AMARAN!!! ENTRY INI AGAK PANJANG. kALAU MALAS NAK BACA, TEKAN JER BUTANG 'X' KAT ATAS TU YERP. TIADA PAKSAAN. KALAU NAK MENAMBAH ILMU KEIBUBAPAAN, SILA TERUSKAN PEMBACAAN ANDA. SEKIAN.
Gambar ulang tayang jewr
Aku memang dah hadam sangat dengan situasi ni sebab hari²
#ImanQahirahQhalif bergaduh. Tak der hari yang dorang tak bergaduh kecuali
waktu abam kimi gi skolah. Qahirah gi Playschool dan Qhalif pergi Nursery.
Tapi...ha...ada tapi tu. Balik jer amik dorang...ppfftttt...dalam keta dah
start bergaduh dah. Rasa nak tinggal memasing kat tepi jalan...hahaha...itu
tipu.
Stress??? Ibu mana tak
stress kan. Penat balik kerja tak habis lagi. Dengan jalan sesak. Pastu anak
membingit dalam keta. Sampai umah sambung gaduh lagi. Dengan yang melalak tak
hingat. Si ibu buat apa bila anak gaduh? Ada masa si ibu jadi tukang tengok
jer. Ada masa si ibu jadi orang hijau jugak sebab dah tak tahan tengok aksi
anak² yang tengah wrestling. Ada masa si ibu pura² jadi buta dan pekak
membayangkan tak der apa yang berlaku dan paling tak bley tahan, ada masanya si
ibu merajuk masuk bilik kunci pintu tinggalkan anak² bercakaran kat luar sebab
tak tahan nak kluar airmata. Kat office bukan main lagi teringat dan rindu demdam kat anak². Bila balik sentap plak bila anak² buat perangai. Apalah #makbanyakanak ni kan. Biasalah bebudak.
Apa punca gaduh? Kalau
#ImanQahirahQhalif:
Gambar ulang tayang lagi.
Berebut mainan - Abam tak
nak mengalah dengan adik². Si kakak plak apa adik main dia pon nak main pada
hal sebelum tu tak hadap pon menan tu. Kalau main sama² dengan aman pon sekejap
jer lah. Pastu dah start volume memasing. Si ibu punya suara pon mulalah
pitching tinggi kan.
Berebut Buku - Bila sorang
dah start menulis atau mewarna, memasing pon sibuk gak nak buat. Dah bagi buku
dan kaler pon boleh bergaduh, 'Tu kaler abang', Jawab si adik 'bukan...tu kakak
punya. Dapat si adik di amik suma kaler.,ppffttt...
Berebut makan bersuap -
Kat umah ni memang anak² makan bersuap. Kecuali qahirah dan Qhalif kekadang
makan sendiri. Tapi aku ibu yang malas sebab malas nak mengemas. Ko tau lah
bebudak bila makan kan. Sepah jer lebih. Jadinya, suapan dari tangan ibu adalah
lebih baik selain dari jimat nak membasuh pinggan. Jangan tak tau, ini pon
boleh jadi gaduh. Bila aku suap si kimi, qahirah sentap sebab tak suap dia
dulu. Bila suap qahirah si kimi sentap jugak sebab dia anak sulung, kena ikut
giliran. Si qhalif pon dah pandai jugak, sentap bila si ibu suap kakak dulu.
Alahaiiiii...anak². Kalau ibu sentap tak nak suap korang makan aci tak? Aku
senang jer, nak sentap tak nak makan sudah. Lapar nanti jangan cari ibu erk.
Last² makan jugak.
Berebut tidur - Memasing
berebut nak tidur sebelah ibu. Bilik memasing dah ada. Katil pon dah ada. Tapi
masih nak tido ngan ibu jugak. Si qahirah lah yg paling tak tahan. Dia kalau
nak tido kena sebelah dia. Tak boleh membelakangkan dia. Si Qhalif plak si kaki
menyusu kalau nak tido. Kalau aku mengadap qhalif, si qahirah nangis. Soh
baring sebelah qhalif tak nak. Acaner aku nak baring? Sudahnya aku baring tegak
dan susukan qhalif atas badan. Start aku baring jer memasing berebut nak baring
sebelah. Si kimi siap cakap 'ibu asyik tido ngan adik jer'. Habis ibu ni? Sian
jugak sebab tak dapat tido sebelah abah. Sampai aku cakap, gi amik pisau kat
dapur. Belah 3 badan ibu ni. Amik sorang satu. Dah geram sangat aku. Lepas ni
tido kat katil memasing.
Itu lah diantaranya.
Banyak lagi sebenarnya. Nanti bosan plak korang baca panjang sangat...ngeeee...Macam
mana nak hadapi situasi anak² yang sedang bergaduh? Meh nak share. Aku baca
dari blog RUBYATIKA @ RUBY SPEECH THERAPY.
1) Anda mestilah boleh
mengawal diri sendiri. Jangan sehingga anda sendiri termasuk dalam gelanggang
pergaduhan. Contohnya anda pula yang mencubit anak, atau anda yang menjerit
atau anda yang hempas barang. Ibu bapa adalah orang dewasa, berlagaklah seperti
orang dewasa.
