special breakfast for you and an interesting trivia session with the dietitian.
Gi naik bas uols. Macam best jer aktiviti ni. Tapi tu lah. Aku ni kalau sesorang tak der gang memang rasa macam cangok jer. Iols kan is pemalu lagi penyegan. Kalau ada gang havoc sket. Gang blogger aku sorang tu tak dapat plak. Kalau tak ada lah partner in crime khenn. Tanya gak blogger mana lagi yang dapat invitation ni. Tapi aku tak kenal lah pulok...huhuhu...
Hasihhhhh...nak ker tak nak....nak ker tak nak...nak ker tak nak...Apa² pon kena minta ijin ngan En. somi dulu. Harini kena bagi jawapan.
Note: Tu pon nak letak dalam blog....hahaha...Lantak lah. Janji bukan entry meroyan, mengaibkan, memfitnah dan membuka pekung didada...kan...kan..kannn...peace yo!!!
Ni sabtu aritu punya cerita. Iman Hakimi yang kepenatan balik dari sekolah. Ada sekolah ganti sabtu tu. Ganti untuk Hari Raya nanti. Awal betul gantinya khenn. Skolah anak² uols dah start ganti ker belum? Even skolah hari sabtu, kena pergi jugak. Tak boleh ponteng² skolah tanpa sebab yang munasabah. So far Iman Hakimi belum pernah tak datang skolah setakat bulan May ni. Harap² penuh lah kedatangannya. Tapi untuk skolah agama adalah 3-4 hari tak skolah. Erkkkk...ni nak citer pasal skolah ker pasal bantal empuk...muahahaha...
Ok...Si kimi ni memang terangatlah jarang tidur siang Kalau suma orang tido siang, dia sesorang lah melayan perasaan sambil tengok TV. Soh tido tak nak plak dia tido. Pendek kata memang susah lah nak tido siang. Ntah kenapa aritu datang angin ngantuk dia gamaknya, tertidur atas badan abahnya. Kepenatan sebab skolah hari sabtu kot. Empuk sangat badan abah tu. Kerja angkat besi jewr. Nak six pax kononnya. Cer baring kat belakang ibu ni, rasa tulang jer kot...hehehe...
Note: Maaf lah uols. Iols tak dapat nak terjah rumah² uols. Mana yang sempat jewr nih. Sekian...
Ibu, Mak, Mummy, Ummi, Amma, Mama dan apa pon gelarannya, ianya tetap membawa maksud yang sama. Masih belum terlambat untuk buat ucapan kan...hehehe...
Hari2 adalah hari IBU. Untuk Mak tersayang:
Sungguh jasa mak tak dapat dibalas dengan kata2
Mengandungkan kita berbulan2 lamanya
Bertarung nyawa ketika melahirkan kita
Susui kita dengan penuh kasih sayangnya Kesabaran mak melayan karenah dan ragam kita cukup hebat dan bermakna
Bersengkang mata menjaga kita ketika demam dan sakit demi anaknya yang tercinta
Tidak dilupa doa mak dipenghujung solat yang mendoakan kejayaan kita...anak yang dikasihinya
KASIH IBU MEMANG HEBAT. KASIH TANPA SYARAT DAN CINTA YANG TAK BERPENGHUJUNG. IBU DIHATI...SYURGA MENANTI. SELAMAT HARI IBU BUAT Mak, Hjh Salbiah Bt Abd Rasid. Ibu Mertuaku, Azizah dan Saubiah Hawari dan SEMUA kawan2 yang bergelar IBU. Yang bakal menjadi IBU. Dan yg sedang berusaha untuk menjadi IBU. Teruskan usaha dan jangan putus asa. In shaa allah...saat itu akan tiba juga :-)
Selfies ngan adik²...ekekeke...giler perasan ☺☺
Buat anak² ibu...Iman Hakimi, Qahirah dan Iman Qhalif. Hargailah jasa dan pengorbanan ibu mu ini yerp. Smoga menjadi anak² yang terbaik dan berjaya didunai dan diakhirat.
'MAK...I LOVE YOU TODAY, TOMORROW AND FOREVER TILL JANNAH'
Note: Ada yang kata sambut hari ibu tu haram. Tapi dengar IKIM.fm pagi ni, katanya harus. Untuk meraikan pengorbanan ibu. Yang jadi haram bila kita meraikan nya mengikut agama mereka. Lebih kurang mcm tu lah bunyinya, Betulkan kalau salah yer.
Kalau tak der usaha, macam mana nak bertambah kan.
Patah tumbuh hilang berganti konsepnya gittew. Habis jer BE (Buffered Earning) yang dah di credited, dapat BE baru lagi. Alhamdulillah...ada 3 BE yang tengah running. Stay lah lelama sikit yerp. Biar beranak pinak duit tu. Uolss pon pemurah kan. Kalau keluar iklan² tu, rajin² kan lah jari jemari tu untuk klik. Bagi penuh duit tabung dengan ucapan TERIMA KASIH tak terhingga.
Yang ni hasil CPC clicks dari uols yang sangat pemurah. Dan juga duit terkumpul hasil dari blogging. Dok situ dediam. Tunggu duit tu bertambah lagi baru nak cash out. Sikit² lama² jadi bukit kan. Gigih mak mengumpul noks. Blogger lain lagi banyak dapat wei. Bukan nak menunjuk, sekadar nak berkongsi. Ko nak tengok berapa lama aku kumpul duit ni? Meh tengok:
Last aku cash out bulan May 2013. Skang dah masuk bulan May 2014. Ko nampak tak...makan tahun aku kumpul duit tabung nih. Dah jumlah terkumpul hasil dari blogging adalah seperti gambar diatas. Alhamdulillah...nampak gak hasil blogging even berjaman nak tunggu duit tabung banyak. Uols jagan putus asa kalau duit nuffnang tu sikit jer. Macam aku cakap 'SIKIT² LAMA² JADI BUKIT'. Selamat mengumpul duit tabung lah yerp.
Apa² pon...THANK YOU NUFFNANG. Bila nak bagi Sponsored Post? Blogbuster Campaign iols tak reti nak buat...huhuhu...
Note: Lambat bersiaran. Mungkin lpas ni akan kurang berblog :-(