Berkhidmat untuk company. Berkhidmat untuk suami pon dah nak masuk 10 tahun gak. Tapi tu kena tunggu bulan November nanti...hehehe...
14 April 2005 - 14 April 2015 = 10 Tahun
Sedar tak sedar dah 10 tahun aku berkhidmat kat company ni. How time flies. Setia betul kan. Nak curang rasa sayang. Sebab benefit yang company bagi pada pekerja. Insurance cover untuk suami dan anak², training, saham dan lain² lagi lah.
Gambar kiri tu masa memula join company ni. Still UEM Land. Belum kawin lagi. Suci murni jer muka tu kan. Gambar kanan plak dah beranak pinak dah. Tapi muka maintain cute kan...bluekkkk...ekekeke....Tapi nama company dah bertukar jadi UEM Sunrise.
Masa memula interview, buat kat bangunan MCOBA. Situ bangunan UEM Group dulu. Penempatan aku plak kat Faber Tower, Jalan Klang Lama. Kat bangunan tu memang mostly UEM Group. Kat situlah PLUS, OPEL, UEM Land, UEM Builder dan lain² lagi lah. Memang best masa kerja kat Faber Tower sebab tempat makan pon senang dan murah. Banyak pilihan.
Pastu setiap isnin semua staff UEM Group kena pakai uniform. Kemeja putih, seluar kaler dark blue dan juga kot. Macam dalam gambar tu. Siap ada name tag tau. Tak ingat dah kot tu fitting atau dorang bagi ikut size. Memag fefeeling wanita korporat lah setiap isnin....hahaha...Seronok jer tengok sebab seragam jer memasing dengan uniform. Tapi tu dulu. Skang dah tak der hari uniform dah.
Dari Feber Tower, berpindah ke bangunan baru kat Mercu KL Sentral sana. Sebab dah ada bangunan sendiri kan, Tapi tu Group yang punya lah. Sewa tetap kena bayak...ahaksss...Makan kat sini pon ok. Sebab ada cafe. Tapi harga agak mahal jugak lah even ada staff discount. Kekadang gi makan kat bangunan depan Mercu Kl Sentral tu. Tak ingat dah bangunan apa. Kekaang gi Sooka sentral. Paling jauh, makan kat KL Sentral lah.
Memandangkan aku dah transfer department ke bahagian project, terpaksa lah berpindah randah lagi ke Cyberjaya. Maka tercampak lah aku kat Cyberjaya nih. 3 kali berpindah randah wei. Memang hazab sebab ko nak mengemas dan memunggah balik barang pindahan kan. Tapi yang best dekat dengan bangi. Dekat² pon adalah 20-30 minit perjalanan. Bergantung pada kesesakan lalulintas jugak lah.
Skang ni penempatan aku bergantung kepada project. Habis jer project kat Cberjaya ni, berpindah lagi lah aku. Mungkin kat Bangi plak kot. Pindah lagi wei...ppffttt....Nak transfer department, lagi jauh lah perjalanan aku sebab dengarnya nanti suma pindah kat Solaris, Dutamas tu. Bangunan sendiri kan.
Cuma yang tak bestnya skang adalah....ENVIRONMENT. Dah tak macam dulu. Semuanya berubah sejak merge. Aku rasa macam bukan kerja ngan GLC lagi dah. Faham² lah kan. Yang pasti, aku rindu zaman UEM Land. Rindu environment di UEM Land. Orang² lama pon ramai yang dah tak der...huhuhu...
Apa² pon, SELAMAT ULANGTAHUN PERKHIDMATAN YANG KE 10 buat diri sendiri. Untung company sebab dapat staff yang setia macam aku....hahaha...Setia sampai bila pon tak tau lah nih.
Note: Alhamdulillah atas rezeki harini.