Phewwwww...ramai betul orang kat pejabat pos harini. Lama gak lah beratur. Dekat 30 minit. Penat #makbanyakanak ni tau. Kaunter ada 4. Tapi yang bukaknya 2 sajork. Tetiba ternampak banner pasal lesen memandu baharu boleh renew kat pejabat pos. Pastu aku pon mula lah belek balik document yang diperlukan. Erkkkk...apsal lesen expired tahun 2013 nih? Mana lesen yang dah expired 2014??? Ok...aku dah cuak.
Dok fikir² balik. Ada ker aku renew last year? Cari² lagi kat dalam wallet. Tahun² sebelum ni ada. Tapi tahun ni yg sepatutnya expired nan hado. Sah....memang SETAHUN aku tak renew lesen memandu...ppfftttttt...Kelupaan tahap maksima dah ni.
Gambar tu crop yer. Sebab gambar IC tak berapa nak cantik ☺
Sampai kat kaunter dia minta lesen yang dah expired. Aku cakap apa tau "Entahlah...tak jumpa plak. Yang dah expired tahun 2013 ni ada lah". Sekali dia check dalam system. Memang tak der pon sebab tak renew...hehehehe...Pada hal dah tau tak renew lesen. Nak cover sebenarnya.
Memang careless betul lah. Alhamdulillah sebab dalam tempoh setahun ni tak pernah kena tahan dengan abang polisi dan JPJ lagi. Saman pon dah check. Memang aku pemandu yang berhemah sebab tak der saman...alhamdulillah lagi dan minta dijauhkan lah dari kena saman. Uols....sila check lesen memandu memasing yerp. Bila tarikh luputnya. Jangan jadi macam iols yerp. Dah setahun baru nak renew lesen.
Nak tambah sket. Kalau nak renew lesen baru tu. Make sure gambar IC kasi cun sket. Kalau belum tukar IC baru, silalah tukar. Sebab lesen memandu ni dia amik gambar dari IC. Disebabkan aku masih belum tukar IC baru. Maka redho lah pakai gambar lama...huhuhu...
Nak tambah sket. Kalau nak renew lesen baru tu. Make sure gambar IC kasi cun sket. Kalau belum tukar IC baru, silalah tukar. Sebab lesen memandu ni dia amik gambar dari IC. Disebabkan aku masih belum tukar IC baru. Maka redho lah pakai gambar lama...huhuhu...
Note: 1st time renew lesen sendiri sebenarnya. Sebelum ni En. bos yang buat ☺