Esok gaji kan?? Bulan depan plak dapat gaji awal jugak kan? Sila asingkan duit siap² untuk bulan akan datang yerp. Kalau boleh simpan kat dalam tabung berkunci. Tak pon simpan duit tu kat tempat yang tersorok. Duit ni pantang nampak depan mata. Mesti terpakai jugak nanti.
Ni yang hazab kalau dapat gaji awal dari biasa. Bila dapat memang syiok tak hingat sebab dapat hujung dengan awal bulan. Berganda jumlahnya. Tapi nak maintainkan perbelanjaan tu payah. Dah terasa dan terkena masa raya cina haritu. Rasanya dah asingkan duit untuk belanja bulan seterusnya. Tapi.....terlebih pakai ko. Nampak sangat tak pandai nak mem budet kan...ppffttttt....Menghitung hari bila nak gaji jer kerjanya.
Kali ni memang kena buat betul² budget perbelanjaan. Tak nak jadi macam yang lepas. sebab kalau ikut perkiraan. tak banyak sangat hari kalau nak bandingkan kali ni. 45 hari tu nak tunggu gaji bulan august. Perghhhhh...peluh gak wei. Iyerlah...anak² ada 3. Tanggungan tu lebih lah sket kan. Nak raya lagi ni. Lagi lah berganda² perbelanjaannya.
Ingat...dapat gaji ni sila asingkan terus duit NURSERY/TADIKA/SKOLAH AGAMA siap². Asingkan skali duit belanja untuk diri sendiri dan juga duit minyak keta/duit tol. Menabung jangan lupa. Ada duit syiling tu masuk dalam tabung even 5 sen sekali pon. Kekadang bila dah sesak sangat tu duit syiling lah yang jadi penyelamat.
Note: Selamat berbelanja secara berhemah yerp ☺