posted from Bloggeroid
Berita yang sangat² mengejutkan dan mendukacitakan buat seluruh rakyat Malaysia. Aku blur pagi ni masa buka FB. Newsfeed semua pasal MH17. Terus buka TV3. Rupanya pesawat Malaysia Airlines meletup. Di katakan ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu. Ya! allah...Kenapa di tembak? Sedangkan laluan penerbangan pesawat telah diisytiharkan selamat. Kalau benar, smoga mereka yang melakukannya dibawa ke muka pengadilan.
Nationality
|
Total
|
Netherlands
|
154
|
Malaysia
|
43 (including 15 crew & 2 infants)
|
Australia
|
27
|
Indonesia
|
12 (including 1 infant)
|
United Kingdom
|
9
|
Germany
|
4
|
Belgium
|
4
|
Philippines
|
3
|
Canada
|
1
|
Unverified
|
41
|
Total
|
298
|
Keseluruhan jumlah penumpang termasuk anak kapal yang terlibat dalam kejadian. Malaysian are being tested in a big way again. Bermula dengan MH370 yang masih lagi misteri kehilangannya. Dikejutkan pula dengan serangan di Sabah. Dan harini kita digemparkan dengan pesawat MH17 yang ditembak. Adakan ianya suratan atau kebetulan? Atau peringatan buat kita yang masih alpa? Sama² lah kita berdoa untuk keselematan negara kita Malaysia dari anasir² jahat. Bersatulah. Smoga Malaysia sentiasa dibawah lindunganNYA. Tak lupa juga buat saudara² kita di GAZA, Palestin. Doa...doa dan terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.
#PrayforMH17 #PrayforMH370 #PrayforGaza #PrayforPalestin #Al-fatihah
Note: Nak kena balik. Qahirah kena sakit mata...huhuhu...Have a great weekend uols..
TERIMA KASIH BANYAK² diatas UCAPAN dan DOA sempena HARI TAMBAH USIA @ HARI LAHIR last week. Iols is sangat terharu membaca komen², ucapan² dan doa² dari sahabat² semua.
Ucapan² dan doa² yang diterima dari FB, IG dan juga [BLOG]. Rasa macam nak polok sorang² *yg perempuan saja yerp. Hanya mampu Amin kan doa² tersebut, Rasa baruntung dapat berkenalan dan bersahabat dengan kamu semua. WALAU JAUH DIMATA. WALAU TAK PERNAH BERSUA MUKA. TETAPI TERASA DEKAT DIHATI INI.
Note: How time flies. Sekejap jer dah 19 Ramadhan. Lagi 2 minggu dah nak raya. Kuih raya ntah bila lah nak start buat nih...haihhhhh...
Biasalah kan. iols ni kalau nak buat dessert *lahsangat kena tunggu hari cuti jer. Kalau weekday memang tak menyempat. Ni project hari cuti isnin dan selasa. Tekak tetiba nak makan agar² santan. Sedapnya dapat makan sejuk. Memang feveret. Puas lah makan
Pastu semalam teringin plak nak makan buah melaka @ onde². Kalau beli kat PARAM comel² jer dia buat. Saiz 'XS' kot. Pastu tak terasa gula melaka nya. Kalau sendiri yang bikin, memang saiz 'M' lah dengan penuh isi gula melaka kat dalam tu. Pakai air daun pandan lagi. Wangi jer onde² aku.
Nah resipinya. Buat sendiri. Tak payah beli kat PARAM lagi dah.
AGAR² SANTAN [Sumber]
BAHAN²
1 paket agar -agar bertali
5 cawan air
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
6 helai daun pandan
1 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna hijau
CARA²
1. panaskan air hingga mengelegak kemudian masukkan agar-agar
2. masukkan gula kemudian kacau sehingga agar-agar hancur
3.blenderkan daun pandan kemudian tapis
4. masukkan air tapisan daun pandan
5. satukan telur + santan kemudian pukul dan masukkan dalam periuk
6. letak beberapa titik pewarna hijau dan secubit garam
7. kacau hingga gelegak dan siap.
BUAH MELAKA @ ONDE²
BAHAN²
1 cawan tepung pulut
5 helai daun pandan
Gula melaka di potong kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau
CARA²
- Air 3/4 penuh dalam periuk.
- Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut.
- Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Gentel jadi bulat.
- Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
- Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.
Note: Ting tong plak rasa kepala ni.
Ayam dah siap perap. Serious sedap. Dan juga set sayur kangkung
Set Kerang
Set untuk sup tulang
posted from Bloggeroid