Bukan bahang bola piala dunia jewr dirasai. Tapi bahang El Nino sudah mula terasa. El Nino? Apa tu?
El Niño dnd La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.
Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.
Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.
Tapi serious, memang panas berbahang. Nak tido malam pon panas. Kipas dah bukak laju pon tak rasa. Rumah iols tak der aircond. Jadinya mengharap pada si kipas jewr. Sian kat anak². Berpeluh² tido. Kat mak pak pon kesian gak. Tido tak lena sebab kepanasan. Jadi mata panda lah skit hari nanti nih...hahaha...
Memandangkan musim panas ni kan, sila jaga kesihatan. Bila dah macam ni memang penyakit senang datang. Minum air masak 3 liter sehari yerp. Mak pak sakit tak per. Tapi jangan sakit serentak lah. Jangan anak sakit.
Note: Yeayyyy...draft untuk sponsored post dah approved. Legaaaaaa ☺