Anda mesti ingat bahawa
anak-anak ialah cermin terbaik. Mereka meniru setiap perbuatan anda. Jika anda
menjerit, mungkin dia diam pada waktu itu (sebab takut dengar suara raksasa
anda) tapi di kemudian hari dia akan jerit kepada adik/abangnya seperti apa
yang dia dengar.
Yang ni aku mengaku. Agak
sukar nak mengawal. Selalunya memang bertempik dulu lah. Kena control ni. Kena
belajar walaupon amik masa. Colleague aku pernah citer, kakak dia adalah
seorang yang sangat sabar. Tau tak apa yang kakak dia buat bila anak bergaduh.
Dia akan pandang ceiling..pandang kipas sambil beristighfar. Mari kita cuba
cara ini juga.
2) Latih anak untuk tolak
ansur. Tolak ansur memerlukan komunikasi yang bagus. Jika abang inginkan barang
dipegang adik, abang tak boleh merampas. Dia ada 3 cara untuk dapatkan barang
itu:
a) Dia kena minta izin
b) Dia kena pujuk
c) Dia kena buat tawaran
Lihat….semuanya memerlukan
kebolehan bercakap yang bagus. Saya melatih anak saya untuk bercakap
sedemikian. Ia memakan masa. Dari usia 3 tahun lagi saya sudah latih. Jadi
apabila masuk 4 tahun, dia sudah lancar.
Ok...yang ni aku kena
start ajar qhalif sebab dia belum 3 tahun lagi. Kimi ngan qahirah pon nak kena
juga ni. Harap² serap lah. Dan harap² dengan aku sekali lah dapat serap
kebolehan bercakap yang bagus. Kena belajar communication skill macam nih. Jangan asyik kebolehan memetir ngan anak²
jer...erkkk...ekekeke...
3) Latih anak untuk
mengikut GILIRAN. Masing-masing mesti patuh pada tempoh giliran masing-masing.
Sebagai ibu bapa, anda adalah penguatkuasa undang-undang giliran. Jangan pula
anda melebihkan anak yang manja.
Jika habis gilirannya, dia
mesti serahkan pada pihak satu lagi. Jika dia tak nak, anda sebagai
penguatkuasa, mestilah ambil saja barang itu dan beri pada seorang lagi. Dia
akan nangis, berguling, jerit atau apa saja. Apabila dia faham giliran, dia
takkan nangis dah. Dia tahu, nanti gilirannya akan sampai lagi.
Ini pon agak bermasalah
juga ni. Dorang kalau dah dapat memang susah lah nak kongsi. Tak per...kita
cuba dulu. Tak dapat jadi penguatkuasa undang2 kat tempat lain, dapat jadi
penguatkuasa undang2 untuk anak² pon boleh khenn.
5) Kemahiran mengawal
tantrum anak-anak. Semasa aksi bergaduh, mereka mungkin ada baling barang,
berguling atau menjerit. Jika mereka berdekatan, cepat-cepat leraikan mereka.
Pastikan mereka dalam jarak selamat.
Mereka akan menunjukkan
protes dengan pelbagai cara. Anak mungkin sengaja melakukan perbuatan yang dia
tahu ibunya tak suka.
Jika ibu bertindak pada
perbuatan protes anak anda yang sengaja tersebut, maka dia berjaya. Dia berjaya
mendapat perhatian anda. Maka ibu bapa mesti bijak menilai had protes. Jika
anda rasa “ini dah melampau” maka anda kena hadapi dia dan bertegas. Jika dia
baling, suruh dia kutip. Jika dia sepahkan semua, suruh dia kemas balik SEMUA.
Tapi jika anda kuat sabar,
anda sewajarnya biarkan saja dia protes. Buat tak tahu saja dan jangan lihat
pun apa dia buat. Nanti bila dia letih, dia berhenti sendiri. Sebenarnya ini
lebih berkesan kerana lain kali dia tahu dah, perbuatan tantrum hanya
meletihkan dirinya sendiri.
Anak² bila datang tantrum
dia memang agak mencabar. Ada masa boleh kawal tapi ada masanya si ibu pon
dijangkiti tantrum…hahaha. Cara ni memang aku ada buat. Buat tak tau jer lah
ngan anak2. Last² anak² datang kat ibu dia sendiri. Kekadang aku ugut, kalau
tak amik barang yang dorang campak² atau barang yang tak dikemas, memang aku
akan buang dalam tong sampah. Kelam kabut lah memasing. Pastu esok² buat lagi…ppffttt…
Boleh terjah blog
RUBYATIKA. Banyak info menarik dalam tu.
Kita cuba jadi seorang ibu
yang sempurna. Tapi tiada seorang ibu pon yang sempurna sebenarnya. Mesti ada
kekurangan nya. Kita cuma perlu berusaha untuk jadi ibu yang terbaik untuk
anak². Ingat…JADILAH IBU, JANGAN JADI SINGA. Ditujukan khas buat diri sendiri juga. Dan peringatan buat
ibu² hebat di luar sana.
Note: Fasa kanak² memang macam ni. Bergaduh jer kot.