posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Semalam tayang Blueberry Cheesecake ngan Baked Macaroni Cheese. Harini tayang ABC plak. Memang bakar line betul tau...hehehe...Biasalah khenn, musim El-Nino ni. Panas nya semacam. Dengan bahangnya lagi. Mandi pon tak terasa sebab air paip pon dah tak sejuk. Suam² kuku jewr.
Teringat tapai yang kakak aku bagi tu ada lagi. Sedap gak kalau makan ngan ABC. Balik smalam terus singgah kedai beli ABC. Apalagiii...penyejuk tekak dimalam hari dikala cuaca panas lah jawabnya. Makan plak ngan tapai...perghhhh...sila lah bayangkan betapa nikmatnya...hahaha...Kalau makan hari² boleh mengundang sakit tekak. Aku ni jenis jarang nak minum air² sejuk nih. Kalau gi kedai pon order air suam. Sebab bley lemah badan dibuatnya. Tapi bila melihatkan keadaan cuaca skang ni memang aku surrender wei. Tapai ada lagi tu. Rasa macam nak repeat lagi ABC...hurrmmmm...
Note: Jerawat oh! jerawat. Dalam banyak² tempat kat muka ni. Dalam lubang hidung gak ko nak tumbuh. APTB...ppffttt...
Macam biasa. Project hujung minggu kembali setiap minggu...hahaha...Itu pon kalau ada project masak memasak lain dari yang lain lah. Klo tak der entry tu maknanya masak biasa² sajork. Meh kita tengok project masak² dihujung minggu untuk minggu lepas.
Tadaaaaa...erkkkk...ada kek lah. Tetiba teringin nak makan cheesecake. Tetiba terajin buat kek. Maka terhasillah sebijik Blueberry Cheesecake yang di bakar dengan penuh kasih sayam...ceewahhh. Tapi kali ni iols tak pakai biskut Oreo. Kita ganti base dengan digestive biskut lah pulak. Nak resipi klik [SINI]. Terliur tak...terliur takkk. Jemput tengoklah yerp. Jangan marah...Lepas ni rasa macam nak buat kek coklat lapis cheese lah...hurmmmmm...saja nak bakar line uols...hahaha....
Tapi Blueberry cheesecake iols ni rasa dia macam tak berapa nak ummpphhh sangatlah. Tak tau lah klo tekak tukang bakar ni lain sket. Tapi tak per, practice make perfect kan. Kita cuba sampai jadi sedap macam secret recipe.
Ok...yang ni plak baked macaroni cheese. Tetiba terigin plak. Dah macam pompuan ngandung mengidam. Nak cheesecake lah...macaroni lah...haishhhh...Tapi ini sebelum dibakar. Selepas dibakar tak sempat nak amik. Agak frust sket lah. Kurang menjadi sangat. Tapi rasa still sedap. Mungkin silap teknik kot. Rasa tak puas hati plak wei. Ni yang nak repeat lagi nih. Nak resipi kewr? Alaaaaa...google jer lah...hehehe...Next time kalau menjadi iols up resipi yerp. Boleh gittew.
Sekadar selingan:
Cara masakan dan resipi kita mungkin sama dan mungkin juga berbeza. Iols masak Ketam masak Lemak cili api pon nak dijadikan bahan kat laman sosial. Sebab iols masak letak daun kunyit instead of serai. Tak sesuai katanya. Siap nak gelak syaiton lagi ko. Macam lah kelakar sangat. Iols tak marah pon. Cuma kesian jer dengan orang macam ni. Menampakkan kebodohan diri sendiri.
Buat si polan dan sahabatnya tu, parenst iols pon orang N9. Secara tak langsung iols pon orang N9 juga even membesar di KL. Apa pon masakan dan resipi yang mak iols ajar, secara tak langsung turun ke anak dia juga kan. Terpulang lah iols nak masak letak serai, daun kunyit atau apa sekali pon. Janji menepati citarasa tekak kami. Tapi tak perlulah nak dijadikan bahan yerp. Peringatan buat diri sendiri juga.
Note: Panas berbahang. Sakit kepala pon mudah menyerang.
Salam pagi isnin semua. Empat hari blog sunyi sepi tanpa update. Ada yang windu kewr....hehehehe...iyer lah. Siapalah kita khenn nak orang windu². Ok...back to the topic.
KASIHNYA IBU MEMBAWA KESYURGA
KASIHNYA AYAH SEPANJANG MASA
Selamat Hari Abah untuk my Suami dan juga Abah kepada ImanQahirahQhalif, Husaini Mohd Taib. Untuk Bapa Mertuaku, mohd Taib. Dan juga untuk semua yang bergelar dan akan bergelar Abah/Ayah/Bapa/Papa/Daddy. Hari² adalah hari ABAH.
Note: Al-Fatihah buat arwah ayah yang dah 9 tahun menghadap penciptaNYA. Rindu...rindu serindunya kat arwah. Bertuah kamu yang masih punya ayah. Hargailah selagi ada.
