Nak kejutkan anak pon ada adabnya juga tau. Bukan main
sergah jer. Kalau sebelum ni kita belajar TIPS| Anak Mudah Bangun Pagi. Macam biasa, sharing is caring kali ni aku nak berkongsi tips atau adab² macam mana nak bangun kan anak waktu pagi. Boleh juga di aplikasikan untuk semua
lapisan umur yerp. Perkongsian dari Usrati di IKIM.fm. Tapi aku tak sempat nak
salin. Kebetulan ada yang kongsikan dalam group WhatsApp. Bagus sangat lah tu.
Meh baca nih.
Sebelum kita nak kejutkan anak bangun dari tidur, mulakan
dengan Interaksi, kucupan dan doa kerana ianya mustajab sewaktu anak bangun
pagi dan ke sekolah. Mungkin ada yang rasa mengucup anak yang sedang tidur itu
satu yang tiada manafaat kerana ia bersifat sehala. Mulakan dahulu dengan
kucupan kasih sayang kepada anak yang sedang tidur (jangan dilupa isteri yang
banyak berjasa juga). Sumber [SINI]. Ok…sambung.
Ada doa yang sangat mudah, cepat, pendek dan senang untuk di
amalkan. Doa yang paling bagus ini boleh di amalkan saat kita mengejutkan anak
bangun dari tidur dan juga sewaktu menghantar atau menjemput anak dari sekolah
atau bila² masa sahaja. Doa nya:
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH YA ….. (Sebut nama penuh anak). Mudah sangat kan. Tapi kita selalu terlepas pandang dengan kalimah yang istimewa ini. Kenapa istimewa buat anak²? Cuba fahami maksudnya:
ASSALAM: SEJAHTERA
- Awal2 lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari tersebut. Kita mendoakan kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.
WARAHMATULLAH: RAHMAT ALLAH
- Kita mengharapkan Rahmat allah menjadi bekalan untuk anak² kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankah Rahmat allah itu yang sangat² kita harapkan?
WABARAKATUH: BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
- Kita mendoakan anak² kita diberi berkat oleh allah dalam setiap amalannya, perbuatannya dan apa saja yang berkaitan dengan dirinya. Kita mahukan keberkatan untuknya.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya.
Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum dengan penuh kasih saying
kepada mereka ketika mengucapkannya. Semoga
anak² kita sentiasa sejahtera dalam Rahmat allah dan sentiasa diberi keberkatan
dalam hidup mereka oleh Allah.
Dan juga tips² lain.
1) Jangan sekali-kali sergah anak atau menengking
sewaktu mengejutkan mereka. Ini boleh mematikan jiwa mereka. Kita cuma perlu
rapatkan diri, body contact, seakrab mungkin dengan anak sejak kecil, biar anak
rasa hangat tubuh kita, berlaku energy transfer dan mereka akan sentiasa
mengenang dan respek dengan kita. Sumber [SINI]
2) Sentuh hujung ibu jari kaki anak dan goyang
perlahan² sambil panggil namanya dengan lembut. Boleh juga garu sket tapak kaki
anak tu. Ni mak aku pernah ajar.
3) Kejut dan sambil tu puji² lah sket. Contohnya: ‘Anak
ibu yang baik, yang bijak, yang soleh…bangun sayang’…Haaaaa…gittew lah.
4) Bila anak dah bangun tu, gosok2 lah kepala dia.
Cakap dengan lemah lembut soh gi mandi dan bersiap². Puji² lah lagi sebab senang
nak bangun pagi. Kita yang dah beso ni pon dah kembang setaman perumahan bila di puji, inikan pulak budak². Mestilah dorang suka kan.
Selamat mencuba semua. Jangan di herdik kalau anak tu tak bangun yerp. Lakukan dengan penuh kesabaran. Peringatan buat diri sendiri juga nih.
Note: Macam aku, kalau abahnya kejut memang cergas jer bangun. Cer ibunya kejut. Banyak kali kejut baru nak bangun.