posted from Bloggeroid
Siapa yang tak kenal Felixia Yeap ni kan. Atau ada lagi yang masih ketinggalan? Meh baca blog dia [DISINI] kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi. Nampak banner ni kat taman perumahan Kajang Impiana. So...untuk orang² bangi dan yang sewaktu dengannya. Boleh lah datang memeriahkan lagi majlis.
Menurut sumber, FY sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengucap kalimah Syahadah. Dan berkemungkinan dalam bulan kemuliaan @ Bulan Ramadhan ni. Sama² kita doakan smoga urusan FY dipermudahkan. In shaa allah.
Note: Teringin nak pergi majlis² ilmu macam ni. Tapi tu lah...dengan HB bertiga tu.
Budak yang teruja tengok badut. Malu badut tu dik ko dok tenung dia macam tu. Bukan main kusyuk lagi si ustaz Qhalif ni tengok badut. Pelik agaknya napa muka badut tu colorful...hahaha...Ibu dia ni panggil pon buat tak tau jer ko. Tapi kan....ada budak tu takut badut.
Ibu comel ngan budak yg 'berani sangat' ngan badut
Ingatkan dah nak masuk 7 tahun ni dah hilang perasaan takut ngan badut. Rupanya sangkaanku meleset. Siapa lagi kalau bukan si abam Iman Hakimi. Saja jer lalu kar area badut tu. Memula dia tak perasan. Sekali bila dia dah nampak, terus nyorok kat abahnya...ekekeke...lawak plak tengok gelagat dia. Cuma kali ni dia tak nangis lah. Kalau dulu lagi teruk wei. Boleh baca kat [SINI] dan kat [SINI]. Nak tergelak jer bila baca balik ☺
Note: Masa blogging agak terhad skang nih. Ada 400++ komen nak kena approved. Nanti iols terjah sorang² erk. Sama ada cepat atau lambat jer. Tunggu....
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Semalam tayang Blueberry Cheesecake ngan Baked Macaroni Cheese. Harini tayang ABC plak. Memang bakar line betul tau...hehehe...Biasalah khenn, musim El-Nino ni. Panas nya semacam. Dengan bahangnya lagi. Mandi pon tak terasa sebab air paip pon dah tak sejuk. Suam² kuku jewr.
Teringat tapai yang kakak aku bagi tu ada lagi. Sedap gak kalau makan ngan ABC. Balik smalam terus singgah kedai beli ABC. Apalagiii...penyejuk tekak dimalam hari dikala cuaca panas lah jawabnya. Makan plak ngan tapai...perghhhh...sila lah bayangkan betapa nikmatnya...hahaha...Kalau makan hari² boleh mengundang sakit tekak. Aku ni jenis jarang nak minum air² sejuk nih. Kalau gi kedai pon order air suam. Sebab bley lemah badan dibuatnya. Tapi bila melihatkan keadaan cuaca skang ni memang aku surrender wei. Tapai ada lagi tu. Rasa macam nak repeat lagi ABC...hurrmmmm...
Note: Jerawat oh! jerawat. Dalam banyak² tempat kat muka ni. Dalam lubang hidung gak ko nak tumbuh. APTB...ppffttt...