MAMEE…Siapa
yang tak kenal dengan produk mamee ni kan. Jenama produk yang terkenal dan telah lama bertapak di
Malaysia. Antara produk yang ditawarkna adalah Mamee, Mamee Monster, Mr
potato, Cheers, nutrigen dan macam² lagi lah. Dalam penyelidikan data yang
dilakukan oleh Kantar WorldPanel baru² ini telah menunjukkan bahwa daripada 5.7
juta jumlah isi rumah, mamee instant noodle telah manjadi pilihan 4.2 juta pembeli
di Malaysia…wow…
Geng² blogger yang terpilih. Kita bergambar dulu sebelum masuk kilang MAMEE
Seperti yang diwar² kan dalam entry [INI] dan [INI], baru2 ni aku telah berpeluang melawat sendiri ke kilang mamee yang terletak di
Melaka. Menyaksikan sendiri bagaimana produk mamee seperti snacks dan instant
noodle di proses dari awal hinggalah proses pembungkusan. Bukan itu saja, dapat
jugak tengok proses mee Tarik secara live. Daripada doh sampailah di uli jadi
mee tarik. Meh tengok nih:
Camera dari Samseng TAB saja
Tukang
buat mee Tarik ni memang datang dari China. Ianya di panggil [Teknik La Mian].
Dikatakan bermula di China pada abad ke-15 iaitu daripada etnik Hui yang ada di
bahagian barat laut China, iaitu Xinjiang, Ningxia, Shaanxi, Gansu, dan
Qinghai. Secara etimologi, ia bererti menarik atau meregangkan dan mian ialah
mi. Keistimewaan cara pembuatan mi ini adalah dengan cara diadun, diregang,
dilentur dan ditarik bagi menghasilkan untaian serta ukuran halus dan kenyal.
Memang agak rumit nak membuatnya.
Memandangkan
cara pembuatan mee tarik yang agak rumit dan mustahil untuk dihasilkan dengan
kuantiti yang banyak dari sepasang tangan manusia…cewahhhh ayat haku. Mamee
Double-decker telah melabur sebanyak RM80 juta untuk sebuah mesin yang boleh
menaghasilkan mee tarik yang prosesnya sama seperti teknik la mian. Mamee
Double-decker percaya dengan teknologi yang serba canggih, tak mustahil teknik
La Mian dapat dihasilkan dari sebuah mesin yang dapat meningkatkankan lagi rasa
mee dan menjadikan tekstur mee menjadi lebih kenyal.
Lepas tu ada demo masak
memasak plak. Bau dia…perghhhhh…manusuk hidung. Sedap betul baunya.
Ok…skang kita tengok
proses penghasilan snacks mamee dan juga instant noodle:
Proses demi proses:
1. Mixing
2. Rolling
3. Slitting
4. Steaming
5. Cutting
6. Seasoning Shoe
7. Frying
8. Cooling
Dan proses yang terakhir adalah Packaging
Untuk pengetahuan semua, Mamee double decker dan juga mamee chef telah
memenangi beberapa anugerah. Antaranya
- Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 by Theramenrater.com,
- Putra Brands Awards Bronze Recpient 2014 under Food Stuff Category
- Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient
Dan Mamee telah melancarkan produk baru iaitu Mamee Chef dengan kerjasama dari chef selebriti, Datuk
Chef Ismail. Pes Mamee Chef ‘s Thai Tom Yam dan Curry Laksa dihasilkan menggunakan ramuan segar dan rempah
ratus asli yang mampu menguasai hati semua bangsa di Malaysia. Mamee chef juga
disertakan dengan pek ramuan tambahan iaitu cebisan sayuran dan juga udang bagi
menambah lagi kelazatannya.
Bagi yang masih ragu2 dengan produk mamee dan juga Mamee chef, anda
tak perlu risau kerana ianya telah mendapat sijil halal JAKIM dan anda boleh
check sendiri [DISINI]
Ok…dah selesai kita melawat kilang Mamee, kita ker Mamee Jonker House
plak yang terletak di Jonker Walk. Aku pon baru tahu tentang kewujudan kedai
Mamee Jonker House ni. Kalau uols ker Jonker Walk, jgn lupa singgah sini. Meh
layan gambar.
Kedatangan kami di sambut oleh Mamee Monster. Crunch it...Shake it...Munch it...MAMEE ☺☺
Antara barang² yang dijual disini. Ada cafe juga. Memang best lah.
Sambil shopping boleh makan. Dan Antara aktiviti² kitorang kat sini:
Berkretiviti dengan mamee cup nih. Kita main color². Pastu kita buat mamee ikut
citarasa sendiri. Yang ni expired date sampai 16 June 2014 jer sebab tak buat kat kilang…hehehe… Memang
best lah lawatan ke kilang Mamee ni. Bila kita dapat tengok sendiri cara² mamee
diproses. Satu pengalaman indah yang tak kan dilupakan. Dan juga:
Dapat bergambar dengan orang kuat Mamee ☺
Last but not least. Thanks for the goodies bag and note. Terima kasih
juga buat nuffnang kerana memilih saya untuk Lawatan ke Kilang Mamee. Untuk maklumat lanjut dan juga info² lain, boleh layari www.mamee.com dan juga "LIKE" Mamee Chef @ www.facebook.com/mymameechef
-