I'm back lah sangat kan. Start khamis lepas blog tutup. Sampailah semalam baru boleh update. Baru nak masuk 2 entry untuk tahun 2016 nih. Kali ni tiada kisah anak² masuk sekolah. Tiada gambar² anak di hari pertama persekolahan. Tiada gambar ibu dan anak selfie di sekolah. Ni gara² HP Samseng TAB dah selamat menamatkan riwayatnya last week. Dah tak bleh bukak langsung. Kalau hantar kedai pon tak guna gak. Baik beli baru. Hidup lah aku denga HP old fashion selama seminggu.
Sminggu gak aku jadi anti social. No FB, IG, WhatsApp dan juga Blogging. Terputus terus. Alaaaaa...tak der orang pon nak rindu dan nak cari kan...ahakssss...Ok gak bila jadi anti social nih. Tak der lah asyik nak membelek HP jer kan. Tak der lah fikir nak update gambar apa dan baca status² kat media sosial. Kurang sikit lah dosa tu...ngeeeee...Erkkk...jangan salah anggap yang nampak sangat aku ni asyik belek tipon. Takkk...aku tak der tahap sampai rasa tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang kalau tak layan media sosial yerp.
Seronok tengok gambar² kat IG yang penuh dengan gambar anak² 1st day masuk skolah. Seronok baca timeline hemak² kat FB pasal anak² dah masuk sekolah. Sepatutnya aku start keja hari selasa. Tapi ada tragedi January yang takkan aku lupa sampai bila². Rasa kelakar pon iyer gak. Rasa macam tak percaya pon iyer gak.
Pagi tu hantar anak dara Qahirah kat PASTI. Bley plak dia touching...nangis...ppffttt...Tunggu lah kejap. Ramai gak bebudak yang nangis. Orang lain sibuk uruskan anak yang nangis², tetiba aku bley plak pitam...iyer...pitam @ pengsan. Lagi menambah kecoh dibuatnya. Nasib lah ada husband. Pasal pitam tu nanti aku story next entry yerp,
Sian kat Iman Hakimi sebab ibu tak dapat nak hantar dia gi skolah. Doctor soh rest. 2 tahun berturut² aku teman dia. Tapi tahun ni tak dapat. Errrkkkk...dah darjah 3 pon nak teman gak ker? Biasalah....nama jer anak sulung, tapi nak ibu gak teman kalau boleh. Macam tahun lepas soh teman kat perhimpuanan skali. Tunggu dia masuk kelas baru ibu boleh balik. Tapi tahun ni memag tak lah. Abah hantar sampai pintu pagar jer.
Blog kawan² pon ada yang aku belum terjah lagi. Mana yang sempat jer. Tunggu kunjungan #makbanyakanak nanti yerp. Harap² tahun 2016 ni aku rajin lah update entry.
Note: Back to normal routine....jalan yang sesak..ppffttt...