Uolls bangun awal tak pagi ni? Bangun pukul berapa?...hahahaha....
Saya rasa keyword paling popular semalam adalah BANGUN AWAL. Ni nak tanya. Pak menteri pasola ni bangun awal tak?. Boleh saya tau pak menteri bangun pukul berapa? Kan senang kalau pak menteri suruh kami rakyat marhaen ni bawak tilam. bantal dan selimut soh tidur kat office jer. Weekend baru balik umah. Tak der lah terpaksa hadap jalan yang tak der tol. Iyerlah...nak ikut jalan alternatif dan nak elak tol kena keluar awal dari biasa katanya. Kalau boleh soh kluar sebelum subuh kot.
Statement tak menahan. Ingat semua jalan alternative tu dekat² belaka? Ingat semua jalan alternatif tu ada kat semua kawasan? Macam saya ni, kalau nak ikut jalan alternatif kena lalu roundabout yang ada masanya sesak. Kena lalu traffic light yang banyak di mana ada masanya lampu hijau hanya menyala setakat lepas 3-4 bijik keta padahal kereta kat belakang dah berderet² nih. Pastu jalan yang berliku² sebab banyak lubang. Di tambah dengan jalan yang sesak sana sini. Kluar awal pon sampai lewat. Acaner tu pak menteri pasola?
Bahagi masa yerp. Pak menteri tau tak. Ada orang yang keluar pukul 6 pagi pon tapi tetap sampai lewat. Especially yang kerja kat kawasan yang sesak nak mamps. Nak kluar pukul 4 pagi ker? Kalau saya keluar awal pagi lepas subuh. Anak² saya yang sekolah tu nak soh terpacak depan sekolah pepagi buta? Tau tak sekarang ni zaman maha bahaya? Culik sana sini. Pak menteri nak bertanggungjawab ker kalau jadi apa² kat anak² saya? Ada ker pengasuh/nursery yang nak terima budak yang datang awal pagi? Kalau nursery pon, tau tak akan dikena kan charge OVERTIME. Pagi dah terpaksa kluar awal. Balik plak kluar awal pon jalan sesak. Sama jer. Boleh tak pak menteri sarankan kat majikan soh kluar office awal dari biasa? Boleh ikut jalan alternatif yang tak ter tol tu.
Kos menyelanggara makin meningkat. Habis tu pak menteri pasola ada fikir kos rakyat marhaen macam kami ni tak? Lagi menigkat kos sara hidup kami ni. Elaun apa yang kami ada? Lain lah pak menteri pasola. Banyak elaun. Claim jer. Apa der hal. Tak merasa susah pon.
Tugas pak menteri sepatutnya selesaikan masalah rakyat. Bukan menambah masalah dengan bagi statement yang tak masuk dek akal. Suruh naik kenderaan awam. Skang ni apa citer? Tambang kenderaan awam pon dah naik. Sedih lah hoiiii dapat pak menteri macam nih. Macam mana lah korang ni boleh jadi menteri ha!!! Bijak² belaka semuanya lah. Bagi makan coklat minda sekontena pon belum tentu boleh bijak...ppffttt....
Note: Sekadar luahan perasaan. Saya sentiasa berdoa supaya diberi rezeki yang lebih olehNYA untuk Saya, keluarga, sahabat² saya, saudara² seislam saya supaya dapat menempuh cabaran hidup yang ekonominya makin mencabar poket kita² ni semua. Sebab semua yang ada ni datang dariNYA. Smoga kerajaan yang maha zalim ni mendapat balasannya.